Sedar tak sedar esok adalah hari terakhir kita berada di dalam bulan Syawal ni. Mungkin ada rumah-rumah teman kita biskut-biskut raya dah sampai ke tahap tinggal serdak saja, macam rumah sey lah ni....biskut buatan sendiri sey semuanya dah selamat sey vacumn. hihi...
Ulasan ringkas sey di hari raya kali ni dan buat pertama kali menyambutnya di negara sendiri...emm memang hebat dan meriah sekali. Terasa nikmat sebulan berpuasa kali ini berjalan seiringan dengan kemeriahan di hari raya. Sey dan keluarga memang bak kata orang raya sakan juga lah. Sehingga masuk ke hari ke lima jadual raya sey penuh sahaja di luar. Lepas tu barulah sey dan famili dapat berehat-rehat sikit di rumah menunggu pula kalau-kalau ada tetamu lain pula datang.
salah satu majlis open house yg dihadiri |
antara menu dan rakan yg hadir di majlis rumah terbuka separuh pintu sey.. |
Tapi ada satu perkara yang sey rasa pada kali ni ada kelainan sedikit, bukan sedikit kot banyak sey rasa. Tradisi rumah terbukanya yang sey anggap agak luar biasa kecenderungan orang ramai mengadakannya dan itu belum lagi dikira yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan swasta. Sey tak pastilah samada tahun-tahun sebelum ni sitiusi yang sama berlaku tapi apa yang sey tahu sejak 5 tahun sebelum sey terbang ke Jepun, tak adalah meriahnya anjuran rumah-rumah terbuka ni. Secara puratanya boleh sey katakan anjuran rumah terbuka ni berlaku pada setiap hari mengambil kira dalam sehari ada tiga atau empat rumah mengadakannya. Emm...nampaknya rakyat Malaysia ni semakin ramai yang pemurah dan tahap ekonomi kehidupan pun dah bertambah baik. Baguslah kalau macam tu. Sey pun ada buat juga tapi tidaklah terbuka sangat rumah tu, buka separuh pintu jer....kih..kih...taklah sey cuma terbuka pada tetamu yang di undang saja, rakan dan jiran-jiran terdekat sahaja. InsyaAllah mungkin di lain raya sey betul-betul buka pintu seluas-luasnya nanti.
Ok, itu cerita bab rayalah yer dan mungkin ini last sey borak pasalnya. Sey sebenarnya juga nak borak pasal Benteng Seremban.
Nama Benteng Seremban ni sebenarnya adalah merujuk kepada lokasi tempat makan secara santai. Ianya memang antara tempat dinner yang amat popular di bandar ni. Sey dan keluarga pun lama dah tak pergi ke benteng Seremban ni, malam tadi bila mood nak masak tunjukkan arah zero perpuluhan zero jadi kami pergilah ke sana.
Lokasi benteng Seremban ni sebenarnya sudah beberapa kali berubah tempat, maklumlah bila ada saja perancangan pembangunan di kawasan berkenaan maka kena pindahlah jawabnya. Setakat ni sudah empat kali Benteng Seremban ni bertukar lokasi dan yang terkini di jalan Tunku Hasan berhadapan dengan komplek kedai Majlis Agama Islam Seremban (dikenali juga sebagai Bazaar MAINS), berhampiran dengan KFC baru.
Konsep gerai-gerai yang simple dan santai memang menjadi pilhan kepada mereka yang tidak terlalu mahu official sangat macam restoran tu. Lagi pun tempat makan memang open habis di atas jalan saja. Kat sini boleh didapati bermacam-macam makanan dan minuman di jual tapi yang paling pupular sejak dulu salah satu menunya ialah Sup Kambing.
inilah sup kambing kaw tu |
Memang sedap dan mengancam, bak kata orang mesti cuba. Harga semangkuk RM4.00, berbanding 10 tahun dulu hanya RM2.50 aje (kalau tak salah). Tapi, rasanya masih maintain sama macam dulu. Kalau ada pembaca semua yang tersesat di malam hari di Bandar Seremban ni bolehlah singgah di Benteng Seremban sambil menikmati pemandangan bandar Seremban di malam hari (Iklan sikit...)
Sehingga kita berjumpa lagi di lain borak ruang secawan kopi @ My Perpatih Kissaten. Jya mata.....