Monday, February 6, 2012

Kids Birthday



  • Selamat ulang tahun kelahiran eden ucapkan buat anak perempuan eden. Yang sulong genap 13 tahun pada 23hb Januari sudah manakala yang tengah genap 8 tahun pada 30hb, bulan yang sama. Jadi hari Sabtu hari tu (4hb Januari) eden buatlah sedikit majlis meraikan harijadi kedua mereka.

  • Sememangnya pada setiap tahun eden akan membuat majlis sekali untuk keduanya kerana beza hari yang tidak berapa jauh. Bukan saja dapat berjimat malah perihal sibuknya bila menguruskan itu-ini hanya sekali saja.

  • Seperti biasa juga berkenaan menu dan masak-memasak juga isteri eden yang selesaikan dan memang setiap tahun begitu. Pada eden ianya lebih bermakna kerana melalui ibulah mereka mula belajar dan mengenali kegembiraan, kepayahan dan dugaan di dunia luar. Doa dan harapan eden agar anak-anak akan terus membesar dengan sihat, beriman dan bijaksana agar suatu masa kelak mereka akan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Amin.

menu yang isteri eden sediakan (cuma laksa
disumbangkan oleh jiran kami di Uji)

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...