Obaku Plaza (panorama) |
Malam ini tiba-tiba teringat nak makan benda yang sudah setengah tahun eden dan keluarga tidak nikmati.....jadi untuk dinner kali ini eden pergilah ke market untuk mencari oden yang semuanya diperbuat dari ikan, crab meat, telur burung puyuh dan juga konyaku. Untuk pengetahuan pembaca, menurut orang Jepun konyaku amat baik untuk orang yang sedang berdiet. Hahaah...kami malam ni bersantap dengan YONG TAU FU..cuma kurang sayur kankungnya saja pasal kat Jepun ni memang tak ada sayur jenis itu. Kalau di Malaysia bila teringat saja nak makan yong tau fu eden akan pergi belinya di pasar malam, tapi di Jepun ni idea tu kena lebih sikitlah kalau berhajat nak makan benda ni terutama bab kuahnya tu.
Fish Oden and sauce |
Yong Tau Fu versi Jepun |
Full set dinner, yong tau fu and fried udon with fried egg |
Rasanya tu mungkin tak sama kaw dengan yang Malaysia, yalah serba kekuranganlah katakan di sini, tapi kira boleh makanlah jika nak melepaskan rindu dengan yong tau fu ni. Bersama ini eden sertakan resepi untuk kuah yong tau fu ni kalau-kalau ada antara pembaca ingin mencubanya.
Bahan-bahan. (kuah untuk 3 orang makan)
- 1 sudu besar (penuh) taucu di tumbuk atau kisar halus
- 1 sudu kecil ikan bilis yang telah di basuh dan di tumbuk halus
- 1 sudu besar tomato sos
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil cili kisar (ikut rasa kalau mahu pedas letak lebih sikit)
- 1 biji bawang putih di tumbuk halus
- Perasa - 1 sudu besar gula, garam secukup rasa (hati-hati letak garam kerana taucu dah cukup masin)
- 1/2 gelas air
- 1 sudu teh tepung jagung dan campur sedikit air
Cara membuatnya.
- Campurkan taucu, ikan bilis, sos tomato, sos tiram. kicap manis, cili, bawang putih dan air. Didihkan di dalam periuk
- Setelah mendidih masukan gula dan garam secukupnya - biarkan mendidih sekejap dan masukan tepung jagung
- Setelah cukup rasa padamkan api
Sekarang siaplah kuahnya dan bolehlah dihidangkan dengan oden yang di celur sebentar dalam air panas. Oden jangan di celur terlalu lama dikhuatiri akan hilang rasanya dan lembik.
Selamat mencuba.