Saturday, November 5, 2011

Berkorban apa saja......


..bacalah sambil mendengar lagu ni... 



Salam Idul Adha semua.

Sebelum tu eden dan keluarga nak mengambil peluang dulu pada malam Idul Adha yang penuh keberkatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada rakan pembaca sekelian tidak kira dimana saja berada mahu pun yang mengenali eden atau pun tidak. Sesungguhnya pengorbanan itu merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan kita seharian tidak kira dalam bentuk apa pun dan juga cara pelaksanaannya. Semoga apa juga yang kita dilakukan, baik pada diri eden dan pembaca semua lakukan akan diberkati, dirahmati serta dihargai sesungguhnya.

Oh ya, kali ini eden  nak borak pasal hari mantai  menjelang Idul Adha esok. Mantai ni sebagaimana eden pernah borakkan sebelum ni (Raya Puasa), Negeri Sembilan satu-satunya yang mengamalkannya. Mantai kali ni agak istimewa dan begitu bermakna pada diri eden...pasal apa..? semua main menu untuk hidangan Idul Adha semua eden pula yang sediakan. Minta maaflah dulu ye, pasal apa isteri eden kali ni betul-betul sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk PhDnya. Senduk, kuali, periuk bukanlah teman baiknya ketika ni, lagi pun eden sebenarnya tak naklah ganggu kesibukannya walau pun eden memang suka akan masakan beliau pada setiap  menjelang raya. Apa-apa pun beliau tetap membantu dari segi memberi panduan dalam penyediaan bahan-bahan untuk juadah berkenaan.

Tinggal di Jepun yang dah menjangkau lebih empat tahun memberi eden banyak peluang untuk mengetahui dan membuat pelbagai perkara yang selama ini eden tidak pernah buat. Alhamdullilah, banyak perkara baik yang berlaku dalam diri eden walaupun banyak juga perkara yang tak baik yang dialami dan ditengok di negara matahari terbit ni. Memang benarlah kata-kata bidalan...walau hujan emas sekali pun yang diturunkan di negara orang dan hujan batu yang menimpa negara sendiri, negara sendiri itu juga sebenar sebaik-baiknya untuk kita. Jadi untuk menu pagi raya nanti, malam ni eden dah pun prepared rendang ayam Negeri Sembilan bersama nasi impit beserta kuah kacangnya.

"Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa...itulah kasih mesra....sejati dan mulia..". begitulah antara rangkap bait lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Hang Tuah. Eden tak nak kata bahawa eden dah melakukan pengorbanan kerana eden tak nak menganggap sebegitu pun pada keluarga eden. Apa yang pasti, segala yang eden ketahui, eden belajar dan eden lakukan selama ini adalah suatu pembelajaran untuk membawa diri ke satu aras yang lebih baik dari sebelum ini.

Semoga berjumpa lagi di dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten. Semoga Idul Adha esok lebih membawa makna kepada anda semua. Jya Mata ne.....hait.


Kronologi pembikinan ghondang nogoghi (rendang negeri)





Nasi impit dan kuah kacang 



Apple Pie




No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...