Bersua kembali.
Solamat pagi dan salam sojahtro kepado pombaco sokolian. Sey haghap pombaco sumo sehat hondak eh terutamo yang kek Malaysia keghano apo paghi ni kotiko sey monulih cuaco mang baik dan coghah sokali. Tapi bolah potang nanti tak taulah pulak doh. Maaplah yo pasa sey mulokan bermukadimah kali ni gan bahaso loghat nogoghi jadi... rasanya tak perlulah anda cuba untuk guna google translate pasal di khuatiri google pun tak boleh nak pastikan bahasa apa ni...hihi.
OKlah, kita pulang semula ke pangkal jalan....Semalam sey meluangkan masa bersama keluarga pergi ke
MAHA International 2012 anjuran Kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.(Klik :
MOA) dan (klik :
MAHA)
MAHA atau nama penuhnya
Malaysian Agriculture, Horticulture And Agrotourism International Show (maaiii....berbelit juga lidah nak menyebutnya) Telah berlangsung sejak 23hb November dan tamat pada 2hb Disember, 2012 (semalam la ni...), bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang
(MAEPS) dengan tema
"Tranformasi Pertanian Melalui Innovasi". Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta telah mengambil bahagian dalam event ni.
MAHA kali ini di kira yang terbesar dianjurkan di mana ia juga telah melibatkan beberapa agensi dari luar Malaysia yang memperkenalkan produk-produk keluargan negara mereka.
|
Selamat datang ke MAHA International 2012 |
Sebelum ni pun sey memang ada pergi ke event MAHA ni tapi yang kecil saja anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan bila pihak kerajaan menganjurkan MAHA International ni memang sey tak lepaskan peluang. Sey suka pergi di hari terakhir pasal banyak kelebihan dan keuntungannya dimana kita akan dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah dari sebelumnya. Kalau datang pada sebelah malamnya lagi best kerana mungkin kita akan dapat diskaun hingga lebih 50% ketika membeli. Apa tak nya, banyak kiosk yang akan meng'clear'kan jualan mereka secepat mungkin sebelum tirai MAHA dilabuhkan. Tapi kalau pergi di hari terakhir ni pun ada yang tak bestnya pulak, contohnya ni......
dan ni...
serta ini...
Memang agak merimaskan. Ingatkan sey seorang saja yang bijak dengan buat 'plan' datang pada hari terakhir, rupanya ramai lagi yang pandai juga.....sungguh-sungguh ramainya orang waktu tu, nak masuk untuk mencari parking kereta pun susah cakaplah memang kena beratur panjang dan agaknya kalau En. Siput datang pun mungkin agaknya dia yang sampai dulu dan banyak dah shopping.
Apa yang ada di MAHA ni dan apa istimewanya?
Banyak dan cukup memberi info yang berguna kepada orang ramai yang datang. Di MAHA ini bukan hanya kita boleh melihat produk-produk pertanian sahaja dan keluarannya malah segala benda yang ada hubung kait dengan industri tani ini dipertontonkan. Sebagai contoh produk minuman dan makanan dari hasil tanaman, mesin-mesin yang digunakan untuk menghasilkannya, teknologi-teknologi yang telah diguna-pakai untuk penghasilan produk bermutu, produk yang boleh di
francaiskan dan pelbagai lagilah. Selain itu kita juga boleh mendapatkan maklumat tentang bagaimana cara untuk menceburi bidang yang berasaskan industri tani ini, produk apakah yang punyai daya saing dalam pasaran, kemudahan-kemudahan khidmat nasihat dan kewangan dan banyak lagi.
Semuanya ini boleh kita dapati dengan mengunjungi kiosks-kiosks seperti produk PKS, MADA, KADA, FELDA, FAMA, Jab. Pertanian, Jab. Perikanan, Verterinar, LPP dan Universiti Pertaniaan Malaysia (UPM) sendiri serta banyak lagi manakala untuk nasihat kewangan pula Tekun dan Agro Bank boleh membantu. 'Anchor' bagi event ini sudah semestinya MARDI yang mana agensi inilah yang banyak membuat penyelidikan serta merancana perihal semua produk pertanian untuk dijadikan hasil industri seterusnya dipasarkan ke dalam negara mahu pun ke luar negara.
|
Makcik yang hebat, goreng pisang cuma gunakan tangan saja |
Jadi secara kesimpulannya MAHA ini sememangnya merupakan satu event yang amat memberi mafaat sekali dan kita patut lawatinya. Sey ucapkan syabas kepada penganjur kerana berjaya dengan jayanya menganjurkan event sebesar ni. Ada banyak perkara yang boleh dikupas dalam MAHA ini tapi sey tak dapatlah nak ulaskan kerana terlalu banyak bendanya. Datang melihat sendiri itu lebih baik rasanya, lagi pun ianya dianjurkan setahun sekali sahaja jadi memang rugi rasanya kalau kita tidak berpeluang untuk datang ke sana. MAHA pada sey ialah 'One Stop Centre' untuk segalanya yang kita inginkan dalam bidang industri tani ini.
|
Kerana tempat ini terlalu besar jadi kemudahan penggangkutan percuma
disediakan kepada pengunjung |
Penat tu memang penat tapi rasanya berbaloi sebab macam-macam ada walaupun tak banyak tangkapan yang dapat. Itu pun round dua tiga hall sahaja. Rasanya kalau sey khatam semua mahu sey keluar sambil merangkak menuju ke parking agaknya. Tambahan pula kalau bawa budak-budak kecil lagilah cabarannya kuat. Kepada para peniaga yang berniaga di luar venue MAHA (sey tengok punyalah ramai) moga anda sekelian senyum telah berjaya menambah pendapatan luar biasa sepanjang 2 minggu event ini berlangsung.
Semoga berjumpa lagi dalam MAHA 2013 pula selepas ini. Jya mata....