Thursday, January 12, 2012

Report Card

Salam pembaca semua.

Mengikut berita di NHK Channel pagi ni, hari ini merupakan hari yang paling sejuk bagi seluruh Jepun. Di Kyoto bacaan paling tinggi pun adalah 5 darjah celcius, harap-harap adalah snow tapi amatlah juga bergantung pada banyaknya awan yang terkumpul di atas. Kalau tak waktu siangnya mungkin sebelah malam agaknya. Tapi itulah sebagaimana pengalaman eden di Kyoto i.e Uji sebelum ni memang susah nak dapat snow, tahun ni pun eden rasa nak dapat snow pun 50-50 juga. Tunggulah, ada rezeki adalah tu....

Oh ya..entry kali ni eden nak borak pasal gambar-gambar yang eden postkan kat bawah ni. 








Pada yang boleh memahami bahasa Jepun mungkin tahulah, ianya report card untuk anak-anak yang bersekolah. Yang ni adalah report kad anak eden yang telah diserahkan oleh guru kelas masing-masing  semasa cuti semesta akhir hari tu untuk ditatapi oleh ibu-bapa. Kalau di Malaysia masa nilah agaknya anak-anak akan membuat pelbagai riak muka bila menyerahkan report card ni agaknya pasal perkara utama yang ibu-bapa nak tengok ialah jumlah markah peperiksaan yang di catatkan dalam kad tu. Kalau banyak warna biru nilainya tinggi-tinggi oklah, berseri-serilah muka tapi kalau kalernya yang banyak 'merah sangatlah Mak Ngah', emmm...nasib le jawabnya. Apa yang eden nak beri tahu report card di Jepun ni lain sikit, kalau anda nak tengok warna-warni dalam kad tu seperti Malaysia, mohon maaflah tak kan jumpa punya. Segala-galanya hitam dan tiada jumlah markah peperiksaan di tunjukkan. Mereka hanya akan tunjukkan bentuk bulat-bulat dan segi tiga  saja.








Bentuk bulat-bulat tu sebenarnya mewakili perkara baik, sangat baik (excellent) dan kurang baik dan perlu dipertingkatkan usaha lagi. Contohnya macam ni la; (nanti eden uploadkan...)

Di Jepun terutama sekolah rendah, perkara utama yang ditekankan di sekolah ialah talent atau kebolehan pelajar membawa atau menempatkan diri di kalangan rakan-rakan dan guru perlu ada, misalnya cara pergaulan, percakapan dn hubungan baik dengan rakan sekelas serta berkebolehan berkomunikasi dengan guru dalam dan juga di luar kelas. Selain itu di nilai juga pelajar dalam aktiviti sukan, riadah, kecekapan melakukan sesuatu kerja tangan dan sebagainya juga juga di nilai kebolehan dalam bermain alat muzik. Tapi ini tidaklah bermakna pelajaran tidak penting.....cuma di peringkat sekolah rendah ni malahan di peringkat tadika lagi kebolehan bertutur, membaca dan bergaul serta kemahiran melakukan sesuatu adalah penting pada mereka untuk survival hidup. Tambahan sukatan pelajaran mereka dalam kelas tidak banyak sepeti di negara kita yang melebihi 10 kategori mata pelajaran. Di Jepun ni cuma ada 4 atau 5 kategori saja yang di ajar dalam kelas, itu pun dicampurkan dengan aktiviti kokurikulum. Hanya mata pelajaran matematik, kanji dan satu dua yang eden tak ingat saja diajar dalam kelas. Tambahan pula sistem sekolah di Jepun ni hanya mewajibkan seorang guru saja akan megajar seluruh subjek dari yang dalam kelas hinggalah di luar kelas. Sebab itulah pemilihan nak jadi cikgu di Jepun bukannya senang, kalau nak mengajar di sekolah di Jepun ni guru tu mesti pandai atau tahu serba segi, dari bab mengajar subjek mata pelajaran hinggalah pandai bermain muzik malah boleh mengajar aktiviti jasmani termasuklah pandai berenang. Huh..huh..susahkan, tapi itulah kredibility dan kuanlity yang perlu ada untuk menjadi seorang guru di Jepun ni. Mereka akan hanya betul-betul belajar apabila memasuki sekolah menengah saja dan dari situlah pelajar-pelajar ini baru di perkenalkan dengan subjek bahasa English, itu pun mereka bermula dari basic saja. Jadi janganlah hairan kalau kita datang ke Jepun ni, kebanyakan orang-orang (tidak semua) memang kurang atau tidak pandai bertutur dalam bahasa English. Mereka hanya serius belajar bahasa English bila di University atau mereka nak belajar bahasa tu saja.

Bercerita pasal report card tadi tu, sebagaimana yang eden katakan, guru-guru ini hanya merekodkan perihal sikap pelajar, peningkatan dalam belajar dalam kelas, kemahiran dan beberapa perkara lagi yang di tandakan dalam bentuk bulat tadi tu. Jadi ibu-bapa hanya refer saja pada column-column berkenaan dan selepas itu ada sedikit ruang cikgu-cikgu kelas ni bagi sedikit ulasan akan pelajar mereka. Alhamdulllilah...kali ini anak-anak eden banyak menunjukkan peningkatan di kelas masing-masing.

Ok..sebelum tu gambar di bawah ni pula merupakan salah satu lagi budaya sekolah atau guru-guru kelas mereka setiap kali menjelma tahun baru. Memang eden  akui bahawa hubungan antara guru dan pejar dalam kelas amatlah akrab sekali. Para pelajar sebenarnya amat sayang dengan guru masing-masing kerana sikap perihatin dan mengambil berat cikgu-cikgu pada mereka, baik bab pelajaran mahu pun sakit pening pelajar. Cikgi-cikgu ini pula kalau setiap waktu rehat (lunch time) mereka akan makan bersama pelajar mereka di dalam kelas. Ini mungkin tidak sama dengan kita di Malaysiakan? tapi mungkin boleh dijadikan budaya tak agaknya.....yalah kalau kita fikir sikap hormat menghormati diantara murid dengan guru adakalanya bukan boleh diterapkan/ditekankan dalam bercakap saja, cara psikologi juga dan saling boleh memberi paras sama dengan murid (waktu makan atau aktiviti lain) juga patut pada guru sekurang-kurangnya jaminan  untuk pelajar menyayangi dan menghormati guru terbit di hati mereka. Kita pun tahukan, sekolah ibarat rumah kedua dan guru akan menjadi  ibu-bapa sementara di sekolah. Why not...

Seperkara lagi, bukannya sedikit pula pelajar dalam kelas yang cikgu kena 'pedulikan', majoriti  tidak kurang 30 murid ada dalam setiap kelas dan setiap murid itulah akan mendapat poskad ucapan selamat tahun baru  semasa dalam bercuti semester dan sebab itu eden rasa  murid suka pergi ke sekolah dan sayangkan cikgu-cikgu mereka tu. Jya mata.............


Poskad dari Sensei ucapan tahun baru

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...