Sunday, September 2, 2012

Al-kisah Raya dan Ayam Goreng Pandan

As Salam semua.

Masihkah dalam mood raya. Sey pasti semua orang masih lagi dalam mood tu, yalah kan walau pun tempoh bercuti dah belalu sejak 2 minggu sudah, agenda raya masih diteruskan dengan ramai mungkin orang membuat rumah terbuka pula. Samada di pejabat atau pun individu inilah masanya mereka akan melangsungkan majlis sebegitu. 

Sey pun samalah sejak beberapa hari sudah memang ada mendapat jemputan. Bukanlah jemputan untuk rumah terbuka raya saja malah sey turut mendapat jemputan kenduri kahwin juga. Bulan September ni hinggalah ke bulan Disember nanti sey rasa akan bermulalah musim orang mengadakan majlis perkahwinan. 

Aidilfitri kali ni macam-macam kisah. Nasib tidak baik ditakdirkan sey tiba-tiba tak beberapa sihat bermula tiga hari sebelum raya hari tu. Ingatkan boleh kebah sebelum raya, rupa Allah belum mengizinkannya lagi dan seminggu semasa raya sey asyik telan 'pain killer' saja untuk meredakan sakit. Tiada pilihan...terpaksa kalau tidak maka tak rayalah sey nampaknya......huhu...

Raya ke tujuh pula anak lelaki sey kemalangan tersimbah dek air panas. Habis melecur kaki kiri bahagian tapak dan atasnya. Kesian sey tengoknya asyik mengesot untuk bergerak. Alhamdulillah hari ni dia sudah boleh berjalan semula walaupun terpaksa menggunakan tumit buat sementara ni. Harap-harap dia akan sembuh sepenuhnya dalam masa 2 atau 3 hari lagi dan dapatlah ke sekolah semula.

Ok....sey sebenarnya nak kongsi apa yang sey makan tengahari ni tadi. Tak da lah special sangat cuma bezanya kelainan saja jer. 

Sey dan isteri buat ayam goreng pandan. Hasilnya kami mendapat ayam yang juicy kerana balautan daun pandan tadi.




Senang saja resepinya. 

Bahan-bahan.
  • 1/2 ekor ayam dipotong lapan.
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu teh cili boh
  • 2 sudu besar brown sugar
  • 8 helai daun pandai - dibasuh bersih
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng
Cara membuatnya.

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat.
  • Gaulkan ayam bersama bahan yang ditumbuk, gula, cili dan garam. Biarkan selama 15 minit.
  • Balutkan ayam yang telah diperap tadi dengan daun pandan - setiap ketul memerlukan satu helai daun pandan.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  • Hidangkan panas-panas.
Pada sesiapa yang nak mencuba silakanlah.

Sehingga berjumpa lagi nanti di ruang Secawan kopi @ My Perpatih Kissaten.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...