Bercerita pasal aiskrim ni, eden percaya pembaca semua pernah makan aiskrim kan? yalah siapa tak pernah pulakkan...akan tetapi siapa pernah makan aiskrim sebesarnya ni.....
Harga YEN 50,000.00 |
Kedai yang kami pergi ni memang special, aiskrim yang pelbagai jenis, rasa dan saiz adalah menu utamanya. Harganya pula dari serendah Yen 800.00 hinggalah yang ke paling mahal Yen 50,000.00. Untuk aiskrim special (harga Yen 10,000.00 ke atas) pada sesiapa yang teringin, tempahan mestilah di buat 3 hari sebelum. Karafuneya Coffee nama kedai berkenaan. Kami memilih jenis aiskrim ini (foto),
Yen 8,500.00 |
cukup untuk dinikmati oleh 10 dewasa dan 6 kanak-kanak. Hebatkan? Harga yang ini pun dah Yen 8,500 (RM 346.00) Oklah kan..untuk sekali seumur hidup (mungkin), peluang dan rezeki yang di beri kami penuhi sebaiknya dan lepas ni kalau ada yang bertanya siapa pernah makan aiskrim besar, sekurang-kurangnya eden dah boleh senyum......
Semoga berjumpa lagi di lain Borak @ My Perpatih Kissaten.
tak sabar menunggu |
pelbagai pilihan aiskrim |
Karafuneya Coffee
No comments:
Post a Comment