Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam pembaca budiman.



Besok (21hb Julai) maka bermulalah ibadah puasa bagi semua umat islam di merata pelusuk dunia. Tetapi ada juga negara-negara islam yang lain telah pun menyambut/menunaikan ibadah puasa hari ini (20hb Julai) mengikut pada bacaan nisab dan rukyah negara masing-masing. Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh mereka-mereka yang rindu untuk menambahkan berkat dalam perbuatan dan pahala yang melimpah ruah seperti yang di janjikan oleh yang satu. Di dalam bulan Ramadhan ini jugalah masa yang terbaik-baiknya untuk kita bertawaduk serta bermuhasabah diri akan apa kekurangan dan kelebihan pada diri kita supaya dapat diperbaiki dan semoga juga dapat memberi mafaat kepada insan lain.




Itulah sedikit mukadimah sey dan sebenarnya sey pun masih belajar lagi untuk menambah-baikkan diri sey ni. yalah kan kita lahir pun bukan terus sempurna. Sey teringat kata-kata seorang ustaz tu yang mana dalam taskirahnya mengatakan kita ini apabila lahirnya ke dunia adalah tersangat miskin, miskin dari segala-galanya. Bermula dari situlah kita mula diajar dan belajar erti kehidupan sebenarnya hinggalah dewasa, berkeluarga dan tua. Biarlah sekaya mana pun kita, pengakhiran hidup di dunia ini nanti kita akan kembali miskin semula, jadi tak perlulah kita berlaku sombong dengan orang sekeliling kita. Kata-kata yang menarik pada sey mendengarnya......


Sekarang banner-banner sebegini dan mula
meriah di sepanjang jalan utama.


OK...sey sebenarnya amat teruja berpuasa kali ni tapi bukanlah selama ini sey tak puasa...hiss...hiss. Sebenarnya sey teruja tu sebab inilah buat kali pertama sey menunaikan ibadah puasa semula di tanah tumpah tanah air sey.....setelah empat tahun setengah sey menyambutnya di perantauan. 

Semalam dan hari ini merupakan hari mantai di negeri kelahiran sey, Negeri Sembilan. Apa yang istimewanya  hari mantai ni...? sebab utamanya ianya hanya satu-satunya dibuat di Negeri Sembilan, tiada amalan seumpama ini di negeri lain di Malaysia ni. Bestkan bunyinya. Di hari mantai inilah kita akan dapat melihat lembu-lembu akan di korbankan (bukan seperti Hari Raya Korban) dimana daging dan tulangnya akan dijual kepada orang ramai. Daging lembu sebenarnya merupakan menu utama selain daging ayam yang mana daging-daging lembu ini akan dibuat rendang untuk di makan bersama lemang. Selain di buat rendang ada juga yang membuat sup terutama tulang-tulangnya.  Bolehlah dikatakan hari mantai ini adalah satu tradisi turun temurun orang Nogori menanti ketibaan bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal berikutnya. Dulu sey pernah bercerita kisah seumpamanya ini di dalam entry sebelumnya jadi tak perlulah sey cerita lebih-lebih. Kalau nak tahu juga boleh hubungi sey di talian 0123456789 selepas waktu tengah malam. hihih.......


 Hari Mantai

Satu lagi keistimewaan bulan puasa ini selain bulan untuk beramal ialah bulan menambah atau mencari rezeki. Di dalam bulan ini saja kita akan dapat melihat timbulnya macam cendawan khemah-khemah menjual barangan dari pelbagai jenis. Dikenali sebagai Bazaar Ramadhan. Dari juadah makanan sebagai 'anchor' menunya hinggalah ke pakaian dan juga aksesori untuk diri, semuanya ada dijual. Memang kita akan dapati suasananya amatlah meriah sekali. Itulah istimewanya Ramadhan ini selain kita berkejar mencari pahala di malamnya dengan solat Tarawikh. 


my rendang daging negeri sembilan
Sey bersyukur benar kerana disini segala-galanya mudah lakukan apa saja berbanding masa sey di Jepun dulu. Sey sambut bulan Ramadhan dengan kekurangan terutama dalam bab-bab beribadah. Tapi itulah kenangan dan pengalaman sey yang amat mahal sekali dan sey tak kan jualkannya di pasar malam.......Sey berdoa pada rakan-rakan sey di Kyoto yang masih lagi berjuang dengan impian masing-masing agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan seadanya.



Ilmu dituntut...akhirat dicari, semoga mereka berjaya  mendapat kesemuanya dan dipermudahkan. InsyaAllah.

Jadi harapan sey dan mungkin juga harapan para pembaca semua yang beragama islam, biarlah Ramadhan kali ini akan memberi penuh makna agar dapat kita lalui dengan sempurna.......Selamat berpuasa kepada anda semua. 

Jya mata......

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...