Friday, September 23, 2011

Santai di hari cuti dengan Mee Hoon sup


Salam pembaca budiman.

Hari ni cuti umum di seluruh Jepun sempena mengalu-alukan kedatangan musim luruh (Autumn). Sebagai 'sharing' saja, sebenarnya di Jepun ni memang popular dengan cuti-cuti satu hari dan yang menariknya setiap cuti tu ada nama-namanya yang tersendiri. Diantaranya cuti untuk para remaja yang cukup umur (20 tahun), cuti untuk orang tua (baru saja lepas 19hb Sept.), cuti hari laut, cuti hari sukan, hari menyambut birthday emperor, cuti hari bumi hijau +cuti kanak-kanak lelaki+ cuti...? maaf tak tahu namanya (yang ni cuti berturut-turut di awal Mei, dan di gelar golden week holidays dan paling popular) dan banyak lagi cuti yang eden belum dapat senaraikan sepenuhnya. Fuh..memang banyak cuti sepanjang tahun di Jepun ni kan?

So, hari ni untuk makan malam isteri eden masak menu simple juga sebab esok kita orang nak pergi birthday party bersekali dengan open house raya lagi...hihihi, makan lagi gamaknya kat rumah rakan di bandar Kyoto. Jadi kita orang nak pastikan perut sedikit kosong untuk esok, sebab itu elakkan makan nasi. Eden rasa kalau tengok foto di atas,  semua orang dapat agak menu apa kan? Bukannya asing kat Malaysia malah di Jepun ni sama juga, cuma cara masak dan penyediaannya berbeza sikit. Tambahan pula kalau masak jenis ada sup ni memang popular kat sini. Orang Jepun selain sushi ni, juga amat suka dengan makanan yang bersup atau panggang. Sekarang ni mereka juga sedang berjinak-jinak dengan makanan berkuah kari, ala-ala orang India la tu, tapi minta maaflah sebab kari dia orang ni tak pedas langsung malah ingredientnya pun ada yang pelik-pelik dan kebanyakkannya taklah boleh kita makan.

Ok, selamat menjamu selera (untuk edenlah..hi.hi) dan berjumpa lagi di dalam ruang Kitchen Corner @ My Perpatih Kissaten.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...