Salam kembali.
|
pemandangan di Corus Parasise Lagoon Resort |
I'm backkkkk.....
Wah..wah..wah, agak lama sey tak ke udara di blog. Nak kata sibuk tak sibuk tapi itulahkan. Sey pun kadang-kadang tak ada jawapan yang terbaik untuknya. Hakikatnya untuk berkarya di dalam blog ni pun sebenarnya perlukan inspirasi, mood dan semangat, yalah macam orang yang berkarya menulis buku atau melukis tu juga lah. semuanya perlukan kekuatan semangat untuk mengerakan minda dan jari jemari. Tak gitu...
Sey sejak sebulan dua hari tu agak busy-busy sikit menguruskan kerja-kerja akhir sebelum pembukaan homestay sey di Teluk Kemang, Port Dickson. Jadi boleh kata tiap-tiap minggu sey ke sana.
Port Dickson setelah lebih empat tahun sey tinggalkan rupanya sudah banyak perubahan terutama di bahagian pantai-pantai peranginannya. Dulu-dulu masih sey ingat terdapat hanya 2 atau 3 sahaja pantai yang dibuka kepada public untuk aktiviti mandi manda (tidak dikira private beach). Sekarang ni sey tengok sudah banyak pantai-pantai peranginan baru dibuka dan ini memberi banyak pilihan kepada orang ramai menjalani aktiviti mandi manda dan riadah. Sekarang ni telah diwujudkan Pantai Peranginan Cahaya Negeri, Pantai Tanjung Biru, Pantai Saujana, Pantai Bagan Pinang, Pantai Purnama dan Pantai Cermin selain Pantai Tanjung Gemuk yang terkenal dengan tempat kaki-kaki pancing menjalankan aktiviti memancing mereka di sini. Walau bagaimana pun Pantai Teluk Kemang masih lagi merupakan pantai peranginan utama dan terkenal serta sering mendapat kunjungan ramai pelawat di Port Dickson sejak dulu lagi. Sekarang ini Pantai Teluk Kemang ini telah dinaik taraf kemudahannya dengan wujudnya pula Dataran Teluk Kemang dimana untuk segala aktiviti seni dan pementasan dikhaskan. Selain itu juga telah diwujudkan juga PD Walkway dan juga PD Wellness Park di kawasan bersebelahan. Kalau kita punyai masa berada di Port Dickson mungkin ada beberapa tempat menarik lagi yang kita boleh kunjungi seperti komplek kajian ikan hiasan, PD Ostrich Park, Rumah Api Tanjung Tuan, Muzium Angkatan Tentera, Muzium Lukut & Kota Lukut serta banyak lagi.
Sebenarnya entry kali ni sey hendak bercerita berkenaan salah satu tempat tumpuan pengunjung yang baru di Port Dickson. Namanya Pulau Burung, terletak di Pantai Peranginan Cahaya Negeri lebih kurang yang mana jaraknya 7 kilometer dari Bandar Port Dickson dan 2 kilometer dari Sri Perpatih Homestay. Kalau namanya Pulau Burung sudah tentu di sini banyak burung agaknya walau pun masa sey datang tu susah benar nak ketemu walau seekor burung. Mungkin ada masa-masa tertentu atau musim agaknya burung banyak tiba di sini. Tidak mengapalah....ok, untuk sampai ke pulau ini kenalah melalui jambatan yang di buat khas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (MPPD). Apa yang menarik tentang jambatan ini, ianya telah mengingatkan sey dengan jambatan Uji masa sey di Kyoto dulu. Cuba tengok dua foto berkaitan di bawah ni, hampir samakan walau tak serupa....:). Kira sey bawa balik nostalgia lah ni......
|
merentas laluan bakau |
Pulau ini kecil sahaja dan dipenuhi dengan tumbuhan pokok kayu bakau pelbagai jenis. Pada sey ianya amat cantik, menarik dan tertarik untuk dikunjungi. Pasirnya yang memutih dan dihiasi pula dengan tanaman anak-anak bakau selain kita akan melihat banyak lubang-lubang kecil yang dibuat oleh mini ketam.
Pulau ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai pakej fotografi kepada pasangan-pasangan yang hendak mengabadikan hari bersejarah mereka kerana pemadangan sekeliling jejantas dan pulau burung ini amatlah menarik sekali. Juga tidak dilupa kepada yang suka mengambil gambar, atau pengkarya kanvas dan penulisan, rasanya kawasan ini boleh mendatangkan ilham.
Apa yang menarik juga di Port Dickson, jangan lupakan PD Water Frontnya yang terletak di Bandar Port Dickson.
Projek ini sebenarnya telah lama terbengkalai sejak dulu seingat sey semasa berlaku krisis matawang dunia tahun 90-an dulu, sehinggalah kini ianya diambil alih oleh satu syarikat dan menyambung projek PD Water Front itu semula. Baru 50% siap yang merangkumi kedai-kedai pejabat, pasaraya, servis apartment, kondominium, hotel dan paling menarik dan merupakan pertama di Negeri Sembilan ialah projek kereta kabel yang terkontot (terpendek) di dunia sey kira....hihihi......yang menghubungkan PD Water Front dengan sebuah pulau kecil di sebelahnya. Minta maaflah sey dah lupa nama pulau tersebut akan tetapi sey dengar pulau tu nanti akan menjadi salah satu lagi tarikan pelancong di Port Dickson. Apa yang akan dibuat di atas pulau tersebut belumlah sey dapat pastikan maklumatnya. Tunggu.....
Apa-apa pun Port Dickson sememangnya ada perubahan berbanding yang dulu. Tapi sey rasa pihak terbabit perlu banyak lagi menyediakan atau menambahbaik segala kemudahan untuk orang ramai terutama infrastruktur dan kemudahan awam di setiap pantainya. Agak malang dan sedih juga kerana sey dapati ada juga kemudahan awam yang dirosakan atau yang tidak diselenggara dengan baik. Sey kira pihak penguatkuasa pantai perlu memberi lebih tumpuan di kawasan-kawasan yang terlalu banyak berlaku vandalism ni. Sey pun tak paham dan susah sungguh nak faham akan setengah-setengan pengunjung ni, kenapalah susah sangat nak menghargai segala kemudahan awam ini. Kalau barang sendiri tu tahu pulak mereka nak jaga dengan baik.
Sekarang ni untuk sampai ke Port Dickson tidaklah susah kerana rangkaian jalan dan lebuhraya sudah bertambah baik. Dulu mungkin kita perlu bersesak-sesak di jalan lama untuk ke sana tapi sekarang ni sudah ada Seremban Port Dickson Expressway dan dalam perancangan sekarang ni kerajaan Negeri Sembilan telah pun mendapat kelulusan dari kerajaan pusat berkenaan pembinaan laluan baru highway KLIA/Putrajaya - Port Dickson melalui Sendayan.
Wah..wah..wah....melihat dengan segala perancangan infrastruktur di Seremban ini sey kembang juga hidung dan merasa bangga menjadi anak Nogori. Sey berdoa mudah-mudahan Negeri Sembilan akan bertambah maju dan makmur tambahan pula sekarang ni Seremban juga telah terpilih untuk dijadikan bandar satelite Kuala Lumpur. Yessss.
Jumpa kembali kita di lain borak di My Perpatih Kissaten. Jya mata......