Berhujung minggu kita seperti biasa.
Hari ini cuaca pada kiraan eden adalah yang paling sejuk dari sebelum ini di Kyoto dan dijangkakan selepas ini akan suhu akan bertambah turun pada hujung bulan ni. Bacaan di awal pagi tadi di Uji ni ialah cezero degree celcius. Kyoto di bahagian sebelah utara dipanggil Tango sudah pun merasai turunnya salji yang pertama. Shiga , Prefecture yang bersebelahan dengan Kyoto juga menerima nasib yang sama dengan Tango. Tempat eden ni mungkin lambat lagi turun salji, mungkin di penghujung bulan ni atau awal Januari, tahun depan. Uji jika dilihat dalam peta Kyoto kedudukannya paling di selatan sekali, sebab tu lambat merasanya snow nya kalau ada pun bak kata orang nak buat ais kacang pun tak cukup. Tahun sudah bagus snownya, dapatlah eden dan anak-anak buat snow man kecik dan harap-harap tahun atau awal tahun depan lagi banyaklah turunnya sebelum eden berangkat pulang, InsyaAllah.
Peta Kyoto juga digambarkan sebagai Dragon |
Ok...untuk minggu ni menu eden pun ada upgrade sikit, dari pekakasan memasak makanan dan tambahan ingrediantnya. Kali ini menu eden sediakan untuk keluarga ialah Creamy Spaghetti with asparagus and clam. Untuk spaghetti ni eden top-up sedikit macha tea untuk kelainan. Selain itu eden buat Stuffed Potatoes with cheddar cheese dan sekali lagi eden buat grilled lamb tapi kali ini eden tak panggang di dapur, eden panggang di atas meja dalam hot plate yang baru eden beli dua hari sudah. Di Jepun ni hot plate memang popular dan boleh dikatakan setiap rumah ada menyimpannya. Boleh dikatakan sudah menjadi satu trend keluarga di Jepun ni makan sambil memanggang daging, ikan, sayur dan sebagainya di atas meja, tambah-tambah dalam musim sejuk ni. Bila eden sudah guna hot plate ni baru eden paham mengapa orang Jepun menyukainya, kita boleh masak dengan selesanya diatas hot carpet, makanan yang dah masak tidak perlu di hidang, terus saja di letak dalam pinggan dan banyak lagilah kemudahannya. Apa saja di masak di musim sebegini semuanya sedap belaka, so eden sekeluarga tetap enjoy dengan apa yang kami makan. Burrp........Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment