Sunday, December 18, 2011

Our First Home Made Maki Sushi

Salam pembaca semua.


Full set dinner tonight

Malam ni eden teringat nak makan sushi buatan sendiri. Sebenarnya dah lama eden berangan-angan nak belajar buat sushi sendiri setelah lebih 4 tahun di sini barulah malam ni impian tu terlaksana. Lama tu kan..?Yalah selama ni kalau teragak nak makan sushi eden pergi jer kat restoran sushi, senang... dan yen pun senang juga keluar. Nasib baiklah selera makan sushi ni bukannya datang selalu. Jadi untuk dinner malam ni eden dan isteri buat maki sushi. Bahan yang kami gunakan ialah telur dadar, crab meat, timun dan avokado. Cara membuatnya seperti gambar di bawah ni.








Buatan kali pertama ni menjadi tapi belum beberapa kemas lagi. Harap-harap selepas eden akan buat lebih baik lagi macam yang di jual di kedai tu. yalah kalau nak dibandingkan dengan chef sushi Jepun yang dah bertahun-tahun tidur bangunnya dengan buat sushi ni, sekurang-kurangnya bonus untuk amatur seperti eden dan isteri. Lagi pun sudah tercapailah hajat dan impian eden nak buat sushi sendiri hari ni.

3 comments:

  1. salam abg lan, nasi tu mcm masak nasi biasa ke? pakai beras jepun? kene letak garam x?crab meat tu mentah2 ke? hehe..nak gak try mencuba...

    ReplyDelete
  2. Beras Jepun masak macam biasa, lepas padamkan api tu baiar sekejap dalam 2-3 minit. Lepas tu masukan sushi vinegar dan gaulkan rata (kalau orang Jepun tu dia kipas2kan sambil kacau tu. Garam tak yah letak. Crab meat tu cuma celur sekejap. Sukatan beberapa byk nak guna vinegar tu ada kat belakang botol, tapi mcm abg guna vinegar tu ikut rasa sendiri, nak kurang masam ker nak lebih masam ker, terpulang. Macam semalam abg guna vinegar 4 sudu besar. Vinegar tu brand mizkan khas untuk sushi. Gambar vinegar tu ada dlm photo gallery.

    ReplyDelete
  3. oo ye ke...ok2..terima kasih bnyak2.. hehe.. nanti senang2 nak try buat la.. =)

    ReplyDelete

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...