Sedikit panorama sepanjang kami berjalan kaki selepas berurusan di Pejabat Imigresen, Kyoto City |
Selamat hari Jumaat yang dingin. Memang hari ini cuaca sejuk sangat tambahan disusuli gerimis sepanjang hari. Sejak semalam hujan membasahi bumi Kyoto ini, itu yang membuatkan suhu turun agak tinggi. Bacaan sekarang ialah 4 darjah celcius. Musim sejuk ni memang dijangkakan akan kerap hujan kerana ia akan mempengaruhi turunnya salji. Eden berharap juga kalau-kalau salji akan turun lebat untuk tahun ini di Uji-Kyoto sebelum eden berangkat pulang ke Malaysia nanti.
Oh ya...hari ini eden dengan isteri dan anak lelaki eden keluar ke bandar Kyoto, dengan menaiki densha (Train), kerana berurusan dengan pihak Imigresen. Visa kami akan tamat pada hujung bulan Disember ni, jadi kena renew kadar segera kerana tidak mahu jadi illegal di negara ini. Berurusan dengan pihak Imegresen di Jepun tidaklah sukar sangat sekiranya kita betul-betul mengikut prosedur yang betul membuat permohonan. Permohonan memang agak rumit sikit, semua borang harus lengkap dan dokumen-dokumen sokongan mesti ada dan barulah segalanya berjalan lancar. Imigresen Jepun ni memang amat particular sikit berkenaan tempoh lanjut tinggal orang asing di negaranya. Jadi hari ini agak bertuah juga kerana tiada sangat orang berurusan di kaunter dan urusan cepat siapnya. Di Jepun ni waktu paling ramai orang berurusan di kaunter biasanya pada hari permulaan minggu (Isnin). Pergi saja mana-mana pejabat yang ada urusan kaunter, memang penuh orang dan lamalah kita menunggunya.Cuma ada satu perkara yang eden nak sharing hari ni semasa berurusan tadi, ada satu dokumen yang kami tak bawa, dalam hati berkata habislah hari ni confirm tak dapat renew visa dan nak kena datang balik lagilah ni. Yalah eden bukanlah duduk dekat dengan pejabat Imigresen ni, 16 kilometer tu.....jadi kalau kena balik, alahai........dan kerana rezeki kami agaknya hari ni, permohonan visa kami diterima.
Pejabat Imigresen legang pagi ni semasa kami tiba |
Oh ya, bercerita tentang satu dokumen yang tidak lengkap tadi, pihak Imigresen minta di hantar dalam masa 10 hari ke pejabat semula...emm dan terfikir juga alakah bagusnya sikap begini kerana tidak secara langsung sebenarnya tidak memberi kesusahan kepada permohon untuk berulang-alik untuk berurusan. Apa yang terfikir oleh minda eden dan mungkin kepada pembaca semua agar konsep begini dapat dipraktikan juga dengan kadar segera di negara kita agar slogan pelanggan didahulukan dapat diterjemahkan sepenuhnya.
Setelah selesai segala urusan tadi dan tambahan pula kami banyak juga berjalan pergi dan balik dalam cuaca sejuk pula tu, apa lagi perut pun mulalah berlagu-lagu kelaparan. Jadi, kami singgah dulu untuk lunch di sebuah restoran halal Mr. Kababu yang diusahakan oleh seorang rakyat Iran sebelum eden pergi menunaikan solat Jumaat.
Setelah selesai segala urusan tadi dan tambahan pula kami banyak juga berjalan pergi dan balik dalam cuaca sejuk pula tu, apa lagi perut pun mulalah berlagu-lagu kelaparan. Jadi, kami singgah dulu untuk lunch di sebuah restoran halal Mr. Kababu yang diusahakan oleh seorang rakyat Iran sebelum eden pergi menunaikan solat Jumaat.
Menu Kubide Kebab di Restoran halal Mr Kababu |
Menikmati lunch di Restoran Iran, Mr. Kababu |
No comments:
Post a Comment