Sunday, June 17, 2012

Salam Israk dan Mikraj 1433H

Salam Israk Mikraj buat pembaca sekelian.






Pada tanggal 27 Rejab pada setiap tahun  umat islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj.

Israk adalah perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Juruselam.

Mikraj pula adalah perjalanan Rasulullah s.a.w menuju ke langit ketujuh. Sidratul Mutaha, Arasy dan singgahsana atau kursi Allah dan menerima wahyu daripada Allah s.w.t. 

Baginda Rasulullah s.a.w menjelajah bumi dan angkasa bersama makluk Allah bernama Buraq untuk menyaksikan petala langit, diperlihatkan dengan kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah. Peristiwa Israk dan Mikraj telah menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Nabi Muhammad s.a.w untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid. Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memperlihatkan balasan hambaNya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Selamat menyambut Israk dan Mikraj 1433H kepada seluruh umat islam, semoga kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj dan dapat kita mengukuhkan kepercayaan kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Semoga juga kita dapat memahami kepentingan masjid dalam kehidupan kita sebagai tempat membina ummah yang kental rohani dan mental.

Sepetang di Bumi Hang Tuah.


Ucapan As Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca semua.


lagu sempena hari bapa

Selamat hari bapa sey ucapan terlebih dahulu kepada kaum bapa semua. Sey berharap tarikh 17hb Jun hari ini akan memberi penuh pengertian kepada bapa-bapa yang telah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi bapa yang baik, penyayang dan bertaggung jawab kepada keluarga. Hanya sedikit ulasan sey pada hari bapa ni....sememangnya menjadi bapa pada masa sekarang ini amat mencabar sekali terutama dalam menjalankan tanggungjawab menjaga serta mendidik anak yang semakin meningkat dewasa. Dalam era dunia moden sekarang yang mana anak-anak kita begitu amat terdedah dengan persekitaran dan budaya kehidupan yang pelbagai ragam mahu pun yang buruk atau yang baik. Sesungguhnya bapa itulah yang akan menjadi garisan permulaan untuk mencorak kehidupan anak-anak. Sey berdoa untuk diri sey dan juga kepada bapa-bapa yang seangkatan supaya diberikan kekuatan untuk mendidik anak ke arah jalan yang diredhai agar anak-anak kita nanti menjadi orang yang akan memberi mafaat kepada agama, bangsa dan negara kelak. Amin.....



Ok....siapa orang Melaka kat sini...?  Tak da lah, sebabnya semalam sey dan keluarga pergi ke bandar Melaka. Tujuan asal sebenarnya pergi untuk memenuhi jemputan rakan lama semasa di Kyoto dulu sempena majlis pernikahan adik beliau. Jadi sey cakaplah dengan isteri sey oleh kerana sudah lama kami tak ke Melaka ni, apa salahnya kita pergi bersiar-siar selepas majlis tu ke   Bandar Hilir, kan.....


Siapa orang Melaka kat sini......?

Sudah agak lama Sey tidak datang ke Melaka, khususnya di Bandar Hilir. Kalau tak silap sey adalah dekat 10 tahun kot, walau pun Melaka tu (Bandar Hilir) cuma 1 jam lebih sikit jer perjalanan berkereta dari Seremban. Sey ni sebenarnya bukan seorang yang suka pergi berjalan-jalan atau bercuti ni, suka dan sey memang tak lepas peluang kalau berkesempatan melihat tempat orang. Cuma bila bab pergi bercuti ni memang kami kena buat jadualnya, yalah isteri sey memang sibuk dengan kerja, anak-anak pula dengan sekolahnya dan kadang sey pulak saja buat-buat sibuk hihihi.....jadi memang projek cuti-cuti Malaysia ni kena plan.


Menara Taming Sari




kami seronok berbeca

Kebiasaannya pada tibanya cuti sekolah saja lah masa yang sesuai untuk kami akan keluar jauh sedikit dari Seremban ni. Akan tetapi masa cuti sekolah lah pula semua harga untuk pakej percutian melambung naik. Sudah tiada pilihan nak buat macam mana ye tak..? Nasib baiklah kami bukannya selalu keluar bercuti, kalau tak parah jugak....




Foto sabahagian bandar Bandar Hilir Melaka
diambil dari Menara Berputar Taming Sari

Jadi di sini sey nak tabiklah pada Kerajaan negeri Melaka.....kurang 10 tahun yang dulu, kalau sey ke Bandar Hilir tu sey masih berpeluang melihat ruang-ruang kosong di antara celah bangunan-banguan sediada ada. Akan tetapi semalam pemandangan seperti itu sudah tiada, setiap inci ruang kosong telah pun di penuhi dengan bangunan-bangunan baru seperti pusat membeli belah, hotel dan pejabat, paling istimewa sudah banyaknya juga terbina mercu tanda baru yang berkaitan Melaka disamping juga tempat-tempat tumpuan pelancong banyak yang telah di naik taraf sepenuhnya. Jadi keadaan pemandangan sekitar pada perkiraan sey bertambah menarik. Semalam pun cuti hari Sabtu, jadi memang Bandar Hilir dilimpahi dengan pelancong tempatan dan luar negara. Dulu masa sey ingat, projek penambakan laut baru sebahagian saja dimulakan begitu juga dengan rangkaian jalan raya barunya. Sekarang boleh kata kesemua inci tanah "reclaim"nya sudah pun berdiri teguh dengan bangunan-banguanan kedai pejabat dan hotel mewah.


Oh ya, sey nak tambah cerita....semalam sey dan keluarga pergi bandar Hilir tu bukanlah berseorangan. Salah satu family ex MyKyoto dulu pun ada sekali. Kebetulan kami berjumpa di majlis kenduri kahwin tu. Sey sebenar gembira bila berjumpa semula rakan-rakan lama ini. Paling tidak pun kami akan mengimbau semula kenangan semasa menjalankan aktiviti di Kyoto dulu. Jadi bila kami keluar bersama semalam memang terasa seronoknya, kami jalan-jalan dan makan-makan lepas tu, samalah apa yang kami buat di Kyoto dulu. Itulah, sey pun ada teringat juga lepas ni sey nak kumpulkan family-family yang dah balik ke Malaysia ni di tempat baru sey kek Moh Homestay @ My Perpatih Kissaten di Port Dickson tu bila dah siap nanti. Kalau ada rezeki mungkin sebelum puasa ni ker...amacam geng MyKyoto in Malaysia, boleh ke....? Kalau tak pun lepas raya pun boleh juga. Nanti kita pakat-pakatlah macam dulu, buat BBQ ker, buat game ker kat pantai sambil mandi-manda............


Jadi itulah serba sedikit kisah sey dan keluarga mengisi masa sebelum menjelang hari bapa ni. Sebetulnya masa bersama keluarga bila berpeluang keluar bersama itu amat bernilai sekali pada sey. Masa-masa inilah kita berpeluang juga memenuhi cita rasa anak-anak mahu pun diri sendiri. Kepada keluarga Ezral dan Yang, sey ucapkan terima kasih atas jemputan majlis semalam dan tak lupa pada Amir dan Marfiah kerana aktiviti jalan-jalan dan makan-makan kita semalam juga memang best. Lain kali kita plan lagi untuk aktivi ex-mykyoto di Malaysia ini. Apa-apa pun sey nak koba an yang Bandar Hilir memang best lah. (iklan tak berbayar ni....)

Semoga kita berjumpa lagi di dalam ruang Secawan Kopi @ My Perpatih Kissaten. Jya mata........

Wednesday, June 13, 2012

Rindu, serindu-rindunya....

Halooooooooo......

Salam dan konnichiwa pembaca budiman semua. Ahaa...sey tunjukkan foto ni dululah pasal amat berkait rapat dengan blog sey ni haa.......

Kopi O kau dengan roti tradisi, roti bakar

Sedar tak sedar sudah lebih 2 bulan sey tinggalkan bumi Nihon dan memang sey sedar juga dalam tempoh itu juga sey tidak ke udara dengan entry yang baru,  hihihi...yalahkan seperti mana yang sey pernah kabarkan sebelum ni, bila jejak jer kaki ke tanah air, terlalu banyak benda dan pekara yang sey kena buat dan selesaikan. Tanyalah pada rakan-rakan yang seangkatan balik hari tu, semuanya dok pakat sibuk-sibuk buat itu-ini kan? Tapi kadang-kadang `mood' juga memainkan elemen yang penting dalam pembikinan entry baru ni. Apa-apa pun sey amatlah rasa bersyukur dan lega bila sudah pulang ke pangkal jalan ni. (^_^).


Sekolah Menengah Rendah sey dulu
Sememangnya empat tahun setengah hidup di bumi Nihon telah banyak memberi impak kepada diri sey dalam pelbagai perkara. Pada asalnya sey plan nak memulakan entry baru ni dengan mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pahit, manis, masin, masam, payau dan segalanyalah  semasa di sana, tapi memandangkan penulisan tu nanti mungkin akan menjela-jela (kalaulah...hai) jadi sey rasa sey akan mencari masa yang sesuai untuk kongsikannya nanti. Ok, sebelum sey lupa, sey nak ucapkan taniah pada isteri kerana telah berjaya dengan jayanya mendapatkan title Dr nya setelah tiga tahun setengah membanting tenaga, meng'emas'kan masa, mengorbankan perasaan dan mencurahkan air mata berliter-liter dan sey secara peribadinya merasakan ianya amatlah berbaloi dan telah berbayar akhirnya.


Entry kali ni sey nak bercerita pasal kampung sey sebenarnya.  Sebabnya...tulah sey dah lama tak balik kampung, seingat-ingat sey hampir tujuh tahun lamanya. Sey nak tanya pembaca semua, tempoh tujuh tahun tu lama tak rasanya? Jarak by masa kampung sey dari Seremban taklah lama sangat, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan berkereta. Kampung sey terletak di dalam Daerah Kuala Pilah jambatan bosi......Pekan terhampir dan terkenal sekali ialah Pekan Dangi. Kalau pembaca masih ingat lagi dulu ada satu lagu dendangan Norshila Amin ada menyebutkan nama pekan ini. Amacam, terkenal kan.....

Antara baitnya;

"Kalaulah pergi ke Kuala Pilah"
"Singgah sebentar di Pekan Dangi..."
"Kalau dihati rasa gelisah..."
"ingatkan saya ada di sini..."

Haa...ingat..tak.....


Sebenarnya sebulan sebelum sey pulang ke Malaysia hari tu, sey dah teringat-ingat akan kampung kelahiran sey, tiba-tiba rasa terlalu rindu sangat. Rindu kerana sudah terlalu lama tidak menziarahi kubur arwah ibu dan bapa sey. Sebelum sey berangkat ke Jepun pun sey tak bersempatan menziarahi pusara mereka, masa balik cuti dua tahun sudah pun sey tak juga sampai ke sana. Ish...ish...sedey.........jadi hari tu sey tunaikan hajat hati ni.

Kedai kopi yang terkenal di Pekan Dangi.
Dulu kedai kopi ni asalnya dari kayu


Banyak yang dah berubah namun masih ada lagi yang masih seperti dulu. Sey perati banyak rumah-rumah pusaka di tinggalkan dan mula dinaiki semak-samun malah ada yang sudah nampak seperti hutan dengan pokok berkayu besar tumbuh sewenang-wenangnya. 

Rumah pusaka peninggalan arwah abah
(yang bahagian belakang tu dah hampir roboh)
Rumah pusaka peninggalan arwah bapa sey pun begitu. Jujurnya sey katakan, air mata sey menitik bila melihat rumah sey dibesarkan bersama kakak-kakak dan abang-abang telah pun roboh sebahagiannya. Yang masih teguh berdiri hanyalah bahagian serambi rumah. Dulu kabarnya sebahagian kawasan rumah pusaka tu sudah dipenuhi semak-samun dan pokok-pokok liar. Selepas diupah orang membersihkan hutan kecil serta semak samun tu barulah nampak terang sikit. Fenomena rumah pusaka dibiarkan usang memang telah menjadi lumrah sekarang. Bukan kampung sey saja, malah sepanjang laluan sey balik ke kampung, sey perhati banyak rumah-rumah lama kampung yang lain turut mengalami perkara yang sama. Entahlah, mungkin lumrah kehidupan beginilah, bila anak-anak telah bekeluarga, berhijrah dan telah mempunyai rumah sendiri, dan bila ibu-bapa telah tiada, maka beginilah akhirnya.

Lupa pulak nak beritahu, kampung sey di beri nama Kampung Tulang Rimau atau panggilan dalam bahasa nogorinya Kampung Tulang Ghimau. Amacam....gerun tak dengarnya. Masa sey kecil dulu sey adalah tanya sama arwah abah macam mana kampung ni boleh dapat nama tu. Abah kata dulu masa orang mula-mula nak teroka kampung ni berjumpa banyak tulang-tulang harimau katanya. Jadi mereka sepakat namakan kampung ni sempena nama tulang-tulang harimau tu.....hihih....senangkan. Tapi yang tak senangnya adalah generasi selepasnya termasuklah sey. Apa taknya....semasa sey sekolah di Seremban dulu dan duduk pula di asrama..emm, nama kampung sey telah menjadi bahan gelak dan gurauan rakan-rakan lain. Hiss...samdol betul mereka-mereka tu. Walau pun sedikit geram, tapi sey tetap bangga dengan nama kampung sey.


Jalan masuk ke kampung sey


Dulu seingat sey, hanya satu nama saja yang digunakan untuk nama kampung sey tu, tapi semasa sey balik hari tu dah ada nama subsidary pulak. Nama besar Kampung Tulang Rimau, anak syarikatnya Kampung Tulang Rimau Ulu, Kampung Tulang Rimau Hilir, Kampung Geduh dan Kampung Sompo. Tak sangka pula sey, kira macam syarikat induklah ni dan  selepas tu anak-anak syarikat di bawahnya. Kira oklah tu kan?

Oklah....sey rasa cukup dulu setakat ni, nanti kalau story panjang-panjang takut timbul rasa boring pulak nanti kan? Kok ado....bahaso nogori eh. Apa yang sey nak simpulkan di sini dari apa yang sey kongsikan di atas ialah sayangilah kampung anda dan semailah rasa bersyukur dan bertuah bagi mereka yang masih punyai ibu-bapa di kampung. Sila kekalkan kampung anda walau pun tiada siapa lagi di sana, pasal apa, sekurang-kurangnya kita masih ada hala tuju nanti lebih-lebih lagi time raya. Yeay.....

Oh ya sebelum lupa, tak lama lagi sey akan melancarkan MohHomestay @ My Perpatih Kissaten. Bertempat di Batu 8 Pantai Port Dickson. Harap semuanya akan berjalan lancar hendaknya. Ini adalah salah satu  projek pertama sey dalam program mempelbagaikan fungsi serta memperkenalkan My Perpatih Kissaten ni. InsyaAllah jika diizinkan selepas ini sey akan lancarkan projek seterusnya dengan jenama My Perpatih Kissaten ni. Tunggu......

Jya mata ne......

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...