Tauhu merupakan menu yang sangat-sangat popular di Jepun ni. Tauhu bukanlah mahal sangat, tapi kalau dah masuk dalam menu di restoran tradisional Jepun atau di Ryokan, harganya melampau-lampau mahalnya. Bercerita pasal tauhu ni, eden nak kongsi menu steam tofu dengan para pembaca semua....ini adalah antara menu yang eden dan keluarga suka. Suka kerana boleh disediakan dalam 5 minit, menu sihat dan rasa pun sedap. Anak-anak eden pun enjoy steamed tofu ni, eden rasa budak-budak memang patut banyak makan tauhu.
Eden nak kongsi sikit tentang nasihat pemakanan untuk kanak-kanak yang pihak City Hall telah sarankan. Setahun yang lepas semasa eden di panggil oleh City Hall (melalui poskad yang di hantar ke rumah) dan diberi appoinment untuk pemeriksaan kesihatan anak pada umur tiga tahun, eden di interbiu pasal pemakanan anak dirumah. Antara soalan yang di tanya oleh pegawai kesihatan ialah "berapa kali anak anda makan tauhu dalam seminggu?", dan di akhir interbiu, eden dinasihatkan untuk memastikan anak-anak memakan tauhu sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Daripada soalan ni nampaklah betapa pentingnya tauhu ni dalam menu kanak-kanak.
Ini eden nak kongsi resepi steamed tofu untuk dicuba oleh pembaca sekelian.
Steamed Tofu.
Bahan-bahan.
- 1 paket tauhu lembut (saiz 4 inci x 4 inci-atau lain-lain saiz yang sesuai)
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 50ml air
- 1 sudu teh tepung jagung (dilarutkan dalam 2 sudu besar air)
- Sedikit daun bawang dihiris (anggaran 1 sudu besar)
- 1/2 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang
- 1 sudu besar bawang goreng
Cara membuatnya.
- Basuh tauhu dibawah aliran air. Letakkan tauhu di dalam pinggan serving
- Potong tauhu mengikut saiz yang disukai (9 potongan adalah sesuai)
- Panaskan air dalam steamer (kukusan) dengan api sederhana
- Sementara menunggu air dalam kukusan panas, buatkan sos. Campurkan kicap manis, kicap masin dan air, kacau sebati. Letakkan campuran kicap dalam periuk dan panaskan. Setelah menggelegak, campurkan tepung jagung yang telah dicampurkan sedikit air. Biar menggelegak sebentar dan setelah sos pekat, padamkan api. Tambah perasa sekiranya perlu (contohnya garam dan gula)
- Stimkan tauhu yang telah dipotong tadi selama 1 minit dan angkat
- Curahkan sos di atas tauhu, hiaskan dengan cili merah, bawang goreng dan daun bawang
Voilla, siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment