Friday, February 10, 2012

Suka-suki-YUKI......

Salam ya salam.

  • Pejam celik-pejam celik dah nak masuk pertengahan bulan Februari dah. Pada eden yang tak buat banyak perkara kat Kyoto ni boleh rasa masa terlalu pantas berlalu apa lagi pada yang lain yang  sibuknya mengalah Presiden lagilah rasa masa tu macam tak cukup.

  • Sebenarnya entry kali eden nak tunjuk perkara yang mungkin tak ada kali tapi eden dah alami pada tahun sudah. Apa lagi tak lain dan tak bukan yuki atau snow atau salji atau salju..ada ker. hihi...Tak adalah, puas sebenarnya mengharap tapi itulahkan tak semua harapan tu kita boleh dapat sepenuhnya. Yang maha berkuasa saja yang boleh menentukannya. 


  • Sekarang ni eden dah rasa akan mula berlaku (mengikut pengalaman dulu) perubahan musim sejuk ni menghala ke musim lain. Walaupun diramalkan oleh pihak Meteorlogy Agensi Japan bahawa musim sejuk kali ni mungkin panjang tapi tak apalah sekurang-kurangnya bila eden nampak pakcik Jepun (tukang kebun) dah mula trim pokok-pokok di depan rumah, kira tandalah tu ye tak. Lagi pun kalau kita perasan sekarang waktu siangnya dah panjang sikit dari biasakan?

  • Area Yamashiro ni memang agak kurang bernasib  baik sikit kerana sukar menerima yuki (snow) Mungkin kedudukannya agak selatan (ke bawah) dalam peta Kyoto. Selalunya angin sejuk ni kalau mengikut maps Japan meteorlogy akan bermula dari sebelah atas (utara) melalui negara China dan Russia. Sebab itulah bila kawasan-kawasan yang berhampirannya akan terlebih dahulu mendapat yuki ni dan akan berkekalan lama. Kehadiran yuki juga berkait rapat dengan ketebalan awan yang mengandungi air serta tekanan suhu rendah. Kalau kedua-duanya cukup, insyaAllah memang dapatlah snow. (Sumber Japan Meteorological Agency)

Japan weather today



snow yang melampau akan menjejaskan kehidupan seharian
(gambar ihsan kosmo)

  • Yuki ni sebenarnya ada elok dan tak eloknya, bak kata orang ada pro dan kontranya juga. Mungkin pembaca semua boleh tanya dengan kawan-kawan yang tinggal di area yukinya memang heavy. Cantiknya dan syoknya pada mata kita paling kurang pun seminggu jer pujiannya, lepas tu emmm... akan jadi masalah besar pula mungkin. Bermacam cabaran terpaksa dilalui sekiranya yuki yang melampau melanda. Eden dan beberapa rakan telah melalui hari yang malang kerana yuki ni pada awal tahun lepas. Orang sambut tahun baru dengan pom..pom.pom bunga api, kami pula...hish..hish...eden cuma boleh cakap, biarlah eden cari yuki dari yuki cari eden........hish..hish..

Obaku

lorong menghala ke rumah


mandi

Obaku Plaza, Kyoto Unversity

nampak mansion tu (tengah) tulah tempat eden tinggal



jejambat ke Uji Campus

  • Yang ni yuki pada 8hb Febuari hari tu :-)...



  • Video yang ni semasa hari kejadian tu pada tahun baru tahun lepas. :(
  • Lokasi Otsu, Shiga Prefecture






No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...