mykyto farewell party |
Ahad yang sudah 4hb Mac, MyKyoto (Malaysian in Kyoto) mengadakan majlis jamuan perpisahan (farewell party) untuk keluarga dan pelajar yang akan pulang ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian. Rakan-rakan yang diraikan adalah dari Kyoto University, Kyoto Institute Technology (KIT) serta dari Ritsumekan University di Shiga Prefecture.
mykyoto yang hadir bergambar kenangan bersama |
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Sey sekali lagi nak ambil kesempatan dalam blog entry ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan jawatankuasa mykyoto yang telah bersusah payah merancang, melaksanakan serta merealisasikan farewell party ini. Sesungguhnya sey dan rakan yang diraikan amat menghargainya. Juga sey tidak lupa kepada rakan undangan lain yang telah datang memeriahkan majlis ini di mana turut sama juga menyumbang tenaga dengan membawa juadah-juadah yang lazat.
yang ni sebahagian juadah saja |
home made cake yang sedap |
Kepada rakan sey yang akan balik bertugas semula (termasuklah isteri sey) di jabatan masing-masing, sey ucapkan selamat bertugas semoga dengan segala apa pengalaman dan pengetahuan yang ditimba di Kyoto dan juga universiti akan dapat dipergunakan sebaik mungkin di tanah air kelak. Pada yang balik fresh dimana baru untuk mencari pekerjaan, selamat berjaya mendapatkan pekerjaan....dan ucapan untuk diri sendiri pula...GANBARIMASU dengan azam baru, hidup baru, tekad baru, semangat baru serta strategi baru untuk kelangsungan hidup......huhuhu...
Sey mohon maaf banyak-banyak kepada rakan dalam mykyoto di atas segala kekurangan dan kelemahan diri sekiranya ada sehingga menyebabkan rasa kurang senang dihati kalian selama kita di Kyoto ini. Kepada rakan yang baru hendak mengenal dan belajar budaya hidup di Kyoto ini dan juga rakan yang masih atau sedang bergelumang dengan rencah kehidupan dan ilmu pengajian di university, sey ucapkan selamat maju jaya.
cenderamata untuk kami dari mykyoto |
Kepada pelajar sekalian, "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan akira menai de kudasai. Tak gitu.
Jya mata ne....