Saturday, October 13, 2012

Kisahnya hari tu.

As Salam....

Rumah impian sey

Lama pulak rasanya sey tak ke udara...yalah macam-macam hal yang berlaku sejak kebelakangan ni kat diri sey. Yelah kan...sekiranya sesuatu perkara itu memang dah tertulis sejak azali lagi maka setiap kejadian yang berlaku itu memang tak dapat di elakkan melainkan dengan doa. Tapi kalau sudah ditakdirkan nak berlaku juga walau pun segunung doa kita panjatkan, ia tetap akan terjadi juga ye tak. Tapi kita kena ingat satu saja perkara, setiap kejadian itu ada hikmahnya agar kita lebih bersedia menghadapi  hari mendatang kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Cewahhh.....


Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
(Dengarnya antara hospital kerajaan yang terbaik dan
doktor pun paling ramai disini.)


Sey tak sangka dan sungguh-sungguh tak sangka (samalah tuu..) kerana berjaya menempatkan diri sey di wad hospital pada 28hb September bulan sudah. Seumur hidup sey memang tak pernah ingin tinggal di wad dengan apa juga alasan pun. Memang sey tidak hendakkkkkk.......tapi hari tu sey terpaksa dan di paksa, tak ada jalan lain. Puas saya nak meng'elat' dengan doktor tu supaya tak dimasukkan ke wad, tapi fail juga.

Sebab mengapa sey elakkan....? Pertamanya sey ngeri....yalah selama ni sey ada pergi melawat saudara-mara dan rakan-rakan yang dimasukkan ke hospital, jadi pelbagai ragam dan keadaan pesakit yang sey tengok terutama kalau melawat wad orthopedik tu....fuh...lagi buatkan sey "minta jauh..."

Tapi itulah kisahnya...benda yang sey tak suka, wad yang paling ngeri itu juga rupanya menjadi tempat tinggal sey untuk tiga hari tu. Huwaaa...macam mahu nangis bila tengok hampir seratus peratus jiran-jiran katil sey tu semuanya yang jenis patah riuk, cucuk sana, cucuk sini, besi sana, besi sini, yang gantung-gantung tak usah cakaplah, berkat dari accident lah katakan dan kebanyakkannya pula datang dari jaguh motosikal.

Ok, entry ni sey bukan nak bercerita pasal sakit sey tapi pasal pengalaman sey sepanjang tiga hari di wad melihat karenah pesakit dan berurusan atau berhubungan dengan misi-misi yang bertugas. Selama ini sey hanya melihat mereka menjalankan tugasan mereka terhadap pesakit lain sahaja dan tentulah banyak persepsi yang terlintas samada positif atau negatif hasil dari pemerhatian sey masa tu. Sey pasti juga para pembaca semua mungkin pernah mendengar cerita-cerita mulut perkara-perkara baik dan perkara-perkara yang tidak baik di hospital kan? Tapi hakikatnya jelas bila mengalaminya sendiri. 

Sey tidak hendaklah berkisah panjang lebar dalam entry ni. Sey cuma hendaklah kongsi-kongsikan. Mungkin ada beberapa perkara yang  boleh memberi sedikit pengajaran dan pengetahuan kepada yang di luar sana.


  • Memang tidak dinafikan perkara negatif yang sering dipalitkan terhadap hospital kerajaan adalah "service". Itulah juga yang selalu di canang oleh agen-agen insurans ketika hendak meng approach bakal customer. Tak gitu ker.... Ya sey pun tak nak nafikannya. Tapi....ada satu perkara yang kita patut tahu hahawa hospital kerajaan lah satu-satunya pilihan utama orang ramai yang kurang berkemampuan atau yang berkemampuan sederhana atau yang serasi atau itulah kemudahan yang ada bagi mereka seperti kakitangan kerajaan dan pesara, sebagai tempat mendapatkan rawatan.  Berbandingkan dengan hospital swasta. Betulkan....Hanya orang yang berkantung penuh atau punyai pakej  insurans kesihatan yang bagus saja akan ke hospital swasta dan pastinya hospital-hospital ini akan men'cekik'  cukup secukupnya peruntukkan wang yang diberikan. Tak gitu...?

Day one, sebelah kiri sey tulah bilik air
  • Jadi tidak heranlah pada hari pertama sey daftar masuk, katil sey ditempatkan di sebelah pintu ke bilik air...huwaaa...nak nangis lagi....SABAQ-SABAQ....sey pun tanyalah pada doktor kenapa  katil sey di letakkan di situ, Doktor tu cakap hari itu merupakan 'hari kemasukkan ramai pesakit' ke wad itu dan ianya akan berlaku tidak tentu harinya pada setiap minggu. Ooo...ye ker...SABAQ..SABAQ, "tapi tak apa" doktor tu menyambung cakap..."bila ok nanti kita pindahkan awak ke ruang yang selesa sikit.." dan mujurlah pada petang tu katil sey di tempatkan di ruang yang sepatutnya. Fuhh..lega, kalau tak asyik stress saja pasal setiap kali misi atau orang lalu lalang mesti terlanggar katil sey....



Jiran katil sey,  kemalangan basikal.
Hari-hari sey tengok darahnya keluar...

  • Oleh sebab itulah sey anggap itulah faktor-faktornya kenapa 'service' tu mengambil masa sedikit kerana kebanjiran pesakit manakala nurse-nurse yang bertugas pun tak ramai. Pernah satu masa (sey ingat hari kedua) hanya dua orang nurse saja yang bertugas untuk membuat 'dressing' pada setiap pesakit yang patah riuk dan luka parah ni hari itu. Kalau seorang dua tu tak apalah, ni berbelas, kalau sey mahu jer meraung kat situ.....Sey rasa simpati pada kedua nurse tu dan mengucapkan gambatte....dan mereka tetap bertugas dengan senyuman. Tabik sey, walau pun tak di nafikan ada juga nurse yang menjeling dan menarik muka masam (adalah hari tu) bila sey minta sedikit pertolongan. Tak apa, biasalah tu kan? penat kerja melayan orang sakit ni yang macam-macam karenahnya, tapi majoritinya semua nurse dekat wad orthopedik tu bagus-bagus belaka dan muda-muda lagi....hihihi....jangan mare......

Breakfast

Lunch

Tea time
Antara menu


Itu kisah misi-misi yang budiman dan supermisi..


 salah seorang cik misi yang baik

  • Yang ini sey berkisah pasal pesakit pulak. Sey tak sentuh semua yang ada dalam wad tu, sey cuma nak sentuh seorang dua remaja yang tersadai kat situ pasal accident atau mungkin ter 'accident'...motosikal.

  • Kesian sey tengok mereka-mereka tu, tergantung kaki-tangan, bersimen sana-sini dan bercucuk besi-besi pengganti tulang yang patah. Tapi sebenarnya sey lebih kesian akan ibu-ibu yang setia menunggu tu.....yang berkerja terpaksa ambil cuti, ada yang berniaga pula terpaksa mengharapkan pekerja bagi memastikan bisnes tu berjalan dengan harapan mereka itu amanah. Sey adalah borak-borak kosong (saja nak cungkil kisah) pada dua tiga ibu dan uwan yang berjaga di situ dan kata mereka anak-anak  dan cucu mereka kemalangan kerana membawa motor dengan laju atau bahawa manisnya "merempitttttttt...) tanpa pengetahuan mereka. Ada yang seorang lagi tu curi-curi bawa motor dan accident. Sudah ditegur banyak kali pun tapi tetap degil dan si ibu tu kata itulah anak lelakinya nan seorang. Ceh..ceh..ceh...lagu tu kaa...nak salahkan siapa ni...? Jadi pengakhirannya bila sudah berlaku tak ker akan menyusahkan...? Huh, geram betul sey......Itulah dia bila berkawan yang tidak terkira ramainya dan dapat pula kawan-kawan yang tak boleh pakai, kesudahannya mesti tak baik. 




antara pemandangan di dalam wad

  • Jadi sey ingin mengingatkan diri sey sendiri dan pembaca semua agar sentiasa mengambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Memang kita akui bahawa memang sukar  membesarkan anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan di zaman yang segala-galanya di tangan anda ni. Cabarannya begitu kuat. Tapi kita percaya bahawa kasih sayang yang mencukupi dan bertempat serta perhatian yang sewajarnya boleh mengelakkan anak-anak kita dari terjerumus ke dalam perkara atau gejala yang tidak sihat.

Yeay...sey dah keluar hospital


Kesimpulannya di sini, berada dan tinggal di hospital sebenarnya banyak memberi pengalaman yang baik walau pun dikelilingi situasi yang tak baik. Ini hanya sebahagian yang sey kupas sahaja, mungkin banyak lagi yang boleh kita perkatakan. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil untuk direnungi bersama. Persekitaran di hospital, budaya kerja, penderitaan pesakit dan apa juga yang berkaitan di sana boleh kita ambil sebagai iktibar  untuk kita guna-pakai di dalam kehidupan seharian.

Sey hendak buang persepsi yang tidak baik bila tinggal di hospital (kerajaan) ni. Segalanya ok sebenarnya. Yang penting kita cuma kena banyak bersabar dan sila letakkan pula sabar itu pada tempat yang sepatutnya. Fahamlah kan...?

Best apa duduk wad ni. Tak perlu bangun kecuali kalau nak pergi tandas la. Makan-minum orang hantar silap-silap kena suapkan lagi. Apa hendak kita minta saja, apa taknya  segalanya di mulut anda. Ting tong...anda akan dilayan sebentar lagi. Best wooo.....

Jya mata ne..






Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...