Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah

As-Salam.




Sey nak ambil kesempatan pada malam ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah kepada semua pembaca, terutama pada rakan-rakan sey di MyKyoto. Tidak lupa juga pada rakan ex-mykyoto serta rakan lain yang mengenali sey, dengan ucapan kalau ada kelapangan silalah datang beraya ke rumah sey. Tidak lupakan 

Yalah kan selepas sebulan kita berjuang menjalani ibadah puasa dan esok kita sama-sama pula meraikan kemenangan ini. Sedih kerana pergi sudahlah bulan penuh rahmat Ramadhan dan gembira pula dengan menjelmanya Syawal. 

Sey berharap pembaca semua akan bergembira meraikan hari raya tahun ini bersama ibu-bapa, keluarga dan rakan taulan.Cuma dalam pada kita bergembira janganlah pula kita melupakan orang-orang atau saudara kita yang di dalam kesusahan tidak kira di dalam negara atau di luar negara sana. Kita berdoa agar saudara kita yang di timpa kesusahan seperti di Myanmar, Syria, Sempadan Thai, Aghanistan dan beberapa buah negara lagi agar mereka akan di beri perlidungan oleh Allah dari kekejaman musuh. 

Sey pun akan bercuti untuk beberapa hari ni untuk pulang ke kampung halaman melawat saudara mara sey. Semoga kita berjumpa lagi di lain borak raya selepas ini di My Perpatih Kissaten. 


Jya mata.

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...