Saturday, March 3, 2012

Mee bandung Uji

mee bandung UJI

Salam di hujung minggu. Hari saja nak tanya pembaca  semua, dinner hari ni makan apa ye. ?

Sudah tiga hari bacaan suhu menujukkan bacaan 10 degree keatas. Emm... maksudnya musim dah pun mula mengorak langkah ke spring dah. Sey memang suka, pasal dah tak berapa sejuk sangat. Hari ni pun sinar matahari cukup mengujakan, cerah sampai ke petang.

Oh ya...seperti biasa menu di hujung minggu ni agak istimewa sikit. Mee bandung Uji namanya yang sey bagi. Pasal apa yang menjadinya  special ialah kerana resepi kuahnya kami buat sendiri atau dengan maksud lainnya tanpa bantuan perencah ready made yang banyak bermaharaja lela kat negara kita sekarang ni. Sememangnya kita maklum wujudnya perencah-perencah segera selama ni adalah kerana orang kita dan terlalu sibuk dengan urusan semasa masing-masing dan sememangnya benda-benda yang segera inilah jalan penyelesaiannya. Tapi taklah sey maksudkan pada semua, mana-mana  yang berkelapangan tu contohnya seperti suri rumah masih boleh buat sendiri kalau tidak bermalas-malasanlah. :)



Bagi sey kat sini yang tinggal kat Jepun ni, tak ada alasanlah, kalau teringin nak makan seperti mee bandung ni, nak tak nak kena perah otak sikitlah cari idea nak membuatnya bila stok segera (perencah) sudah kehabisan. Apa-apa pun experimen ni berjaya juga, kuahnya pada sey hebat rasanya dan sey memang bagi kredit pada isteri kerana berusaha menyediakannya. 

Jya mata ne......

* Makluman saja....entry hari ini merupakan entry sey genap 100..yeay...semoga diberikan idea lagi untuk meneruskan penulisan untuk tatapan pembaca, dan berkongsi pengalaman).

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...