Saturday, November 26, 2011

Biasa-biasa saja.

Salam di tahun baru Islam.

Apabila jam menunjukkan pukul 4.47 petang (waktu Jepun) tadi maka bermulalah kalendar tahun baru bulan Islam 1433 Hijrah dan sebagaimana biasa apabila muncul tahun baru ni eden tak lupa memasang azam yang baik-baik untuk diri dan keluarga. Agak bertuah jugalah bagi orang Islam ni ye pasal dapat dua kali azam, azam pertama semasa New Year dalam kalendar Roman dan azam kedua dalam kalendar Hijrah pula. Tak mengapalahkan yang penting biarlah  azam kita tu berjalan dengan baik seperti mana yang di rancang.

Sempena tahun baru di hujung minggu ni tidak adalah juadah-juadah menarik untuk eden sajikan kepada keluarga, hanya yang simple-simple sahaja untuk dinner kami hari ni. Yalah secara jujur eden nak katakan bahawa kadang-kadang memang tergeliat jugalah otak di dalam kepala ni dek memikirkan apalah  yang hendak di masak selepas ni. Terus terang eden katakan duduk di Jepun ni bila bercerita bab-bab bahan-bahan untuk memasak ni memang terbatas. Asyik-asyik itu sajalah benda yang di buat, tidak seperti di Malaysia memang verity sekali dari segi jenis masakan dan bahan-bahannya. Lagi pun eden ni bukanlah seorang yang kreatif sangat dalam hal-hal mereka-reka masakan ni, budak baru belajarlah katakan.

Oklah, untuk malam ni menu eden untuk keluarga ialah Spaghetti bersos ikan salmon, paha ayam panggang dan  tauhu sumbat. Emm...boleh tahan kerana ada campuran western dan menu tradisional melayu rasanya....






Semoga anda semua akan mendapat perkara yang baik di tahun baru ini dan semoga kita terus berborak-borak lagi di My Perpatih Kissaten. Jya mata ne.


Selamat Tahun Baru Hijrah 1433, selamat tinggal 1432 Hijrah

Salam pembaca semua.

Mengikut kalendar Islam, hari ini adalah merupakan hari terakhir dalam tahun Hijrah 1432, bermakna kita akan menutup buku amalan kita untuk sepanjang tahun ini sebelum Maghrib nanti. Selepas Maghrib pula kita akan membuka pula buku baru dalam kehidupan kita untuk tahun 1433 Hijrah. Semoga amalan kita sepanjang tahun ini akan diterima Allah, dan kita berdoa supaya diberi kesihatan dan keberkatan untuk kita meningkatkan amalan kita pada tahun ini.

Pada kebiasaannya, sempena menyambut tahun baru ini, umat Islam akan membaca doa akhir tahun iaitu di saat akhir waktu asar, dan seterusnya membaca doa awal tahun selepas maghrib nanti. Di sini eden telah postkan doa-doa yang berkaitan, sama-samalah kita membaca doa ini hari ini.

Sempena 1 Muharram, eden telah berniat untuk meningkatkan amalan kepada Allah swt, menjaga perhubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. Sesungguhnya, menjaga kedua-dua perhubungan ini adalah dituntut untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.





Dipetik dari ohislam.com

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim


Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.


Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam.


Dipetik dari shafiqolbu.wordpress.com


Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam

Semoga berjumpa kembali di tahun yang baru.

Saturday, November 19, 2011

Ada ka...

Salam semua.

Hari ni tak taulah, susah nak cakap. Mood agak merundum sikit, hujan seharian di area Kansai hari ini yang cukup dengan sejuk dan muramnya cuaca menambah kemurungan yang ada.....haa itulah antara bait kisah di dalam novel yang entah bila akan eden karangkan.




Hari ini sebenarnya idea tak mari untuk fikir nak masak apa di hujung minggu ni. Tapi itulah memandangkan tema minggu tanpa nasi seboleh-bolehnya hendak diterjemahkan juga, jadi eden buatlah apa yang termampu dek fikiran hari ni. Mee soba dengan sup daging. Sup daging tu memang pembaca semua biasalahkan?, cuma mee soba tu untuk makluman pembaca luar Jepun adalah salah satu mee yang popular di sini (bewarna kelabu) selain mee udon dan sebagainya. Tapi tulah, kelainan yang eden buat hari ni biasanya mee soba ni di makan bersama soyu (kicap masin), hirisan daun bawang, jeruk, wasabi dan sup kosong saja. Eden pula makan bersama sup daging yang meriah dengan sayur dan kentang. Agaknya kalaulah orang Jepun tahu ni mahu mereka geleng-geleng kepala kerana eden telah merosakkan sedikit  menu tradisionalnya. Tapi kalau sedap juga pada tekak eden dan anak-anak, habis tu nak buat camnokan.......:-?

Wednesday, November 16, 2011

Negara Obes...?

Salam kembali.

Sekarang ni di tempat eden suhu dah semakin turun, paling ketara di waktu tengah malam membawa ke pagi, below 8 darjah ke bawah...Di bahagian utara kepulauan Honshu ni dan Hokkaido sudah pun merasa snow. Tempat eden lambat lagi, biasanya hujung bulan December membawa ke January tahun depan. Dalam keadaan cuaca sejuk-sejuk ni perbuatan yang sering sinonim dengannya ialah perut lapar dan makan. Sejuklah katakan, sebab itu dalam musim sebegini biasanya stok makanan dekat rumah sentiasa ada saja. Kalau tak ada akan diadakan juga..hihi. Apa nak buatkan...?

Dalam bercerita pasal makan ni, eden semalam dan mungkin juga anda semua ada membaca petikan berita akhbar Utusan Malaysia yang memaklumkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di rantau Asia Pasifik berhadapan masalah obesiti di kalangan penduduk. Antara punca masalah itu sebagai mana yang di ungkapkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin adalah kerana dari pengambilan gula yang berlebihan. Fuhh..no.1 tu....dan persoalannya adakah kita berbangga kerananya..? Confirmlah tidak kan? Sebenarnya banyak sebab mengapa penduduk Malaysia amat terdedah dengan obesiti ni, salah satunya sebabnya adalah cara pemakanan dalam kehidupan dan kurangnya sikap keperihatinan kita terhadap risiko pengambilannya secara berlebihan. Isu utama yang di bangkitkan itu ialah berkenaan pengambilan gula. Menurut  kajian tentang pengambilan gula di kalangan orang dewasa sebelum ini, didapati jumlah pengambilan mencecah 51 gram berbanding yang disarankan sebanyak 50 gram oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita nampak bezanya tidaklah banyak, tapi impaknya adalah tidak bagus kerana telah lari dari saranan yang sepatutnya iaitu tidak melebihi 10 sudu teh sehari. Sebenarnya  dari segi jumlah minuman ini saja sebenarnya kita telah melebihi saranan WHO, itu kita belum sentuh lagi makanan yang lain selain gula yang boleh meningkatkan obesiti dikalangan kita. Jadi wajarlah pada eden agar kerajaan meneruskan kempen cara hidup sihat ni tapi apa yang lebih penting ialah sikap kita sendiri agar berpada-pada mengambil  makanan yang boleh mendatangkan obesiti ni.

Sebagai contoh eden ambil sikitlah kat Jepun ni, bukannya tak ada rakyatnya yang obes..ada, cuma jumlahnya amatlah berkurangan. Apa yang eden pandang kebanyakan mereka memang amat menjaga dari segi pemakanan. Sebab itulah eden dapati dan tengok ada antara mereka yang telah berumur melebihi 70an ke atas  pun masih mampu bergerak cergas dan sihat tubuh badan. Mereka yang sihat ini biasanya mengamal pemakanan yang seimbang dan sihat. Mereka kurang mengambil makanan atau minuman yang mengandungi gula berlebihan atau sebagainya.

Eden rasa kita masih belum terlambat lagi untuk tidak terus menjadi juara dalam peningkatan obesiti ni. Biarlah kita menjadi juara untuk kategori yang baik-baik yang penting kawalan dalam diri kita mesti ada. Tidak salah nak minum teh tarik hari-hari atau makan benda yang berlemak (tapi bukan hari-harilah), yang penting kawalan. Memang diakui Malaysia memang mewah dengan aneka makanan yang hebat-hebat tapi janganlah pada masa yang sama negara kita juga mewah dengan orang-orang yang obesiti ini. Kurangkanlah dan itu juga yang eden nasihatkan pada diri sendiri.


Sehingga berjumpa lagi di ruangan Borak Corner @ My Perpatih Kissaten.


Saturday, November 12, 2011

Kali ini nampak meriah


Complete set


Salam kepada pembaca semua.

Ehem...ehem, berhujung minggu lagi kita dan paham-paham sajalah  mungkin you all semua dah tahu entry apa yang eden postkan..kan..kan..? Sebenarnya sejak Eidul Adha hari tu perut eden meragam dan terus meragam sampai hari ni, tapi sejak dua hari lepas rasa macam sudah agak berkurangan sikit. Dek kerana masalah tu eden terpaksa ubah slogan makan eden selama ni iaitu "makan biar banyak kali  tapi sedikit-sedikit dan jangan pula makan sekali banyak..." 

Kali ini menu dinner eden dan keluarga lebih kepada western style dan agak berat-berat juga. Fuhh...nasib baiklah selera eden bak kata orang tu masih 'mari' lagi walaupun eden tahu sekarang ni eden punya makan masih lagi dicatu takut perut terperanjat balik. Tapi tidak mengapalah, eden dah pegang slogan eden tadi so diharap perut ni paham..hihihi.

Ok, menu eden malam ni...potato and scallop gratin, lamb rib with pepper sauce, vegetarian pasta, roast beef (buat untuk anak yang tak berapa suka lamb) and salad. Boleh tahan... Cuma yang lamb rib tu eden belum pernah rasa lagi, jadi malam ni eden cubalah. Boleh tahan...yummy.

Roasted lamb rib

Vegetarian Pasta (brinjal and carrot)

Roast beef 

Potato and scallop gratin

Salad



Eden dengan sukacitanya turunkan resepi Potato and Scallop Gratin seperti di bawah.

Bahan-bahan.


  • 3 biji kentang saiz sederhana besar di potong  bulat halus seperti potato chip. (senang guna parut pemotong)
  • 20 biji baby scallop (kalau saiz besar guna 7 biji memadai), kalau tidak suka atau tiada  scallop boleh guna ikan atau udang.
  • 1/4 labu bawang besar di slice halus.
  • 1 mangkuk kecil parutan mozarella cheese.
  • 2 sudu besar parutan cheddar cheese.
  • 1 paket serbuk mushroom sup dilarutkan di dalam 1 mangkuk kecil air.
  • 1 cawan susu rendah lemak.
  • 1 sudu besar butter.
  • 1 sudu besar tepung gandum.
  • Perasa - garam dan lada hitam secukup rasa.

Cara membuatnya.

Bahagian A. (kita panggil ini scallop cream)
  • Panaskan periuk dengan api sederhana, cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati
  • Masukkan serbuk mushroom sup yang sudah di campur air. Kacau sebentar
  • Campurkan susu dan kacau sehingga pekat
  • Masukkan scallop, biarkan 30 saat
  • Masukkan garam dan lada hitam secukupnya
  • Padam api dan ketepikan
Bahagian B.
  • Ambil mangkuk yang tahan dibakar dalam oven, sapukan mentega
  • Susunkan kentang yang telah dihiris sebagai lapisan bawah dan taburkan bawang serta serbuk lada hitam (jika suka) diatasnya. 
  • Tuangkan 1 hingga 2 senduk scallop cream diatas lapisan kentang tadi
  • Taburkan mozarella cheese secukupnya mengikut suka
  • Letakkan lapisan kentang yang kedua menutup scallop cream tadi, susunkan bawang sedikit dan tuang 1 hingga 2 senduk scallop cream lagi
  • Taburkan mozarella cheese lagi secukupnya 
  • Ulang membuat lapisan kentang yang terakhir seperti yang telah diterangkan di atas. 
  • Setelah dituangkan scallop cream yang terakhir, taburkan mozarella cheese yang terakhir
  • Di atas mozarella cheese tadi taburkan cheddar cheese pula
  • Bakar pada suhu 200 degree celcius selama 30 hingga 35 minit
  • Biarkan sejuk sedikit sebelum di makan

Wednesday, November 9, 2011

Al-Kisah

Salam to you all.

gambar hiasan

Hari ini sudah masuk hari yang ke dua musim sejuk kalau mengikut dalam kalender Jepun. Memang semalam cuaca agak berlainan sikit, agak sejuk atau samui dalam bahasa Jepunnya. Bacaan suhu semalam 11 darjah celcius berbanding hari-hari sebelumnya 16 dajah celcius ke atas. Tapi keadaan suhu boleh tutun naik bergantung pada keadaan semasa, kalau terik matahari, maka suhu akan naik kembali tapi kalau barangin dan cuaca mendung, suhu akan turun banyak juga. Tapi tak mengapalah, eden pun dah biasa dengan keadaan suhu turun naik ni, winter pada eden ialah masa untuk berkurung dalam rumah, kalau keluar pun hanya sekadar perlu  sahaja atau pun keluar bila suatu hari nanti teringin untuk main snow buat kali terakhir tahun ni.

Oklah, sebenarnya entry kali ni eden nak berborak lain sikit dari sebelum-sebelum ni. Eden nak bercerita satu kisah di Jepun ni. Pagi ni eden menonton  Hikari TV, ceritanya mungkin biasa-biasa sahaja tapi menarik. Eden sebenarnya jarang menonton movie Jepun ni, pasal tak semua ceritanya menarik minat untuk di tonton, tapi kalau kisahnya berkisar tentang masyarakat dan kehidupan orang di Jepun ini, memang adakalanya tak miss juga.


PART I

Begini kisahnya.......seorang lelaki, berasal dari keluarga yang sederhana dan bertugas sebagai sorang guru makmal di di salah sebuah sekolah menengah. Berkarektor sebagai seorang yang agak pemalu dan baik hati serta masih bujang. Suatu hari lelaki ini pergi ke sebuah Bar selepas waktu kerja dan di sinilah dia telah bertemu dengan seorang perempuan pelayan Bar atau GRO. Entah mengapa hatinya tiba-tiba tertarik dengan GRO ni tapi bukanlah kerana layanan yang diberikan. Dia merasakan ada keserasian antara dia dengan GRO ni, tapi bila mengenangkan tugas sebagai pelayan bar ni yang bukan untuknya seorang, jadi dia pendamkan niatnya. Selang beberapa hari berikutnya, setelah berfikir semasak-masaknya kerana inilah pertama kali dia 'jatuh cinta' dengan seseorang, maka dia pergi semula ke Pub berkenaan untuk berterus terang dengan perempuan tersebut akan niat hatinya. Malam tu bukanlah yang sesuai untuknya kerana perempuan berkenaan secara kebetulan terlalu sibuk melayan beberapa tetamu VIP. Pelayan ini memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat melayannya seperti biasa. So, kerana dia nak sangat berterus terang dengan perempuan ni dan sebenarnya ada hadiah "istimewa" yang di bawa untuk diberi pada perempuan ni maka dia tunggu sehingga habis kerja di luar Pub. Tapi hajatnya masih terbantut kerana pelanggan VIP tadi tu masih lagi menyewa perempuan ni untuk minum-minum di luar pula selepas tu. Si lelaki ini terus saja mengikut kemana saja VIP ni membawa perempuan tadi tu. Selepas tengah malam, VIP ini mengajak perempuan tadi balik ke hotel menaiki teksi, tapi perempuan ini menolak secara baik. So, VIP tidak puas hati dan naik berang lalu berlaku pertengkaran dan mujurlah polis lalu waktu itu dan mengarah VIP itu tadi beredar. Perempuan tadi berjalanlah pulang ke rumah tanpa disedari si lelaki ni tadi yang memerhati dari jauh menuruti dari belakang.

Lama-kelamaan perempuan ini tadi perasan ada orang mengikutnya dan bila di toleh ke belakang rupanya Sensei yang dikenalinya dulu mengikutnya. Oleh kerana perasaan marahnya pada VIP tadi masih belum reda, jadi beliau menyuruh si lelaki ini tadi jangan mengikutnya kerana menganggap semua lelaki sikapnya sama sahaja suka mengambil kesempatan. Si lelaki ini tadi cuba menenangkan dan dia berterus terang bahawa dia memang cintakannya dan ingin mengambilnya sebagai teman hidup. Si perempuan  ini tidak percaya dan minta lelaki ini berikan sebab untuk dia percaya akan niatnya. So, lelaki ni tadi lalu memberikan hadiah istimewa yang di bawa iaitu sepasang replika batu peringatan (batu tanda kubur la tu..atau batu nisan Japanese style) dan mengatakan bahawa cintanya kepada perempuan tu hingga ke mati. Kalau perempuan tu mati katanya, dia juga sanggup bunuh diri selepas tu. Perempuan itu akhirnya menerima lelaki (Sensei) tersebut dan bersetuju untuk tinggal bersama sebelum perkahwinan dilangsungkan. Sebagai ikatan kasih, perempuan tu menyimpan satu replika kubur dan satu lagi di simpan oleh lelaki tersebut.  Lelaki ini telah membawa perempuan ini berpindah ke rumah yang lebih besar sebagai persedia perkahwinan dan perempuan sudah tidak  bekerja sebagai GRO lagi. Maka bermulalah kehidupan antara mereka berdua selepas itu.



PART II

Kehidupan tak semestinya indah selamanyakan..? itulah terjadi pada mereka berdua setelah beberapa lama tinggal bersama. Suatu malam  perempuan ini telah mengadu sakit pada bahagian payudaranya, so keesokan harinya perempuan ni telah pergi ke hospital bersendirian untuk membuat pemeriksaan. Amatlah terkejutnya beliau bila doktor mengesahkan bahawa dia mengidap kanser payudara peringkat kronik kesan dari pembedahan untuk membesarkan dan  mencantikkan payudara yang di buat olehnya lama dahulu.  Doktor juga mengesahkan dia  hanya ada bebarapa bulan untuk hidup sekiranya tidak dilakukan pembedahan secepat mungkin. Perasaannya sungguh kecewa dan membuat keputusan tidak mahu berterus terang dengan kekasih hatinya kerana tidak mahu kekasihnya turut kecewa. Dia cuba menjalani hidup seperti biasa. Tapi sampai bila boleh sorok ye tak..? Suatu hari si lelaki ni pergi memeriksa peti surat dan ternampak satu kad panggilan pemeriksaan dari hospital perempuan ni. Amatlah terkejut apabila membacanya dan memarahi perempuan ni kerana tidak berterus terang dengannya. Si perempuan ini mengatakan bahawa dia tidak sanggup jika si lelaki mengetahuinya dan akan meninggalkannya kelak tapi dengan penuh emosinya lelaki ini berkata bahawa dia tetap berpegang dengan janjinya dulu. 

Selang beberapa lama selepas itu, pada hari yang baik yang ditetapkan selepas mereka berdua pergi ke tokong Jepun (Shrine), mereka akhirnya bernikah di tokong dan upacara pernikahan itu dilakukan oleh sami tokong berkenaan secara tertutup. Ibu-bapa lelaki ini tidak di jemput kerana tidak setuju anaknya berkahwin dengan perempuan GRO. Lagi pun ibu bapa lelaki ini telah ada bakal menantu pilihan mereka untuk anaknya. Suatu hari sakit kanser si isteri datang semula dan doktor menasihatkan agar dilakukan pembedahan segera. Si suami mengatakan masih tiada wang yang cukup untuk lakukan pembedahan dan sedang mengumpulnya dan berjanji akan datang ke hospital setelah berjaya mengumpul wang. Dalam memikir cara untuk mendapatkan wang itu, si suami secara kebetulan terbaca satu artikel akbar lama perihal cerita seorang lelaki yang sering menang berjudi lumba kuda. Si suami ini pun cuba menjejaki lelaki tersebut selama beberapa hari di gelanggang lumba kuda tempat beliau sering menang. Pada hari bila si suami ini ingin bertanyakan  kepada lelaki tersebut  akan tips-tips bagaimana untuk menang judi lumba kuda, alangkah terperanjatnya bila mendapat tahu lelaki berkenaan tidak lagi kaya dan sering pula kalah judi lumba kuda. Harapannya musnah dan kecewa bila bertemu lelaki tersebut dan lelaki itu juga tidak mahu membantunya kerana zamannya dan berlalu dan sekarang dia telah pun miskin. (minum pun dia minta si suami ni belanja..kan ke haru tu). Perasaan putus asa mula menyelubungi si suami dan suatu hari si suami pulang ke rumah dengan membawa satu tong minyak tanah. (gasolin) Apabila si isteri bertanya minyak apakah itu, si suami hanya mengatakan sebagai persediaan sahaja...............

Suatu hari si isteri diserang kanser kembali dan kali ini teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad. Doktor mengatakan si isteri tidak berdaya lagi menahan kanser tersebut dan minta dipercepatkan pembedahan. Si suami minta di beri masa sedikit lagi untuk mengikhtiarkan sesuatu. Sejak hari itu, si suami tidak henti-henti pergi ke kuil untuk mohon bantuan tuhan...katanya...asal terjumpa saja tempat menyembah, dia akan berhenti untuk menyembah. Si suami juga setiap hari mencari maklumat dalam internet akan ubat-ubat yang terbaik untuk mengubati kanser isterinya. Itulah belum tentu ubat yang mahal boleh menyembuhkan kanser kan? sudah berhabis duit dengan membeli pelbagai ubat, si isteri masih lagi begitu. Entah bagaimana tiba-tiba si suami teringat semula akan judi lumba kuda dan anggapannya sekiranya dia bernasib baik, wang yang banyak akan dia perolehi sekiranya menang dan dapatlah dia membantu isterinya. So, judi tu tetap judilah...tak semestinya kita berjaya. Hendak dijadikan cerita, si suami ni asyiklah pulak kalah. Beribu yen duitnya habis (setiap satu race ialah Yen 10,000 diperuntukkan), hingga dia terpaksa meminjam wang dari rakan sekerja pula. Tengoklah bertapa bahayanya kerja judi nikan...? Hinggalah ke saat-saat dia hampir berputus asa, tiba-tiba muncullah si lelaki dahulu (bekas juara judi lumba kuda). Beliau mengatakan semasa zaman kegemilangannya dulu, beliau katanya tak pernah rasa putus asa berjudi..."teruskan...teruskan bertaruh.." katanya. Si suami tadi dengan sedikit wang yang tinggal teruskan bertaruh dan si lelaki tadi itu memberilah tips-tips yang membolehkan beliau menang dahulu....jeng..jeng...ndak dijadikan cerita, cerita jer...menanglah si suami ni tadi dalam race kuda yang terakhir, jadi berlari-larilah dia dan si lelaki ni ke hospital lepas tu.

Dalam hidup ni ada pro dan kontranya..ada baik dan burukya..ada benda yang kita dapat dan ada benda juga kita kena buang atau terima hakikat walau pun pahit. Itulah sampai sahaja di hospital, doktor memberitahu si suami yang isterinya sudah nyawa-nyawa ikan. Dah nak meninggallah tu...dengan perasaan hibanya, si suami berjumpa isterinya dan memohon maaf kerana lambat mendapatkan bantuan. Sisa-sisa nyawa yang terakhir si suami menghabiskannya dengan berbual-bual bersama isteri tercintanya....dan akhirnya si isteri menghembus nafasnya yang terakhir.............

scene semasa si isteri mati di sisi suami kat hospital

Selang beberapa lama selepas itu...suatu malam bila si suami ini pulang ke rumah, perasaan hatinya sungguh sepi dan sunyi sekali, jiwanya betul-betul kosong ketika kerana telah kematian isteri tercinta. Lalu dia mengambil tong gasolin yang di simpan di koridor rumah dan berbasikal terus ke tepi sungai. Sambil memasang lilin di tokong kecil yang di bina sendiri...dan berkata "aku akan tunaikan janji ku....." lalu mencurahkan gasolin tadi ke seluruh badannya dengan niat untuk membakar diri. Tidak tahu kenapa pemetik api yang di pasang tidak boleh membakar bajunya yang telah di curah minyak, berkali-kali dia cuba, namun tidak berjaya juga. Dia pun hairan kenapa...????? Tiba-tiba terdengar suara ketawa dan memarahi si suami tak jauh dari situ, rupa-rupanya si lelaki bekas juara judi lumba kuda ada di situ. Dengan berang lelaki itu memarahi perbuatan ingin membunuh diri kepada si suami tadi. Katanya minyak yang di curahkannya bukan gasolin yang sebenar kerana isterinya sudah pun menukarkannya. Si isteri amat sayangkannya dan tidak mahu dia mempersia-siakan hidup si suami hanya keana janji yang di buat. Si isteri meninggalkan pesanan kalau sayangkannya tolonglah belikan satu tanda khas untuk diletakkan di kuburnya sebagai tanda kenangan dan pesanya lagi kehidupan yang baik mestilah diteruskan untuk orang lain pula. So, keesokkannya si suami membeli satu ukiran kayu yang cantik yang pernah ketika dulu isteri berminat untuk memilikinya....Kisah itu di tamatkan dengan sambil berbasikal si suami membawa ukiran kayu berkenaan menuju ke kubur isteri dan apabila sampai tanpa disedari ada dua daun momiji di atas ukiran tersebut terbang di tiup angin ke udara.....nak mengambarkan apa, eden sendiri pun tak begitu pasti, tapi itulah yang membuatkan eden duduk lebih satu jam setengah tadi.....hihihi

Mungkin pembaca semua dapat mencari moral di sebalik kisah ini.....mana yang baik kita ikut, mana yang tak elok kita hindarkanlah.

* nota : kalau ada tersalah ulas mohon maaf dululah yer, (kalau ada yg dah tengok movie ni) maklumlah bukan semua apa yang dicakapkan dalam movie tu eden  dapat faham sebenarnya. Tapi jalan ceritanya begitulah.

Saturday, November 5, 2011

Tiada masa sebenarnya...

Addoi haiii....

Mee goreng simple
Malam ni eden memang sibuk sebenarnya..yalah malam raya katakan. Banyak benda yang eden nak prepare malam ni, dengan rendangnyalah, kuah kacang untuk ketupatlah dan rebus nasi impit sekali serta ringankan tangan juga buat epal pie. Semuanya untuk esok, Hari Raya Idul Adha dan pertama kali eden uruskan semua ni.  So, dinner hanya mee goreng saja. Tidak mengapa pasal esok nak makan besar. Besok juga rakan-rakan mykyoto ada buat gathering raya di Kyoto International House, Shugakuin, tapi kali ini eden tak join pasal kesiankan isteri yang sangat sibuk dan tak sampai hati nak biarkan beliau beraya sorang-sorang . Apa-apa pun eden harap raya esok memberi makna sekali buat eden, isteri dan anak-anak. Selamat Idul Adha semua dari kami di Uji, Japan.

Berkorban apa saja......


..bacalah sambil mendengar lagu ni... 



Salam Idul Adha semua.

Sebelum tu eden dan keluarga nak mengambil peluang dulu pada malam Idul Adha yang penuh keberkatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada rakan pembaca sekelian tidak kira dimana saja berada mahu pun yang mengenali eden atau pun tidak. Sesungguhnya pengorbanan itu merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan kita seharian tidak kira dalam bentuk apa pun dan juga cara pelaksanaannya. Semoga apa juga yang kita dilakukan, baik pada diri eden dan pembaca semua lakukan akan diberkati, dirahmati serta dihargai sesungguhnya.

Oh ya, kali ini eden  nak borak pasal hari mantai  menjelang Idul Adha esok. Mantai ni sebagaimana eden pernah borakkan sebelum ni (Raya Puasa), Negeri Sembilan satu-satunya yang mengamalkannya. Mantai kali ni agak istimewa dan begitu bermakna pada diri eden...pasal apa..? semua main menu untuk hidangan Idul Adha semua eden pula yang sediakan. Minta maaflah dulu ye, pasal apa isteri eden kali ni betul-betul sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk PhDnya. Senduk, kuali, periuk bukanlah teman baiknya ketika ni, lagi pun eden sebenarnya tak naklah ganggu kesibukannya walau pun eden memang suka akan masakan beliau pada setiap  menjelang raya. Apa-apa pun beliau tetap membantu dari segi memberi panduan dalam penyediaan bahan-bahan untuk juadah berkenaan.

Tinggal di Jepun yang dah menjangkau lebih empat tahun memberi eden banyak peluang untuk mengetahui dan membuat pelbagai perkara yang selama ini eden tidak pernah buat. Alhamdullilah, banyak perkara baik yang berlaku dalam diri eden walaupun banyak juga perkara yang tak baik yang dialami dan ditengok di negara matahari terbit ni. Memang benarlah kata-kata bidalan...walau hujan emas sekali pun yang diturunkan di negara orang dan hujan batu yang menimpa negara sendiri, negara sendiri itu juga sebenar sebaik-baiknya untuk kita. Jadi untuk menu pagi raya nanti, malam ni eden dah pun prepared rendang ayam Negeri Sembilan bersama nasi impit beserta kuah kacangnya.

"Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa...itulah kasih mesra....sejati dan mulia..". begitulah antara rangkap bait lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Hang Tuah. Eden tak nak kata bahawa eden dah melakukan pengorbanan kerana eden tak nak menganggap sebegitu pun pada keluarga eden. Apa yang pasti, segala yang eden ketahui, eden belajar dan eden lakukan selama ini adalah suatu pembelajaran untuk membawa diri ke satu aras yang lebih baik dari sebelum ini.

Semoga berjumpa lagi di dalam ruang Borak @ My Perpatih Kissaten. Semoga Idul Adha esok lebih membawa makna kepada anda semua. Jya Mata ne.....hait.


Kronologi pembikinan ghondang nogoghi (rendang negeri)





Nasi impit dan kuah kacang 



Apple Pie




Tuesday, November 1, 2011

Nuklear, antara perkara baik dan buruk

Salam kembali.


Reactor nucklear di Fukushima yang telah musnah
Pagi ini eden menonton segmen Asaichi di NHK Channel, lebih kurang macam segmen Selamat Pagi Malaysia atau Malaysia Hari ini di TV Malaysia. Akan tetapi ini bukanlah pertama kali eden menontonnya, memang setiap pagi eden tak miss dengan segmen asaichi ni. Cuma bezanya kali ini kru mereka buat secara live di luar dan istimewanya mereka live di Fukushima-Ken, tempat dimana berlakunya kerosakkan loji nuklear akibat gempa kuat dan tsunami lebih 6 bulan yang sudah. Segmen asaichi kali ini  sebenarnya hendak melaporkan serta memberi tahu pada umum akan situasi semasa dan  aktiviti-aktiviti harian penduduk yang terjejeas di sana.  

Isu menarik pada hari ke 2 ni ialah berkenaan kesan nuklear kepada penduduk setempat. Kepada penduduk yang mana tempat tinggalnya masih elok dan kurang terkena kesan gegaran gempa dan tsunami, mereka ini akan kembali semula ke rumah bagi membersihkan apa yang sepatutnya. Bagi penduduk yang tempat tinggal mereka musnah sama sekali, pihak kerajaan sebagai mana saya ada nyatakan dalam entry terdahulu (berkenaan gempa dan tsunami - 6 bulan yang berlalu) telah menyediakan rumah sementara untuk mereka.

Eden, secara peribadinya memang kalau boleh tidak mahu penghasilan tenaga elektrik melalui teknologi nuklear ini di buat di Malaysia. Eden pun bukanlah seorang yang pakar dalam mengupas isu nuklear ni, cuma apa yang eden dengar, eden nampak eden tahu dan diberitahu, eden kongsikanlah. Kalaulah  pembaca semua berpeluang melihat sendiri atau menonton berita dari masa ke semasa di Fukushima ini, eden rasa pembaca pun sependapat dengan eden. Bukanlah eden hendak menidakkan kecanggihan teknologi untuk pembangunan negara dan manusia sejagat, tapi kita harus akur bahawa sehebat mana pun teknologi yang ada, sebenarnya tidak mampu untuk menolak musibah dari bencana  alam. Itulah yang terjadi pada Fukushima dan kawasan sekitarnya. Pada awalnya memang diakui Loji Nuklear Fukushima Daichi telah mencorakkan suasana kehidupan yang hebat pada bandar Tokyo khasnya dan daerah-daerah sekitar yang menerima bekalan tenaga dari loji ini. Tetapi apabila ianya musnah dan berlaku kebocoran, bandar Tokyo yang hebat lumpuh sebahagiannya dek kerana catuan tenaga yang dikenakan. Tokyo mungkin hanya kehilangan seri malamnya akan tetapi yang lebih kasihan ialah pada penduduk Fukushima sendiri. Laporan segmen asaichi pagi ini menunjukkan sebahagian rumah penduduk terpaksa di buat pembersihan dari kesan nuklear. Kerja-kerja pembersihan ini akan di buat pada seluruh rumah yang terkena radiasi dari  loji nuklear berkenaan Cuba pembaca bayangkan sendiri bertapa sukarnya untuk membuat pembersihan ini, dengan menyembur air dan menyental ke setiap bumbung rumah serta dinding rumah, lantai konkrit dan lain-lain yang terkena kesan radioakif bukanlah sesuatu kerja yang mudah dan  mungkin beratus ribu rumah lagi sedang menunggu untuk dilakukan kerja yang sedemikian. Setiap kerja yang dibuat tentu akan mengambil masa dan sudah tentulah juga banyak perbelanjaan dikeluarkan. Menurut laporan penduduk lagi, kebanyakkan pokok tanaman pula habis rosak dan mati serta sebahagian petani mengatakan tidak dapat lagi berkebun atau berladang kerana khuatir hasil tanaman tadi akan dicemari radioaktif berikutan tanah yang telah dicemari radiasi.


Kerja menutup loji nuklear sedang di jalankan (sumber berita)


Kalaulah negara yang maju seperti Jepun ini pun jelas nampak keperihannya dalam menangani kesan nuklear, apalah lagi  negara membangun seperti kita. Bukanlah eden hendak mengatakan Malaysia tidak boleh membina loji nuklear, boleh tapi isu yang lebih penting mampukah atau bersediakah kita menghadapi kemusnahan dari kesan nuklear kelak sekiranya ia berlaku...? dengan hanya berharap  dengan teknologi kita yang terbatas dan bergantung pula dengan teknologi dari pakar luar, apakah kita boleh survive. Kalau Jepun hari ini melaporkan untuk pulih sepenuhnya dari kesan nuklear di Fukushima mengambil tempoh selama 30 tahun dan mungkin lebih, bagaimana dengan kita.? Jadi apa yang utama, mulai sekarang kita berusahalah mencari alternatif tenaga lain selain dari nuklear sekiranya kita menghadapi krisis tenaga kelak. Di Jepun ini bukan nuklear sahaja yang dijadikan sebagai unsur utama menjana tenaga elektrik, kaedah  solar juga telah lama dipratikkan cuma ianya agak terhad kerana kosnya yang mahal. Tapi eden percaya tenaga solar ini akan meningkat peratusan sumbangan tenaganya di Jepun  tidak berapa lama lagi kerana ianya lebih selamat dan mesra alam. Untuk kesejahteraan negara  serta penduduknya  kita harus peka dan menerima hakikat bahawa sesuatu yang memberi kehebatan pada kita tidak semestinya akan baik keseluruhannya. Gambatte kudasai Malaysia.....for everything.

by rynes, Kyoto, Japan

Autumn always in my heart, kisahnya...

Salam pembaca semua.




Peak time di Kyoto ni untuk melihat banyak daun-daun berubah warna  biasanya bermula pada pertengahan bulan November ni. 

Eden bagi bunga-bunga pasal daun warna-warna ni tentulah kali ni eden nak berborak pasal musim autumn kat Kyoto ni. Untuk kali ni eden cuma nak cerita pengalaman eden semasa pergi melihat warna-warni daun pada autumn tahun lepas. Untuk tahun ini eden mungkin pergi di lain tempat pula. InsyaAllah, kerana apa inilah merupakan autumn yang terakhir eden sekeluarga di Jepun ni.

Bersampan sambil melihat warna-warni daun

Orang ramai  memenuhi Arashiyama di musim luruh

Salah satu tempat menarik melihat pokok momiji di Arashiyama

Pada pengamatan eden,   musim luruh dan musim bunga adalah dua musim yang paling disukai oleh orang ramai. Bukan hanya cuacanya yang nyaman tetapi keindahan warna-warni daun di musim luruh serta cantiknya bunga sakura (cherry blossom) di musim bunga memang menarik minat pengunjung.  Kyoto akan dibanjiri oleh orang ramai semasa musim luruh dan musim bunga., bukan hanya  oleh orang tempatan dan lain-lain Prefecture, malah  ramai juga dari  luar negara.  So memang meriahlah Kyoto pada kedua-dua  musim ini. Salah satu venue menarik yang tidak pernah miss dikunjungi orang pada autumn  setiap tahun ialah di Arashiyama. Di sini bukan sahaja kita dapat menikmati  pemandangan daun-daun pokok yang berwarna-warni di kaki bukit sambil berdayung sampan malah kita berpeluang  menaiki 'Romantic Train' yang akan membawa kita menikmati pemandangan indah daun warna-warni disepanjangan perjalanan sejauh 7.3 km  menyusuri lurah dan gaung. Emm...menarik bunyinyakan? Eden pun sudah dua kali menaiki Romantic Train ni, memang menyeronokan walaupun harga tiket sedikit mahal. Untuk menaiki Romantic Train kita perlu membeli tiket dari Stesen Torokko, dan sekiranya tidak bernasib baik tiket habis di jual. Kalau ingin mendapat tempat duduk, tiket perlu dibeli lebih awal pada hari tersebut, kerana sekiranya tidak kita hanya dapat menikmati pemandangan sambil berdiri sahaja. Jadi pada sesiapa yang berpeluang berkunjung ke Kyoto pada musim autumn  memang eden suggest tempat ni. Sebenarnya memang banyak lagi tempat-tempat manarik yang boleh dikunjungi seperti Kinkakuji, Ginkakuji, Imperial Palace, Kyomizudera dan beberapa tempat lagi di Kyoto pada musim luruh.

 Blend  of colour's di Kyoto Imperial Palace garden

Romantic Train (summer time)

Pokok momiji

Jadi, pada keseluruhannya tempat-tempat yang eden pernah pergi memang menarik dan megujakan. Lepas ini eden boleh berkira-kira untuk mencari tempat lain pulak samada masih dalam Kyoto atau mungkin di luar Kyoto seandainya nak bertukar citarasa..hihi...Apa-apa pun kesimpulannya eden memang suka autumn dan begitulah juga pada orang Jepun yang tidak pernah jemu melawat walau pun di tempat yang sama setiap tahun kerana "Autumn always in my heart..."

Jya mata ne.....di dalam ruang borak @ my perpatih kissaten.

More photos @  Rynes Photobook

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...