Saturday, November 26, 2011

Biasa-biasa saja.

Salam di tahun baru Islam.

Apabila jam menunjukkan pukul 4.47 petang (waktu Jepun) tadi maka bermulalah kalendar tahun baru bulan Islam 1433 Hijrah dan sebagaimana biasa apabila muncul tahun baru ni eden tak lupa memasang azam yang baik-baik untuk diri dan keluarga. Agak bertuah jugalah bagi orang Islam ni ye pasal dapat dua kali azam, azam pertama semasa New Year dalam kalendar Roman dan azam kedua dalam kalendar Hijrah pula. Tak mengapalahkan yang penting biarlah  azam kita tu berjalan dengan baik seperti mana yang di rancang.

Sempena tahun baru di hujung minggu ni tidak adalah juadah-juadah menarik untuk eden sajikan kepada keluarga, hanya yang simple-simple sahaja untuk dinner kami hari ni. Yalah secara jujur eden nak katakan bahawa kadang-kadang memang tergeliat jugalah otak di dalam kepala ni dek memikirkan apalah  yang hendak di masak selepas ni. Terus terang eden katakan duduk di Jepun ni bila bercerita bab-bab bahan-bahan untuk memasak ni memang terbatas. Asyik-asyik itu sajalah benda yang di buat, tidak seperti di Malaysia memang verity sekali dari segi jenis masakan dan bahan-bahannya. Lagi pun eden ni bukanlah seorang yang kreatif sangat dalam hal-hal mereka-reka masakan ni, budak baru belajarlah katakan.

Oklah, untuk malam ni menu eden untuk keluarga ialah Spaghetti bersos ikan salmon, paha ayam panggang dan  tauhu sumbat. Emm...boleh tahan kerana ada campuran western dan menu tradisional melayu rasanya....






Semoga anda semua akan mendapat perkara yang baik di tahun baru ini dan semoga kita terus berborak-borak lagi di My Perpatih Kissaten. Jya mata ne.


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...