Sunday, January 1, 2012

Blueberry Muffin di tahun baru

Salam semua.

Alhamdulillah kita telah pun melewati hampir 24 jam di tahun 2012 ini. Bagi diri eden segalanya baik-baik saja pada setiap jam yang berlalu. Buat masa sekarang ni masa eden agak terisi sikit pasal dua anak perempuan eden sepenuh masa di rumah sebab sekarang sekolah-sekolah rendah dan menengah di Jepun sedang dalam mood bercuti sejak 23 Disember hari tu. Sekolah akan bermula semula pada 9 hb Januari nanti dan akan bercuti pendek semula pada penghujung Mac ini bagi memulakan kenaikan darjah atau tingkatan dalam minggu pertama bulan April nanti. Di Jepun kiraan fiskal tahunan bermula pada April sama seperti di kebanyakan negara yang mengalami 4 musim yang lain. Jadi pada bulan itu keadaan di Jepun ini terutama di pejabat kerajaan yang terlibat dalam urusan pendaftaran atau apa-apa saja yang berkaitan akan menjadi sangat sibuk. Orang ramai akan berpusu-pusu di kaunter menguruskan pendaftaran kereta barulah, kad pengenalan barulah, pindah rumah barulah, pembaruan visa barulah dan pelbagai lagi urusan di awal April ni. Oleh itu amat tidak digalakan kalau kita nak berurusan masa tu melainkan terpaksa.

Meleret pulak jadinya cerita eden ni, hihi..sebenarnya entry eden cuma nak kongsi benda ni ha.....................


Sempena di hari pertama tahun baru ni (kononnya), eden buatlah Blueberry Muffin bersama anak sulung eden untuk sesi minum tengah malam. Lawak betullah pasal tak pernah eden buat sebelum ni pun sesi minum tengah-tengah malam ni....cerita sebenarnya plan nak buat muffin ni dah berlaku hampir dua minggu sudah cuma tak juga berjaya tangan ni diringankan untuk membuatnya. Asyik jer bertangguh, jadi malam ni dah tak nak pikir-pikir lagi itulah yang jadi sesi minum tengah malam tu. Cubaan pertama emm...ok, cuma lepas ni ingat nak tambahkan lagi nilai 'peningkatan' atau improvement ke atas muffin ni. Jya.................

Blueberry Muffin

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...