Sunday, August 5, 2012

Moh ke Bazar Ramadhan.

Salam pembaca budiman.

Sedar tak sedar kita sudah pun melepasi separuh perjalanan ibadah puasa ini. Sey pun perhatikan kemeriahan untuk menyambut Syawal dah mula membayangi semua orang. Semua pusat membeli belah telah mula dikerumuni orang ramai yang memilih untuk membuat persiapan membeli baju raya awal. Di khuatiri kalau beli saat-saat akhir nanti takut berebut-rebut pula. Sey dan keluarga pun tak kecualilah, siang-siang lagi sey sekeluarga memang sudah prepared lama dah  baju untuk raya tahun ni. 



Selamat datang ke Bandar Seremban
Entry kali ini sey nak sebenarnya nak borak pasal Bazar Ramadhan. Yalah kan, sudah lama sey tak menggunjungi bazar istimewa ni yang akan wujud setahun sekali saja. Dululah kan seingat sey bila disebut bazar ramadhan ni, sudah pasti apa yang boleh didapati di sana nanti ialah bermacam-macam jenis makanan dan minuman dari pelbagai jenis dan warna. Kawasan tumpuan pula adalah terhad di mana pihak penganjur hanya akan mengkhususkan tempat-tempat tertentu sahaja dan peniaga yang mengambil bahagian pula tidaklah ramai sangat. Macam di tempat sey ni, tapak bazar ramadhan yang popular ialah seperti di Bandar Baru Ampangan, kawasan letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, Bandar Satelit Senawang dan beberapa tapak lagi yang tak sempat sey nak jengah. Banyak memang banyak........

Tapi itu dulu-dulu.....tidak lagi waktu sekarang. Orang yang menjalankan perniagaan dalam bulan Ramadhan ni sudah ramai, dimana-mana saja baik di tepi jalan, hadapan deretan kedai, kawasan parking, laluan kaki lima kedai malah kawasan tanah kosong akan ada saja orang berniaga. Bentuk perniagaannya pula bukan lagi khusus pada menu makanan dan minuman saja, sekarang ini pakaian dengan pelbagai aksesori, biskut raya, barangan keperluan rumah untuk hari raya dan bermacam lagi telah mula mengambil tempat. Kawasan perniagaan untuk bazar ramadhan pula ada yang diuruskan atas nama persatuan dan ada yang sendirian. Kali ini sey nampak lebih meriah, mungkin keadaan ini dan bermula sejak beberapa tahun dulu. Dulu memanglah sey ada pergi mengunjungi bazar ramadhan ni sebelum ke Jepun dan memang banyak tempat bazar ni dan ramai juga pengunjung. Tapi kali ni agak berlainan sekali. Kalau dulu khemah peniaga dalam sebaris panjang saja, tapi sekarang ni sudah berbaris-baris, kiri dan kanan telah didirikan khemah untuk disewa.

Emmm...dalam pemikiran sey, bazar ramadhan sekarang ni bukanlah setakat memenuhi keperluan diri untuk mendapatkan pendapatan sampingan keluarga. Bazar Ramadhan kini telah berupakan suatu perniagaan dan semua peringkat orang akan mengambil kesempatan ke atas. Maksud sey cuba semua peringkat dapat mafaatnya, dari pemberi permit, institusi kewangan, pengeluar terus ke pembekal/pemborong malah peruncit dan akhir sekali peniaga semua dapat mafaatnya. Siapa yang setuju...? 

Putaran bisnes ni sentiasa berjalan dan semua akan  dapat bahagian masing-masing. Tapi yang kesiannya pembeli mungkin, kot..kot, yalah mereka tak dapat untung apa-apa pun selain hanya dapat memenuhi kehendak tekak dan selera berpuasa masing-masing jer. Betul ker....hihi, tak gitu..? Tapi tak apalah kan, sekurang-kurangnya kita pembeli  ni sebenarnya telah pun membuat amal kebajikan kepada penjual, kalau tidak pusingan bisnes tu tak berlakulah. Apa-apa pun jom layan saja beberapa foto yang sempat sey shot di beberapa lokasi bazar ramadhan. Nak shot semua tal larat.....

Jya mata....


Bazar Ramadhan Bandar Baru Ampangan












Bazar Ramadhan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi










Bazar Ramadhan Taman Matahari Height

Bazar Ramadhan Senawang Jaya

Bazar Ramadhan near Giant Hypermarket

Bazar Ramadhan Taman Desa Dahlia

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...