Sunday, September 25, 2011

Ikan Panggang Sumbat version Uji

Sudah hampir sebulan eden 'dera' perut dengan makanan-makanan berminyak, berlemak dan menggemukkan. Apa tak nya boleh kata setiap minggu (Sabtu dan Ahad) mesti ada jemputan open house raya dan bersekali pulak ada yang buat sambutan birthday, memang confirm lah kebanyakan menu mesti yang hebat-hebat dengan kalorinya yang tinggi. Kesian perut ni kan? Jadi, untuk malam ni eden buat dinner yang healthy sikit untuk keluarga. Ikan panggang sumbat dengan air asam dan sayur campur manakala minyak pula guna 2 sudu saja hari ni. 

Ikan panggang sumbat bersama air asam

Fuh...sekali-sekala kalau pekena ikan panggang ni memang nikmat betul rasanya, terkenang-kenang orang kampung. Bersyukur jadi orang Malaysia kan?, banyak pilihan menu dan mudah dapat pulak. Di Jepun ni menu ikan banyak juga tapi kena hati-hati sikit kerana mereka ni suka perapkan dengan mirin atau sake (dari jenis arak). Sebab itu buat sendiri adalah lebih baik dan bukanlah susah sangat pun. Buktinya eden yang lelaki ni pun boleh siapkan ikan panggang ni dengan jayanya. Ini sebenarnya pertama kali eden sediakan ikan panggang sumbat untuk sajian anak-anak....sebenarnya anak-anak tak pernah rasa ikan panggang jenis ni, Alhamdulillah mereka suka pulak.

Bahan untuk sumbat ni tak dapatlah macam kat Malaysia. Untuk version Jepun ni, bahan sumbatnya eden gunakan bawang merah, bawang putih, serai, udang kering (untuk gantikan belacan), yogurt, gula dan garam.  Air asam pulak eden buat dengan campurkan air asam jawa dan air dari lemak ikan yang jatuh semasa ikan tadi dipanggang.

Semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...