Saturday, January 7, 2012

Cara sendiri

Selamat berhujung minggu lagi. 

Sebelum tu rasanya belum terlambat eden nak ucapkan selamat masuk ke sekolah kepada sesiapa yang ada anak bersekolah di Malaysia. Tidak kiralah yang rendah atau menengah, tapi eden rasa paling best ialah pada anak-anak yang baru nak menghidu alam persekolahan ni. Jadi minggu ini dan minggu depan eden rasa tentu ada emak bapak pun turut sibuk dengan menunggu anak di luar kelas, tak gitu....hihihi. Anak eden pula akan mula menyambung persekolahan mereka pada 10hb ni, masih di darjah sama sehingga hujung bulan Mac nanti, jadi tak ada apa-apa yang boleh kata interesting sangatlah.

Oklah macam biasa kempen hujung minggu tanpa nasi ni, kali ni eden buat mee dan udon kari. Bezanya kali ini eden tak guna perencah siap masak Mak Nyonya ke atau apa-apa perencah kari yang ready made. Pasalnya pertama, eden sebenarnya tak hendak bergantung sangat dengan bahan-bahan ready made ni sekiranya kita ada idea sendiri  dan yang kedua memang eden confirmkan yang stok-stok berkenaan sudah kehabisan sebenarnya...hihihi... (dah dua kali gelak) Jadi kali ini eden mereka-reka sendirilah kuah untuk mee kari. Tidak susah sebenarnya asalkan bahan-bahan wajibnya ada dan selebihnya eden carilah tauhu goreng dan oden Jepun di Supa sebagai bahan tambahan dan penyedap penglihatan kuah kari tu. Emm...tengok anak-anak makan pun bertambah dan bila eden tanya kata mereka kuahnya sedap atau dalam erti kata lain tak payahlah lagi eden terus mengharap Mak Nyonya atau perencah-perencah yang sama waktu dengannya. 

Arigatou ne.....

Mee dan udon kari (mix)


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...