Salam semua dan salam di hujung minggu.
Emm....laporan cuaca di hari Sabtu ni.....baik tapi agak panas mencecah hingga 34 darjah celcius. Tekak pun agak kering juga hari, selalunya tak macam ni. Agaknya bila berbaki lagi 7 hari di bulan Ramadhan ni, dugaan makin bertambah. Alhamdulillah.
Singapore Street, tempat dimana sey mendapatkan bahan-bahan membuat biskut dengan harga yang berbaloi. Sesak bila di bulan Ramadhan |
Malam ni rakan-rakan sey di Kyoto akan menghadiri majlis Iftar anjuran KMA, sama seperti tahun-tahun yang lepas tapi bezanya kali ni sey serta beberapa rakan-rakan tiada sebagai penyeri majlis tu. Kami dah jadi X-My Kyotorianlah.....huhu....Sey ucapkan selamat beriftar dan enjoy dengan makanan yang pelbagai jenis dan bentuk serta rasa tu....tapi tak mengapa, sebagai menyambung legasi mykyoto di Malaysia ni pula, haa...sey bersama beberapa rakan family yang tinggal berhampiran malam ni juga akan menyambut iftar bersama-sama. Kami akan beriftar di Puri Pujangga di UKM, Bangi. Oklah, itu cerita iftar, foto yang di bawah ni pula sey nak cerita pasal apa buatkan tekak rasa kering sangat hari ni. Pasalnya bermula pagi tadi sey dan isteri pulun habis membuat biskut raya. Sey sebenarnya mendapat beberapa tempahan kuih dari beberapa orang guru di sini yang mana amat suka dengan biskut Tart Nenas dan Sarang semut berserta coklat chips buatan tangan sey dan isteri. Sebenarnya tempahan sebegini memang sey akan terima pada tiap-tiap tahun dan ini baru nak mula balik setelah 5 tahun ditinggalkan. Selain biskut sey juga ada menerima tempahan membuat moist chocolate cake dan cheese cake. Tapi buat masa ni sey belum dapat menerima tempahan dalam kapasiti yang besar, insyaAllah akan datang sey akan cuba mengorak langkah ke arah situ. Mudah-mudahan.
Tart nenas |
Sarang semut |
Coklat chips |
Jya mata......
No comments:
Post a Comment