Salam semua. Sey harap anda semua sihat. Huhuhu...tak pernah sey sebelum ni mulakan mukadimah dengan pertanyaan sihat ke tidak kan? Apa taknya, sekarang ni musim budak-budak sakit kat Kyoto ni.

Sebab lainnya pula mungkin dari perubahan cuaca, yang ni rasanya paling popular. Apa taknya setiap kali bila mula saja pertukaran musim di Jepun ni, kebanyakan kanak-kanak memang tak tahan. Kalau anak orang Jepun sendiri pun sering dapat sakit (demam panas la, influenza la, selsema la) apa lagilah anak kita kan?
Di takdirkan, anak lelaki sey sejak petang semalam sey tengok dah lain macam sikit, tapi masih aktif.
"Abah....hidung adik dah sumbat-sumbatlah...adik ingat adik tak sihat..." itulah yang dia mengadu kat sey petang semalam. Sebelah malamnya suhu badannya pun naik, tapi taklah tinggi, masih terkawal. Di Jepun hanya kalau suhu pada 38.5 degree celcius saja baru boleh diterima oleh klinik atau hospital. Sebenarnya di Jepun ni kalau kita kena selsema memang doktor tak nak layan, no ubat-ubat. Kalau kita mengadu mereka hanya akan kata banyakkan minum air kosong, kumur-kumur dan rehat...:-/. Tulah bezanya kan, kalau klinik di Malaysialah bila kita report jer kena selsema...tu haa...dua-tiga botol ubat doktor hulur kan? hihihi...
Jadi dinner malam ni sempena anak sey yang tak beberapa sihat, sey buatkanlah sup tauhu bersama sayur untuknya. Lepas tu sey tambah pulak dengan rendang ayam tu, pasal anak-anak sey memang suka.
Sey cuma doakan anak lelaki sey cepat kebah (baik) dari selsemanya dan sey juga harap kedua kakaknya yang bersekolah terhindar dari sakit juga hendaknya. Yalah mereka lagilah berisiko pasal bercampur dengan ramai kawan. Juga sey mengharapkan agar anak-anak rakan-rakan sey di Kinki area ni pun sentiasa sihat juga. Amin...
Jya mata....
No comments:
Post a Comment