Thursday, August 16, 2012

Memori Malam 7 Likur

As Salam kepada semua.

Pejam celik- pejam celik dah tinggal lagi beberapa hari kita semua umat islam akan menyambut bulan Syawal. InsyaAllah kalau tiada aral berkemungkinan pada 19hb Ogos ni yang bak kata orang putihnya 'just around the corner', kita akan menerima kedatangan 1 Syawal. Mudah-mudahan dengan izinnya. Tapi kita sebenarnya akan terasa berduka cita pula apabila mengenangkan Ramadhan yang penuh kerberkatan ini akan pergi berlalu meninggalkan kita semua. Hanya tinggal dengan doa dan harapan  agar segala ibadah puasa kita akan diterima sepenuhnya dan segala perkara baik yang dilakukan semasa di dalam nya akan diberkati Allah. Itulah ketetapannya dan kita berharap dan berdoa agar biarlah kita terus berpeluang untuk kembali di Ramadhan tahun seterusnya. Hiss...sedey pulak bunyinya...tak mahulah sedih-sedih kan, tak lama lagi nak raya dah.

Ok, untuk yang tak beberapa ingat atau mungkin terlupa malam ni merupakan malam yang ke 27 Ramadhan.
Malam ini sebenarnya amat berkait rapat dengan malam Lailatur Qadar iaitu malam terakhir bilangan nombor ganjilnya di penghujung Ramadhan seperti mana huraian berikut.





Pada setiap malam Ramadhan ke-27 amat signifikan dengan malam Lailatul Qadar yang merupakan ‘bonus’ kepada Umat  Rasulullah Muhammad S.A.W.  Kelebihan malam ini di sebut dalam al-Quran Al-Qadr melebihi bulan-bulan lain seribu kali ganda.
Terjemahan surah Al-Qadr:
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
Hadis Riwayat Al-Bukhari juga meriwayatkan malam ke-27 merupakan salah satu daripada malam-malam yang mungkin merupakan malam tersebut:
Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/232))


Jadi selain itu apa istimewanya malam ni...? Dikenali juga dengan panggilan "Malam 7 Likur" Yes, bunyinya saja sudah buatkan kita bergitu rasa seronok kan..? istimewanya.....yang inilah.






Secara umumnya pada malam tujuh likur ni kita akan dapat melihat banyaknya rumah akan dihias dengan dipasang panjut atau   pelita sekeliling rumah. Disamping itu inilah masanya kita akan dapat melihat kanak-kanak bergembira sambil bermain bunga api. Bolehlah dikatakan peristiwa malam tujuh likur ini merupakan pra sambutan raya sebelum menyambut 1 Syawal (Aidilfitri).

Bagi sey juga istimewanya malam ni ianya juga telah mengimbau kembali kenangan masam-masam manis sey bersama beberapa rakan keluarga dan juga bujang di Kyoto dulu. Buat pertama kalinya kami telah merancang untuk menyambut Malam 7 Likur ni bersama-sama di tepian pantai di Takashima, Biwako Lake @ Shiga Prefecture. Yalah kalau nak buat di rumah dengan menyalakan pelita di sekeliling mahu ada jiran Jepun yang panggil polis pulak nanti, jadi taklah sesuai.....sebab tulah kami pilih kawasan yang terbuka, lebih tenang dan senang. Kalau tak silap sey kami buat program ni pada Ramadhan tahun sudah....ceh..ceh...(pada yang ingat bolehlah tolong perbetulkan yer....) his macam mana boleh tak teringat  ni....malu den.

Rasanya belum ada mana-mana orang Malaysia di Kyoto sebelum ini menyambutnya kot...rasanya lah sepanjang yang sey tahu. Kalau tidak betul gomen nasailah......Jadi kami menjadi pembuka tradisinyalah kiranya. Segala perancangan untuk program tu telah diatur sebaiknya agar program berjalan lancar.


Racer


So pada petang tu  sempat kami membuat majlis khatam Al-Quran...Alhamdulillah, berbuka puasa dan solat wajib dan Tarawikh berjemaah dan yang bestnya kami menceriakan malam tu dengan bermain bunga api.....yeay.......

Jom layan foto yang ada blur..blur ni....hihi...


sibuk membuat persiapan setelah tiba di destinasi

Khatam Al-Quran

BBQ untuk berbuka puasa

solat berjemaah


YES....layan anak-anak main bunga api

opps....ada majlis sambut birthday sey sekali rupanya

meeting kaum hawa

pelita buatan sendiri - kredit pd Amir

Program ditamatkan selepas kami bersahur ke esok paginya dan pulanglah kami ke haluan masing-masing.

Sey ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah dapat meluangkan masa menghadiri program  ini. Sey menganggap program sambutan Malam 7 Likur berjaya dan mencapai matlamatnya.  Sememangnya kenangan sewaktu itu amatlah bermakna sekali bagi sey dan yang lain juga. Semoga program sebegini dapat diteruskan oleh rakan lain yang masih berada di Kyoto.

Jya mata....

2 comments:

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...