Tuesday, February 28, 2012

Oishinya peri-peri Chicken

Salam selamat malam.


Peri-Peri Chicken



Semalam sey tengok cable TV channel Foodies TV show kelolaan Jamie Oliver. Rancangan itu diberi nama 30 minutes Meal by Jamie Oliver. Dalam rancangan tu beliau akan mempersembahkan 5 jenis masakan dan akan disiapkan dalam masa 30 minit. Sey secara peribadinya memang suka style Jamie masak dan memang sey tak lepas peluang setiap kali segmen ni ke udara, kira macam sifu maya sey laa ni... :-) 

Jadi semalam Si Jamie tu ada menunjukkan satu resepi  yang menarik minat sey hendak mencubanya pasal nampak menyelerakan. Peri-peri chicken nama masakannya. Kalau tak silap sey menu peri-peri chicken ni kalau di Malaysia ada di jual di Restoran Nando's. Buatnya tak lah susah sangat dan kalau ada pembaca minat nak mencubanya sey turunkanlah resepinya di sini.

Bahan-bahan A. (gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam)

  1. Seekor ayam saiz kecil dipotong sepuluh bahagian
  2. Minyak untuk menggoreng


Bahan-bahan B (untuk kuah)

  1. 4 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 3 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  4. 1/2 inci halia
  5. 4 sudu besar olive oil
  6. Garam dan black pepper secukup rasa
  7. Jus lemon dari 1/2 biji lemon
  8. 4 sudu besar yogurt
* bahan-bahan di atas di blend (kisar) kesemuanya


Bahan-bahan C. (sayur-sayuran)

  1. 4 batang asparagus dipotong kecil-kecil (ikut suka)
  2. 1/2 biji paprika (cili bell) dipotong empat segi
  3. 1/2 labu bawang besar dipotong empat segi

Cara membuat.

  • Goreng ayam tadi separuh masak. Angkat dan letakkan dalam tin pembakar
  • Curahkan bahan B yang telah di blend (kisar) tadi keatasnya. Bakar di dalam oven pada suhu  200 degree  celcius selama 25 minit.
  • Sementara menunggu ayam dibakar, tumis bahan C sehingga separuh masak.
  • Setelah 25 minit keluarkan ayam tadi dan taburkan sayur yang di tumis tadi dan gaulkan rata, balik-balikan ayam dan bakar lagi selama 5 minit.
  • Setelah masak boleh dihidangkan dengan nasi panas dan salad.

Selamat mencuba ler.....Jya mata.


Monday, February 27, 2012

Seharian di Mie

panorama foto dari tingkat atas rumah


Konnichiwa minna.

Sey tak berapa ingat sudah berapa lama sey sekeluarga tak keluar berjalan-jalan. Yalah sejak isteri tersangat sibuk sejak berbulan sudah menyebabkan kami kiv dulu niat nak bercuti ni. Sekarang ni isteri dah free selepas selesai membuat 'correction' serta submit thesisnya untuk PhD, jadi semalam.......


Ya..semalam sey  dan rakan keluarga lain di Kyoto dan Osaka telah meluangkan masa memenuhi jemputan rakan lama sempena  house warming  di Yokkaichi-shi, Mie Prefecture. Jarak perjalanan berkereta dari tempat sey tinggal ke sana lebih kurang 91 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai. Alhamdulillah, perjalanan agak santai kerana ketika menyusuri Daini Keihan, Shin Meishin dan Meshin Expressway kenderaan tidak begitu banyak di atas jalan. Sey cuma singgah sebentar di kawasan rehat (RnR) Tsuchiyama dan ketika di sana cuaca memang amat sejuk dan berangin. Jelas sey perhati permandangan gunung sekeling penuh dengan snow, mungkin semalamnya snow sudah turun di sini. Ketika sey singgah itu pun snow memang tengah turun cuma tak berapa lebat sahaja.


di hentian rehat Tsuchiyama
RnR Tsuchiyama
Sey tiba di Yokkaichi (rumah rakan) jam 12.15 tengah hari. Berkisah sedikit berkenaan Yokkaichi-shi ni (shi merujuk kepada bandar) Yokkaichi-shi dahulunya amat dikenali sebagai 'market on fourth day' yang mula dibangunkan pada zaman pemerintahan Azuchi-Momoyama. Bandar besar yang paling hampir ialah Nagoya (terkenal dengan Noritake) dan  amat hampir dengan bandar Suzuka, yang menempatkan pusat bandar permotoran lumba kereta F1 yang terkenal di Asia Suzuka Circuit. Yokkaichi suatu masa dulu adalah bandar perlabuhan yang agak terkenal pada tahun 1899 dan sebab itu didapati   banyak kilang-kilang perusahaan wujud di sini dan boleh dilihat hingga sekarang.



Yokkaichi-shi telah dinamakan sebagai bandar moden pada 1 Ogos, 1897. Akan tetapi telah berlaku satu sejarah buruk di bandar ini  iaitu pada tahun 1960 hingga 1972, dimana penduduk bandar mengalami masalah kesihatan yang serius disebabkan oleh pelepasan  sodium oxide (SOx) sejenis chemical compound ke atmosfera daripada loji kimia minyak tempatan. Di Jepun, penyakit yang dikenali sebagai Yokkaichi zensoku (Yokkaichi Asma) sebenarnya mendapat namanya dari bandar ini, dan ia dianggap sebagai salah satu daripada "Empat penyakit pencemaran besar Jepun".   Tidak hanya itu saja, Yokkaichi juga turut mendapat kesan dari bencana alam yang berlaku sebelum itu iaitu ribut besar dan juga tsunami dan di mana tsunami pada masa itu telah direkodkan sebagai yang paling besar pernah berlaku di Jepun. Kejadian tsunami itu berlaku di pantai Ise-shima dan bencana alam itu juga dikenali sebagai Ise One Disaster. Kalau kita berpeluang ke sini dan jika melalui sebahagian tepi pantainya kita akan dapat melihat tembok setinggi 10 kaki di bina di sepanjangnya.



Berbalik pada majlis house warming tadi, Alhamdulillah kerana  majlis   berjalan lancar dan sey selain itu dapat juga berkenalan dengan rakan Malaysia dari Nagoya yang turut juga diundang. Terima kasih sey ucapkan kepada tuan rumah yang telah menyediakan makanan yang enak-enak dan tak lupa pada tetamu lain jugalah yang turut membawa buah tangan masing-masing. Semuanya sedap belaka. 


Ada satu perkara yang sey rasa nak cakap sikit kat sini, memang terkesan juga pada sey pasal bila sudah lama tak berjalan jauh berkereta ni, rasa macam 'ralat' pulak. Jadi macam sudah kurang mahir membaca route jalan yang di tunjukkan dalam navi 'garmin' sey. Asyik saja tersalah arah atau masuk simpang..hihihi..huhuhu... :( Tak mengapalah, harap-harap lepas ni boleh jadi pandai semula.




Sebenarnya memang syok kalau berpeluang ke Mie ni, pasalnya banyak tempat yang boleh dilawati dan seterusnya dapatlah mengempiskan poket atau wallet yang asalnya penuh. (wink)...



Emmm...selepas majlis tu sey..eh bukan sey...isteri sey..eh tak la..sama-sama ajak sebenarnya... pergi shopping kat Mitsui Premium Outlet di Nagashima. Tak jauh cuma 17 kilometer jer dari rumah rakan tadi. Tapi tak berbaloi dari segi masa bila sampai pasal outlet tu tutup awal jam 7.00 pm pada musim sejuk ni. Kami hanya ada kurang 2 jam saja untuk bershopping sedangkan kedai yang ada sekitar hampir 200 lot. Mana mungkin.......jadi sey hanya berjaya dapat ini saja.
hasil tangkapan

Sey nak ucapkan berbanyak terima kasih pada isteri sey yang telah bermurah hati berbelanja untuk suaminya. Mungkin kalau ada lebih masa lagi kami pergilah balik kot...? Sebenarnya semalam   merupakan kali kedua sey  datang kesini.

 
pintu masuk utama ke theme park


Selepas penat terkejar-kejar bershopping tadi, sey dan rakan lain pergilah dinner di sebuah restoran Jepun di bandar Yokkaichi semula. 



Emm..sememangnya begitulah cara sey dan rakan family lain di Kyoto ni merehatkan, menenangkan, menghiburkan diri bila berpeluang bersama. Pada hujung minggu dan hari cutilah masanya kami semua berjumpa (sekiranya rancang bersama) dan bergelak ketawa setelah masing sibuk pada week days dengan study atau Lab di University atau tempat kerja.

Mitsui Outlet Park

menu dinner


ruang makan japanese style
our bills

Perjumpaan sebegini sebenarnya bagus untuk kami di perantauan ini kerana ianya dapat merapatkan lagi hubungan siratulrahim sambil bertukar-tukar pandangan sesama sendiri perihal perkara berkaitan hidup seharian dan pelajaran. Jya mata ne......



Saturday, February 25, 2012

Hola Dinner

Salam sekali lagi.


Gratin with Fish and Chips


Berhujung minggu sey kali ni menunya simple saja. Untuk dinner ni isteri sey yang buatkan. Hari ini kami banyak menghabiskan masa dengan mengemas rumah lagi. Masih banyak barang-barang yang belum di 'packing', jadi agak memenatkan juga. 

Jadi agak lewat juga kami dinner, yalah lewat petang tadi kami santai-santai dulu mengambil sedikit nafas setelah setengah hari bermain dengan kertas-kertas, baju-baju dan sampah-sampah. 

Jadi malam ni kami makan gratin bersama ikan salut tepung dan kentang goreng serta tak lupa sayur saladnya. Paling best yang sey makan rasanya ikan salut tu, pasalnya ikan tu dari jenis ikan mahal..emmm, kalau tak sedap tahlah semahal tu harganya ye tak? Lagi pun kami sebenarnya tak selalu beli ikan mahal ni, biasa yang murah-murah atau yang harga patut sajalah.

Bercerita sikit berkenaan makanan laut ni, kat Jepun ni memang mahal-mahal belaka, mengambil contoh seperti ikan meguro (tuna) salmon, ikan merah (jenis nama dalam jepun tak pasti pulak) dan beberapa jenis lagi. Ikan yang sey makan tadi namanya ikan tara, isinya warna putih, lembut dan sedap sebab itulah mahal. Kadang-kadang  beli slice saja (ikan jenis sedap ni) harganya saja boleh buatkan mata kita terkebil-kebil, apa lagilah kalau beli seekor. 

Satu perkara lagi, sey lepas ini berimpian  nak makan telor ikan pulak. Bukannya apa sey hakikatnya sejak lebih empat tahun dulu belum lagi jamah telur ikan terutama jenis saiz yang besar sikit. Lebih kurang saiz macam gambar kiri ni....

Huh..bunyinya agak pelik juga kan...apa taknya mahal loo.....bukannya tak mampu beli sebenarnya, cuma sey letakkannya  sebagai selera sey yang terakhir kat sini jer. Sebenarnya pun sey bila pergi supa tu memang agak tak sampai hati tengok harganya.......:(

Jya mata ne.

Thursday, February 23, 2012

Sejenak di Sekolah Anak

Konnichiwa minna.

Dua hari sudah (Selasa) sey mendapat jemputan dari sekolah anak-anak minta datang untuk menengok aktiviti anak dalam kelas bersama Sensei (cikgu) Sebenarnya jemputan sebegini bukanlah kali pertama sey menghadirkan diri. 


Sememangnya  semua sekolah di Jepun akan menjemput semua ibu-bapa agar datang ke sekolah pada hari-hari tertentu setiap 2 atau 3 bulan sekali. Tujuan pihak sekolah adalah bagi memperlihatkan secara lebih dekat bagaimana suasana pengajaran sensei dalam kelas dan turut memperlihatkan juga akan pencapaian anak masing-masing. Kehadiran ibu bapa di dalam kelas tidaklah lama, lebih kurang 1 jam sahaja. Pada sesi berkenaan pelajar akan diminta membuat  aktiviti lazimnya iaitu  membaca teks di hadapan ibu-bapa.  




video


Selain aktiviti dalam kelas, ibu-bapa juga akan diperlihatkan juga hasil kerja tangan anak-anak mereka (dibuat di sekolah) seperti lukisan dan kraftangan. Kerja-kerja seni ini akan dipamerkan di dalam kelas atau di bilik dewan sekolah.


Sememangnya adalah sesuatu yang harus bagi pelajar-pelajar kena pandai bukan saja dalam subjek pelajaran, malah kesenian tangan, music serta tidak ketinggalan bidang sukan, memasak, bercucuk tanam dan pelbagai lagi turut diberi pendedahan dan  penekanan. Pendek katalah ketika diperingkat sekolah rendah ini lah anak-anak kita kan di ajar bagaimana cara untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Kadang-kala setiap aktiviti itu tidak hanya terhad di dalam sekolah, malah turut diberi pendedahan di luar sekolah. Contohnya program pergi melawat sesuatu tempat dimana pelajar-pelajar akan diberi tugasan untuk mencatat apa saja yang dilihat di sepanjang perjalanan serta di tempat yang dilawati.




Sekiranya tiba cuti penggal sekolah yang panjang, anak kita sebenarnya tidak diberi bonus sepenuhnya untuk merayakannya. 

lukisan anak perempuan sey yg. no. 2
 ni hasil kraftangan anak perempuan yang
sulung




Selain homework yang diberi, pelajar juga diberi tugas iaitu harus mencatatkan rutin atau aktiviti harian yang dibuat ketika bercuti tidak kiralah di rumah ke atau keluar melancong. Semua perlu dicatatkan dan akan diceritakan semula di hadapan guru di dalam kelas kelak. Jenuh juga yer......tapi itulah cara persekolahan di Jepun ni, seperti mana yang sey sebutkan tadi, sekolah rendah ialah waktu pelajar mengenal  'survival  kehidupan' sebelum melangkah ke alam remaja di peringkat menengah yang mana di peringkat ini suasana hidup lebih terdedah dan mencabar..............tak caya, mari kita teropong pelajar sekolah menengahnya. Jya mata

Wednesday, February 22, 2012

Oh bunga



Salam pembaca semua.

Nampaknya cuaca sekarang dah semakin baik, masih sejuk tapi taklah seberapa sangat. Mungkin spring dah mula menjengok jenguk di luar tingkap. Menanti masuknya musim bunga memang sey tunggu-tunggu tapi kali ni sey tak berapa pasti samada dapat tak peluang untuk tengok cantiknya chery blossom buat kali terakhir di bumi Kyoto ni. Pasal apa bunga sakura ni time yang betul-betul kembang semua ialah pada penghujung bulan Mac atau awal bulan April nanti dan bergantung juga pada keadaan cuaca jugalah. Apa yang pasti kudup-kudup bunga sakura ni memang dapatlah sey jengoklah dulu.

Tapi tak mengapa, pasalnya di Jepun ni juga sebenarnya agak kaya dengan pelbagai spesis bunga bila waktu musimnya itu. Biasanya di penghujung winter ni sebelum tibanya spring ada sejenis bunga dulu yang akan berputik dan mengeluar kan bunganya. Plum Blossom atau bunga Ume panggilan dalam bahasa jepunnya. (Plum Blossom guide)


Plum blossom ni juga amat terkenal di Jepun khususnya Kyoto sebelum datang cherry blossom. Kalau diperhatikan bunganya agak persamaan dengan bunga sakura cuma saiznya saja yang agak kecil sedikit. Batang pokoknya pula tidaklah tinggi sangat dan ranting-ranting agak merendang. Bunga ume juga punyai pelbagai warna, unggu, oren, putih dan warna yang paling popular adalah merah jambu dan merah. Kalau di Kyoto ni memang banyak tempat yang boleh kita tengok bunga eme ni, tapi sey dalam sudah pergi ke Kyoto Botanical Garden.




membuat matcha tea
Musim bunga ume ini juga ada dikaitkan dengan  sambutan perubahan musim di setengah-setengah prefecture di Jepun ni. Ada temple-temple akan buat majlis 'tea ceremony' dan akan membuat kad undangan kepada orang-orang tertentu. Dalam majlis berkenaan mereka akan menggantungkan poster bunga ume dan menceritakan sedikit perihal ume kepada tetamu. Selepas itu tetamu akan dijemput untuk minum dan dipersembahan budaya cara membuat Macha tea. Di sinilah kita akan dapat mengenal dan mengetahui lebih dekat akan budaya dan gaya tradisional masyarakat Jepun. Untuk makluman majlis-majlis sebegini bukanlah suatu yang wajib dilakukan, hanya sebahagian temple saja yang mengadakannya dan majlis minum macha tea pula bukanlah hanya khusus pada musim ni sahaja. 

Ume warna pink



ume warna putih
Musim bunga ume ni memanglah tak sepopular sakura, tapi tetap juga memberi  impak serta menarik minat kepada orang ramai. Oleh kerana itu kebanyakan kawasan yang adanya pokok ume ini akan tetap mendapat kunjungan orang dan sudah tentu jugalah musim  melawat bunga ume ini turut dimasukkan ke dalam kalendar tahunan Jepun. Jya mata.......

aweks yokoso Japan (iklan)



Saturday, February 18, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

Istana Besar Seri Menanti tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar masa dulu


Salam pembaca semua.

  • Entry yang ini cuma nak maklumkan pada semua pembaca setia blog My Perpatih Kissaten yang mulai entry seterusnya eden tidak lagi menggunakan atau membahasakan diri dalam penulisan sebagai "EDEN"
  • Dalam entry seterusnya nanti eden akan membahasakan diri dalam tulisan blog ini sebagai "SEY" 
  • Sebagai makluman dan pengetahuan sememangnya Negeri Sembilan kaya dengan pelbagai pertuturan bahasa yang digunakan seharian mengikut dialek-dialek daerah tertentu. Sedikit pemahaman di sini bahawa loghat Negeri Sembilan berasal dari bahasa Minangkabau atau Baso Minang yang datang dari rumpun bahasa melayu. Kebanyakan pakar kini menganggap bahasa Melayu bukan satu bahasa, tapi merupakan satu kelompok bahasa dalam rumpun bahasa Melayik. Dimana bahasa Minangkabau merupakan salah satu bahasa yang ada dalam kelompok bahasa Melayu tersebut.
  •  Jadi sedikit penjelasan di sini;
  • Perkataan eden merujuk kepada aku - sering diguna-pakai dalam perbualan harian terutama di  Daerah Kuala Pilah serta Rembau, Jelebu dan sedikit di Jempol.  Dikenali juga sebagai bahasa pasar dan amat popular dikalangan orang negeri.
  • Perkataan ese atau sey pula merujuk kepada saya. Amat kurang digunakan kerana sey dianggap bahasa surat atau senang cerita bahasa yang lebih bersopan santun atau terhormat. Sey bukanlah bahasa perbualan lisan ketika diluar dan hanya segelitir masyarakat negeri saja menggunakannya.
  • Daerah Seremban dan Port Dickson kebanyakkannya lebih senang menggunakan bahasa melayu biasa (moden) iaitu aku sebagai penganti diri kerana mereka ini lebih ke arah kebandaran, akan tetapi penggunaan bahasa eden tetap boleh didengar dari sebahagian penduduknya.  Manakala masyarakat di Daerah Tampin dari segi penggunaan panggilan untuk diri terbahagi kepada dua eden atau deyan. Deyan lebih merujuk kepada penduduk di sekitar Alor Gajah, (arwah nenek sey berasal dari sini) Melaka kerana Tampin ini betul-betul bersempadan dengan Alor Gajah. Ada juga di kalangan penduduk Alor Gajah ini juga mahir berbahasa Negeri Sembilan.


  • Mengapa tukar...? tiada isu besar sebenarnya. Selama ini panggilan eden lebih banyak digunakan semasa berbual dan ianya lebih sinonim. Sekali sekala memang juga digunakan dalam penulisan. Lagi pun sey tak nak confusekan pembaca luar terutama dari Antartika, Tibet, Banjaran Himalaya, Nepal, Mongolia, Afrika juga Athen (hampir sama bunyi kot) dan banyak negara lagilah. kih..kih..kih, saja jer buat lawak dalam sejuk-sejuk ni.




  • Walau bagaimana pun eden memang cukup popular dan terus diguna-pakai di setiap daerah, mukim, bandar, pekan serta kampung di Negeri Sembilan Darul Khusus.
  • Lagi pun sey dalam blog nikan kerjanya menulis, bila berborak didalam penulisan ni rasanya guna ganti diri sey lebih sesuai. Secara tak langsungnya sey rasa menghormati juga pembaca setia My Perpatih Kissaten ni. Jadi kesimpulannya eden ker, sey ker ianya tetap datangnya dari blog owner yang sama dan sey bangga dan teramat bangga menjadi anak NEGERI SEMBILAN. Nogoghi buleh.....Jya mata





Udon Asam Laksa and dadih for dinner tonight

Bersua kita lagi....

Memang hari ini sejuk sangat, sejak tidur malam tadi lagi sebenarnya. Itulah kalau tak betul-betul jaga mahunya terlajak tidur sampai terang benderang hari tambahan bila di hujung minggu ni. Nasib baiklah eden tak macam tu (~?~)'....... (iklan tak berbayar..)

Jadi hujung minggu ini eden ceritalah macam biasa, selagi ada dayalah dan ada idealah kan? Kalau tak ada entry makan malam di hujung minggu tu maknanya time tu no idealah atau paling koman pun no mood sebenarnya...hihi..sabo jelah.





Ok, untuk dinner eden sekeluarga kali ni eden buat menu yang segera-segera saja. Pasal apa eden nampak masih ada perencah-perencah makanan segera dalam stor yang perlu disegerakan gunanya. 






Udon asam laksa bersama desert dadih segera itulah judul menu eden tadi. Emm....boleh tahan juga pedas dan masamnya tapi telan jugalah. Eden nak minta tukang buat paste asam laksa ni agar kurengkan sikit masamnya tu. Puas juga eden repair-repair tadi. Bab yang dadih segera tu eden suka, senang sangat buatnya jadi eden tak segan silu bagi kredit kat pembuatnya. Sedap dan manis ..memang jodoh betul  dengan udon asam laksa yang pedas tadi.



Udon asam Laksa
yang ni spesel untuk isteri
Dadih anggur bersama selasih



Pabila Terjaga Dari Tidur....

panorama @ Obaku park

Salam semua.

Sesungguhnya eden mampu meminta, selebihnya yang maha berkuasa tentukan. Intronya lagu tulah. Sebenarnya apa yang eden nak borak dalam ruang secawan kopi tak lain dan dak bukan pasal yuki (snow) yang menunjukkan wajahnya pagi tadi. 


Dalam entry pasal yuki sebelum ni eden adalah cerita berkemungkinan harapan nak dapatnya agak samar-samar tahun ni, itu sebablah eden kongsikan yuki tahun sudah sebagai pengubat hati. Tup..tap, sedar-sedar jer bukak langsir pagi tadi.....tu dia, eden nampak kereta kesayangan dah diselimutkan oleh yuki tapi taklah sampai berselubung......

Jadi eden terus capai compact camera, pergi shot atas, shot bawah, shot depan, shot kat belakang sekitar rumah dan lepas tu ekayuh basikal konit eden pula ke Obaku Park pasal eden yakin di sana viewnya lebih menarik. 

Yuki ni memang menawan pada awal turunya lebih-lebih lagi waktu pagi, pasalnya orang tak ramai keluar lagi jadi banyak tempat masih tak terusik. 

Eden pun tak jangkakan sangat akan turunnya yuki mulai malam tadi, lagi pun eden memang ter 'miss' langsung update weather forecast kat TV. Ramalan kaji cuaca Jepun mengatakan yuki ni akan berlangsung sampai esok pagi (Ahad) dan malam ni eden tengok langit nan tinggi tu dah mula mengumpul awan gelap yang eden rasa agak luar biasa dari sebelum ni.



Obaku Plaza @ Uji Campus, Kyoto University

Obaku Park
eden

@ Obaku Park

Jika diizinkan mungkin akan turunnya lagi yuki yang lagi lebat  malam ni. Kalau hari ini eden hanya dapat tangkap gambar keindahannya saja, mungkin juga esok eden boleh bertemu dengan Yukidaruma pulak.....apa-apa pun yang maha kuasa lebih menentukan. Jya mata......

Lagi foto bolehlah Like kat Rynes Photobook.

Tuesday, February 14, 2012

Aishiteru.....


  • Hari ini genaplah 14 tahun eden dan isteri melayari hidup berumahtangga. 14 tahun juga telah banyak mendedahkan kami dengan pelbagai rencah  dalam menghadapi semua ujian hidup bersama. Pada eden sepanjang lebih 4 tahun eden bersama isteri dan anak-anak disini, adalah masa yang paling mencabar dan bermakna sekali. Ini kerana 80 peratus tugasan menjaga urusan rumahtangga telah berpindah ke tangan eden, mahu tak mahu kena juga membuat semua perkara ke tahap yang terbaik. Pada eden, sesungguhnya menguruskan keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana banyak benda perlu dipelajari seakan baru saja mengenal huruf A hingga Z. Persekitaran, tanggung jawab, jerih perih, kasih sayang dan sebagainya itulah yang telah memberi pengajaran dan pembelajaran yang penuh bermakna pada diri eden.

  • Hakikatnya kehidupan berumahtangga bukanlah suatu bonus, ia lebih diibaratkan sebagai kayu pengukur akan sejauh mana kita telah menjalankan amanah dan tanggungjawab  berlandaskan atas akad janji yang telah dibuat.

  • Doa dan harapan kami hanyalah satu, semoga kami terus diberikan kekuatan untuk terus bernafas dalam melayari kehidupan di hari-hari mendatang sehinggalah ke hujung hayat kami. Semoga Allah sentiasa memberi rahmah dan keberkatan kepada kami sekeluarga. Amin.

video





Sunday, February 12, 2012

Our favorite briyani rice and special lamb curry

  • Hari ini eden sekeluarga tak da pergi mana-mana. Cuaca pun agak mendung jadi kami sekeluarga banyak habiskan masa makan-makan dan kemas-kemas apa yang patut. Itulah kan, di musim sebengini aktiviti yang paling laku ialah excercise mulut dan perut. Pantang nampak benda makan asyik nak menguyah sajalah kami anak beranak.


  • Bila berkisah pasal bab makan ni, tergerak pulak selera ni nak makan nasi briyani dengan kari kambing. Jadi petang tadi kami prepared lah apa-apa yang patut. Kari kambing ni eden tak buat macam orang melayu biasa buat. 


  • Bahan utama kari ialah untuk sekilo daging 4 ulas bawang putih dan 2 inci halia ditumbuk lumat. Selepas ditumis masukkan buah pelaga 6 biji (kalau ikut orang Pakistan mereka gunakan buah pelaga warna hitam), dan cili giling ikut rasa pedasnya serta sedikit kunyit untuk warna.


  • Sebagai ganti santan kita gunakan low fat yogurt dicampur lagi dengan 1/2 biji limau nipis. Lepas itu letakan garam secukup biarkan kering sedikit  dan siaplah.


full set dinner ( nasi briyani, kari kambing dan acar nenas)

Saturday, February 11, 2012

Japanese and western style for dinner

panorama @ Obaku


Konnichiwa kita lagi.

Malam ni macam biasalah eden nak berkongsikan apa yang eden buat untuk dinner di hujung minggu ni. Tadaa.......inilah full set menu eden malam ni, malam ini bertemakan japanese and western. Cuma pizza tu saja eden tak buat sendiri, tunjuk kat supa dan eden balik bakar saja. 





Hari ini merupakan hari yang sibuk juga. Awal pagi isteri dan kedua anak perempuan dah keluar pergi shopping hadiah birthday mereka yang dijanjikan sejak sebelum birthday lagi. Sempat juga mereka makan bersama.....girls day out la tu. 

menu yang ni ibu dan anak lunch masa shopping hari ni

Pulangnya dah lewat petang dan kat rumah pulak  stok untuk main masak-masak sudah kehabisan, jadi lepas je maghrib kami pergilah grocery shopping sikit. Akhirnya kami sekeluarga dinner jam 9.30 pm, emmm...agak lewat ni, tapi nasib baik menu ni ringan daripada biasa. 


Jya mata.


Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...