Saturday, October 29, 2011

Home made ice cream

Salam tengah malam.

Sempena final Piala Malaysia malam ni isteri bersama anak eden yang no. 2 dah prepared aiskrim coklat untuk kami makan jikalau N9 menang. So habis jer game tadi kami makanlah bersama-sama. Yeeaayy...




...by rynes.

Lazatnya Lassagna

Salam kembali.

Berhujung minggu kita sekali lagi dan eden  bersyukur kepadanya kerana terus diberikan peluang bernafas, kekuatan dan semangat serta sihat. Cuaca di Kyoto untuk beberapa hari ni memang baik, panas tapi tetap sejuk di musim autumn ni. Minggu sudah kalau pembaca semua membaca last entry MPK ni ada eden mengatakan yang keesokkannya bercadang nak buat menu special. Tapi itulah, kadang-kadang apa yang kita rancangkan tak semestinya jadikan? Jadi eden kira tunaikan niat tu pada minggu ni. Mungkin pada setengah pembaca memang biasa dengar atau pun telah pun mencuba menu ni, bagi eden inilah juga kali pertama  menterjemahkannya, sebab tulah special.....

So, untuk dinner eden and family hari ni....lassagna dan lazatnya, hihihi...Italian menu eden malam ni. Buatnya pada kiraan eden taklah susah sangat atau erti kata lain mudahlah gamaknya. Yalah kita taklah perlu sangat nak mengadun tu..adun ni dan macam-macam adunan lagi lah, bendanya cuma yang basic-basic saja. Apa yang eden ada ialah lassagna sheet, cheese (mozzarella dan parmesan cheese), panko (serbuk roti) dan yang penting isinya daging cincang yang dimasak bersama bawang dan tomato sos. Ada sebahagiannya yang letak kentang atau hirisan terung untuk menjadikannya lassagna lebih vegitarian. Kesemua bahan tadi kita adunkan dalam bekas pembakar secara bertingkat-tingkat (layer by layer) bermula dengan daging cincang lepas taburkan cheese dan letakkan lassagna sheet (yang telah direbus dengan garam) dan ulang sehingga habis. Setelah siap semuanya, bakar pada suhu 180 degree celcius selama 30 minit. Mudahkan. Emmm..lazat dan sedap sekali dan pastinya eden akan sediakan lassagna versi yang berbeza tak berapa lama lagi.


Lasagna yang sedia untuk di bakar

Lassagna yang sudah siap

sedia untuk di makan

Jumpa lagi.

Tuesday, October 25, 2011

Oh my first attempt at making chicken rice

Konbanwa......

Orang cakap tak susah nak buat nasi ayam ni atau ada yang mengatakan menu nasi ayam nilah antara menu yang senang nak dibuat. Jadi eden hari ini cuba menterjemahkan maksud "senang buat" tu dalam version eden buat pertama kalinya dan inilah hasilnya.....not bad. Tetapi lumrah bila kali pertama melakukan sesuatu, tentu ada benda yang perlu diperbaiki. (~_*) Ada banyak yang eden belajar hari ni hasil teguran daripada isteri dan eden berharap untuk yang akan datang, eden akan buat nasi ayam yang lebih enak, dan ayam lebih juicy. Tunggulah eden cari tips untuk menyediakan nasi ayam yang terbaik.



close up view

Saturday, October 22, 2011

Nikmatnya makan


My full set menu


Salam hujung minggu.

Di hari Sabtu  yang agak meletihkan, yalah hari ini eden ringankan tangan lebih sikit untuk kemas rumah. Rumah yang ada budak memang susah nak nampak kemaskan? Jadi hari ni bilik air, sinki, toilet, dapur, lantai, kabinet dapur, carpet semua menjadi mangsa. Addoiii hai...bak kata siapa tu...! Eric Leong kat Astro, penat tu memanglah penat, nasib baiklah tak selalu.

So, hari ni for dinner eh bukan..! tea time..eh bukan jugak...:-?. Wakaka..sebenar menu seperti foto di atas eden buat diantara waktu minum petang ke waktu makan malam sebenarnya. Lepas habis mengemas tadi eden fikir nak berehat-rehat dengan makan chips dan minum teh panas sambil menonton tv di sebelah malamnya pulak. Itulah yang eden prepared 2 dalam 1 tu, minum petang pun ya, makan malam pun ya, lagi pun hari ni isteri buat kerja Lab di rumah. Hari ni eden buat seafood spagetti  dengan sakana fried dan roasted potato with mustard and pepper. Tulah dia, penat-penat pun emm.. jalan jugalah tiga jenis menu, maklumlah hujung minggu.

Fried sakana (Ikan) yang di gaul bersama oat,lada hitam, disalut dengan
telur dan panko

Roasted potato with mustard and pepper

Foto-foto di bawah ni eden saja nak sharing dengan pembaca akan menu-menu yang eden buat untuk makan malam sejak 5 hari yang sudah. Tak ada cerita hanya untuk tontonan sahaja. hihihi..Semoga kita berjumpa lagi dalam ruang kitchen corner dalam segmen akan datang. Oh ya, sebagai intro untuk besok eden  cadang nak masak satu menu special la kot, so tunggulah....

Nasi berempah briyani bersama kari kambing dan sayur campur 

Ikan goreng kicap ..yg tak berapa nampak kicapnya


Ayam masak lemak cili padi

Ayam goreng kicap bercampur lada hitam



..by rynes @ UJI



Friday, October 21, 2011

Gari

Salam to you all.

Autumn...autumn dan autumn..aa ini sebenar bukannya  typing error pun. Saja suka nak ulang sebut, pasalnya eden nak mengambarkan sebenarnya eden suka time musim luruh ni. Selain teruja dengan pemandangan sekeliling yang penuh colour, eden juga selesa akan keadaan suhunya. Suhunya yang tak sejuk sangat dan taklah panas sangat  memang amat menyenangkan pada eden. Sama juga cuaca pada musim bunga nanti, sememangnya kedua-dua musim ini memang eden tunggu-tunggukan. Nanti eden ceritakan sedikit pasal autumn ni di lain borak.

Oh ya, borak pasal masuk bulan autumn ni sebenarnya eden  nak cerita sikit pasal bila tiba musim luruh dan buah apa  yang sinonim dengannya. Yalah  secara asasnya, cuaca sebenarnya amat mempengaruhi habitat sekeliling. Jadi tentang bab buah ni, buah yang paling berpengaruh musim ni ialah buah jeng..jeng..jeng..lihat foto :-)

Mikan (limau)

Kaki (pisang kaki)

Nashi (asian pear)

Hari ini sebenarnya juga anak eden yang no. 2 tu ada school trip pergi memetik buah limau atau dalam panggilan Jepun nya 'mikan gari' (mikan tu buah limau manakala gari tu petik). Seperti kebanyakan negara 4 musim yang lain, Jepun memang amat popular dengan event yang sebegini dan kebanyakan tuan punya ladang memang menganjurkan program-program sebegini setiap tahun. Secara tidak langsung mereka memperkenalkan produk ladang mereka ni. Selain mikan gari ada lagi budo gari (anggur), momo gari (buah peach) ringgo gari (epal) ichigo gari (strawberry), kaki gari (pisang kaki) nashi gari (sejenis buah pear dan hanya ada pada musim luruh saja mulai Ogos hingga Oktober) dan beberapa jenis buah lagi yang boleh di gari. hihihi...(rujukan - Fruits Categories). Event sebegini dianjurkan mengikut musim. Aktiviti-aktiviti sebegini sebenarnya memang menyeronokkan, bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa pun sama merasa keseronokannya. Seahun dua yang lalu, eden dan family serta warga MyKyoto telah berpeluang menyertai budo gari dan momo gari (kalau ada masa nanti eden masukkan entri nya).

Jadi itulah, apa yang eden nak katakan pengalaman-pengalaman sebegini memang berguna juga selain kita menikmati keenakan buah-buahan tempatan di Jepun, kita juga secara tidak langsung dapat belajar tentang sistem penanaman dan penjagaan setiap spesis pokok buahan berkenaan dalam kontek Jepun (Cara memetik buah-buahan juga diberitahu semasa aktiviti tersebut).

Semoga kita berjumpa lagi di lain borak @ My Perpatih Kissaten.

Sunday, October 16, 2011

Sepetang di hari minggu

Eden secara semulajadinya memang suka akan doughnut, apa jenis sekali pun memang tak miss punya. Tapi taulah saja di Jepun ni kan, tak semua doughnut di kedai tu kita boleh makan. Macam-macam yang dicampurkannya, yang ada pun satu-dua jenis je mungkin yang boleh di makan. Itu cerita kalau membeli, pada eden buat sendiri lebih puas serta menguntungkan. Selain boleh buat sebanyak mana yang kita suka dan boleh sejuk-bekukan dalam freezer pula kalau ada lebih. Jadi petang ni untuk tea time eden ringan-ringankan tangan membuatnya. Sebenarnya sebelum ni memang eden dah pernah buat doughnut ni beberapa kali dah,  ingredient nya eden letak yang basic-basic jer. Kali ni pun basic juga, cuma eden try letak Shortening pula (vegetable base) untuk kasi lebih lembut. Tadaa..


Doughnut yang pelbagai saiz (maklumlah hand made)

Petang nan indah - makan doughnut dengan teh DIANA

Experimenting again

Hello..hello...

Minggu ini eden memang banyak masa sikit. Jadi macam-macam yang terfikir nak buat. At last eden teringat ada satu segmen masak-masak dalam channel NHK dua tiga hari sudah pasal menu membuat sotong sumbat. Nampak menarik dan menyelerakan, jadi eden terfikir nak mencuba pulak sebagai dinner malam ni. Terima kasih kepada chef Jepun tu kerana kongsikan menu sotong sumbat ni dan eden pula berbesar hati nak kongsi dengan pembaca semua.

Sotong Sumbat Japanese style

Bahan-bahan.

Sotong Sumbat.

  • 2 ekor sotong saiz besar - dibersihkan dan di buang kulit manakala bahagian sesunggut/kaki dicincang 
  • 1/4 labu bawang besar di cincang halus.
  • 1/2 biji carrot di parut atau di cincang halus.
  • 4 biji cendawan shitake (atau lain-lain jenis cendawan yang disukai pun boleh) - dicincang halus. Sekiranya gunakan cendawan kering hendaklah direndam terlebih dahulu hingga kembang sebelum di cincang.
  • 1/2 keping tauhu lembut dilumatkan
  • Perasa - garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
  • 2 batang pencungkil gigi
  • 4 sudu besar minyak untuk mengoreng

Bahan untuk sos.

  • 2 biji bawang putih 
  • 2 biji bawang merah kecil 
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Perasa - garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • minyak untuk menumis

Cara membuatnya- Sotong sumbat

  • Ambil mangkuk dan campurkan semua bahan yang telah di cincang iaitu bawang besar, carrot, sesunggut/kaki sotong, tauhu dan cendawan. Campurkan perasa dan di gaul rata- ketepikan.
  • Sumbatkan bahan campuran tadi ke dalam sotong dan tinggalkan sedikit ruang di bahagian mulut/atas untuk diselitkan pencungkil gigi. (rujuk foto)
  • Panaskan minyak dan goreng sotong sumbat tadi separuh masak. Balik-balikan supaya tidak hangus.
  • Keluarkan sotong sumbat tadi dan ketepikan
Sotong sumbat sedia untuk di goreng
goreng dengan minyak yang sedikit


Sosnya.

  • Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia
  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi sehingga naik bau
  • Setelah itu masukkan cili biar sekejap dan masukkan pula tomato puree dan air
  • Biar menggelegak sebentar kemudian masukkan sotong sumbat tadi. (rujuk foto)
  • Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga kuah kering sedikit. Anggaran dalam 15 ke 20 minit. Jangan lupa untuk balik-balikkan sotong sumbat tu tadi ketika memasak.
  • Bila kuah hampir kering masukkan pula perasa dan tutup semula.
  • Bila kuah sudah hampir kering keluarkan dan sedia untuk di hidang.


Sotong sumbat yang telah pun masak



Selamat mencuba dan menikmatinya. Sodap.....

..by rynes

Saturday, October 15, 2011

Geisha story


Salam kembali.

Sebenarnya dah lama eden nak masukkan entry pasal Geisha di Kyoto ni tapi malangnya eden sebenarnya tak banyak sangat sumber yang boleh eden dapat. Walaupun namanya dah lebih tiga tahun eden tinggal di Kyoto ni, boleh dikira dengan jari berapa kali eden terjumpa dengan Geisha atau Maiko ni. Untuk makluman ringkas pembaca semua, sebenarnya bukannya mudah untuk berjumpa Geisha melainkan kita 'membayar' sejumlah Yen atau terserempak, itu pun nasib. Seperkara lagi Geisha ni tidak berapa senang kalau gambarnya di ambil, melainkan dengan kebenaran penjaga mereka. Apa-apa pun peluang untuk bergambar dengan Geisha amatlah di nanti-nantikan kerana Geisha atau Maiko (geisha yang di dalam latihan) ni merupakan ikon utama wajah Kyoto. Sebut saja pasal Kyoto yang akan keluar di mulut dulu adalah Geisha. Kyoto merupakan satu-satunya wilayah yang sehingga kini mampu menghasilkan kelompok geisha asli. Eden sebenarnya pernah terserempak dengan maiko/geisha di kawasan Kyoto Gion, kawasan di mana ramai diantara mereka beroperasi.


Info yang eden tulis ni ni adalah lebih tepat berbanding pengetahuan eden yang terbatas . Ini kerana maklumatnya yang datang daripada penjaga geisha itu sendiri. Di bawah adalah cerita yang ditulis oleh Ahmad Syukran Zainuddin (Akhbar KOSMO) tentang wanita geisha di bandar Kyoto (dipendekkan dari cerita asal beliau).



Foto Geisha (sumber sendiri)


"DENGAN mata tertutup, dia menarik nafas panjang. Kemudian, jari-jari runcingnya pantas menari di antara tali-tali yang menjadi salah satu elemen penting instrumen muzik tradisional masyarakat Jepun, shamisen. Suara serak-serak basah mula keluar daripada bibirnya yang dioles dengan gincu nipis. Penuh asyik, dia yang lebih dikenali dengan panggilan mama-san mengalunkan lagu berirama melankolik. Lagu bertajuk Momiji-no-hashi (Bridge of Maple Leaves) dan Gion Kouta (Empat Musim) seakan-akan menyihir setiap tetamu yang ada di dalam bilik kecil itu.
Nyanyian wanita yang saya fikir berusia lewat 60 tahun itu disambut dengan tarian gemalai dua orang anak didiknya. Dalam persalinan kimono berwarna biru dan hijau, mereka mula menggerakkan tubuh mengikut ritma. Pergerakannya cukup lembut dan terlatih.
Walau tidak faham sepatah apa pun yang dinyanyikan, setiap mata terpaku pada dua sosok tubuh dan wajah yang putih melepak disolek tebal. Ingin saya perbetulkan persepsi serong anda, jika ada.
Geisha sebenarnya sering disalahertikan dengan sesuatu yang bersifat negatif, sedangkan mereka hanyalah penghibur dan peneman pada majlis-majlis keraian. Memang benar 'garis' antaranya amat kabur, tetapi tiada sebarang adegan panas dipersembahkan pada malam itu."


Tarian Geisha 
TIDAK ramai anak gadis Jepun yang sanggup menjadi geisha dalam erti kata sebenar. Geisha ada yang mahir bermain alat muzik tradisional Jepun seperti Shamizen dan dram Jepun, menyanyi, menari dan menghidangkan teh dalam upacara tradisional. Ada wanita geisha mengakui sukar menyesuaikan diri dengan pantang-larang sebagai seorang geisha dan menguasai dialek Kyoto (atau dikenali sebagai Kansai ben). Antara pantang-larang sebagai seorang wanita geisha ialah   rambut mesti dijaga rapi, dan kuku tidak boleh dibiarkan panjang. 



Kyoto cukup dikenali sebagai lokasi terhimpunnya pelbagai 
warisan budaya masyarakat Jepun, kuil dan istana shogun 
(pintu masuk Nijo Castle)

Bayaran yang dikenakan bagi menyaksikan persembahan geisha selama dua jam ialah sekitar AS$1,000 (RM3,500) hingga AS$1,500 (RM5,250) yang melibatkan dua orang geisha. Percaya atau tidak, untuk menjadi geisha, seseorang itu perlu mengikuti pengajian selama tempoh lima tahun yang penuh dengan kokurikulum seperti menulis kaligrafi, menghidang teh dalam majlis-majlis rasmi, menggubah bunga, bermain instrumen muzik seperti shamizen, dram Jepun, menari, dan menyanyi. Setelah tamat latihan, barulah boleh menjadi geisha profesional. Seperti juga kita nak masuk ke universiti, bukan semua gadis atau wanita boleh menjadi geisha kerana hanya yang layak sahaja boleh mengikuti latihan.

Selain kecantikan fizikal, karakter yang menarik dan bijak menghiburkan pelanggan merupakan antara kriteria utama untuk menjadi seorang geisha. Untuk menjadi seorang geisha, gadis-gadis itu perlu mencari agensi atau mama-san di Kyoto.


Mama-san asyik memetik shamisen melagukan lagu Momiji-no-hashi dan
Gion Kouta 


Geisha yang kami jumpa di Arashiyama (sumber sendiri)


Sekian, sedikit cerita tentang Kyoto bagi yang berminat.

..rynes @ Uji, Kyoto

Wekend research - mencuba resepi baru


Complete dinner menu
Konnichiwa minna.

Hujung minggu memang masa yang eden paling suka. Bukannya apa, di hujung minggu atau hari cutilah eden rasa sedikit tenang dan tak kelam kabut sangat. Yalah, pada hari biasa tu macam-macam nak difikir dan dibuat, fikir apa nak masak hari nilah, besok bento (bekalan makanan anak ke sekolah) apa nak di bawa, kena bangun awal nak buat preparation sekolah, last check homework anak, apa yang patut bawa hari tu dan macam-macam lagilah. Itulah kadang-kadang di waktu pagi tulah eden rasa diri ni kena jadi 'ultra superdad' hehe...sebenarnya itulah rutin eden masa weekdays.

Jadi sebab itulah di hujung minggu eden rasa lebih bertenang sikit pasal tak perlu fikir perkara-perkara tadi tu dan kalau nak fikir bab masak time ni eden rasa relak jer. Hari ini family kami makan Baked potato with cheese, Salmon korokke, pizza dan salad.  Oh ya, hari ni ni eden memang nak kongsi sikit pasal menu dinner yang eden dan family nikmati sebentar tadi. Macam biasa jugalah sebagai mana yang eden kabarkan sebelum ni, di hujung minggu adalah hari tanpa nasi dan rasanya ia akan jadi trademark. Hari ni eden rasa amatlah berbangga sekali pasalnya eden hari ni try buat menu baru, konsep western. SALMON KOROKKE, itulah nama menu yang eden ciptakan. Di sini eden perturunkan bahan-bahan dan cara membuatnya.


Salmon Korokke (untuk makan 5 orang i.e 5 biji)

Bahan-bahan.


  • Tauhu lembut (saiz 2 inci x 2 inci)
  • 1/2 biji carrot - parut sederhana kasar atau potong halus memanjang.
  • 1 biji kentang rebus
  • Ikan salmon (saiz 2 inci x 3 inci) tanpa kulit. Boleh juga gunakan lain-lain jenis ikan yang bewarna putih.
  • Perasa - garam dan lada hitam ikut rasa
  • Sebiji telur
  • 1/2 mangkuk bread crumb
Cara membuatnya.

  • Ambil mangkuk, masukkan tauhu putih dan hancurkan dengan garpu. Masukkan pula kentang yang telah di rebus tadi dan hancurkan juga dengan garpu
  • Campurkan parutan carrot ke dalam adunan tauhu dan kentang tadi, tambahkan garam dan lada hitam secukupnya. Gaul rata. (kita panggil ini adunan A)
  • Potong ikan salmon kepada 5 potongan dan ketepikan.
  • Pecahkan telur  dan pukul sedikit macam nak buat telur dadar, ketepikan.
  • Sekarang ambil adunan A, leperkan di atas tangan dan masukkan sepotong ikan salmon. Tutupkan ikan tadi dan bentuk-bentukkan ikut suka samada bentuk bulat atau lonjong (oval)
  • Sadurkan korokke (kita panggil sekarang) yang telah di bentuk tadi dengan telur dan golekkan dengan bread crumb sampai betul-betul bersalut kesemuanya. Buat sampai habis.
  • Panaskan minyak atas api sederhana dan goreng sampai warna bertukar keemasan. 
Salmon Korokke (golden)

The inside of salmon korokke


Menu 2.

Baked potato with cheese.

Bahan-bahan.

  • Kentang saiz kecil/sederhana 2 biji (terpulang sekiranya mahu lebih)
  • 2 sudu besar grated mozzarella cheese
  • 1/2 sudu teh daun parsely  (fresh) atau sekiranya tiada boleh juga guna jenis dried parsely
  • Sedikit olive oil/minyak zaitun untuk di renjis atas kentang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Cara membuatnya.

  • Renjiskan olive oil di atas kentang(jangan buang kulit)
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 200 darjah celsius
  • Keluarkan dan sejukkan sekejap
  • Belah sedikit kentang tadi (jangan sampai putus -seperti tanda X)
  • Kupaskan kulit di bahagian yang di belah tadi, gebukan bahagian yang telah dibelah dengan menggunakan garpu (kuis-kuiskan dengan garfu tadi).
  • Taburkan cheese di atas kentang (di bahagian yang digebukan), taburkan sedikit lada hitam dan letakkan juga daun parsely
  • Bakar semula pada suhu 150 darjah celcius selama 5 minit. 
Baked potato with cheese


Pizza simple (guna roti poket sebagai base)

Kalaulah eden enjoy dish ini, eden rasa ramai tentu sukakan dish ini juga. Cubalah, untuk kelainan ya.

..by rynes..2007 - 2013






Friday, October 14, 2011

Saying Sayonara

Salam to all.

Pagi Jumaat yang penuh keberkatan, tapi eden tak dapat nak pergi menunaikan Solat Jumaat hari ini kerana Danish masih belum sihat sepenuhnya. Cuaca sekarang sudah sejuk dan pagi ni news forecast mengatakan akan hujan di Kyoto dan Uji so tak apa yang boleh dilakukan melainkan bersantai di rumahlah jawabnya. 

Entry kali ni sebenarnya patut eden borak-borak sebelum entry welcome party lagi, tapi kerana ada sedikit masalah teknikal (baru jumpa foto-fotonya..hihi). Itulah kalau dah terlalu banyak gambar, puas jugaklah dan mencari kalau tak diuruskan betul-betul. Apa-apa pun inilah eden nak borak sikit pasal sayonara party ni pula.

Hari tu...18hb September yg sudah MyKyoto buatlah farewell party ni untuk rakan-rakan yang akan kembali ke pangkal jalan...opps..pulang ke Malaysia for good. Rakan-rakan eden ini telah pun berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di Kyoto ni. Pada peringkat PhD ialah Dr. Marfiah, Dr. Pramila dan juga Dr. Fong-Fong manakala Saudara Ezral Uzaimi dan Saudari Syarifah Sharif di peringkat Master. Tidak juga ketinggalan untuk Dr. Imran dan keluarga yang akan meninggalkan Kyoto kerana akan berpindah ke Suzuka, Mie Prefecture atas urusan kerjaya. Seperti biasa di majlis ini rakan-rakan yang akan pulang diberi peluang untuk memberi amanat akhir kepada yang tinggal. Terima kasih atas perkongsian pengalaman anda. Selain bangga dengan kejayaan mendapatkan PhD dan Master, eden sebenarnya tak nak lupa untuk ucapkan taniah pada pasangan masing-masing  terutama Amir dan anak serta Yang Marjaniah dan anak-anak kerana mereka ini adalah pencetus semangat dan kekuatan kepada isteri dan suami mereka. Masa 2 hingga 4 tahun bergelumang dengan pelbagai rencah kehidupan, suka dan duka di Jepun ni memang sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

Eden sekali lagi mengucapkan taniah kepada mereka atas kejayaan yang diperolehi semoga segala ilmu dan pengalaman semasa belajar dan tinggal di Jepun dapat digunakan atau dipraktikan sebaik mungkin untuk keluarga, organisasi dan masyarakat. Mana yang boleh......dan semoga kita dapat berjumpa lagi di Malaysia kelak. Sayonara minna san...........


Keluarga Amir dan Dr. Marfiah serta Ammar Marwan


Keluarga Ezral Uzaimi, Yang serta Harith dan Myra


Keluarga Dr. Imran, Sohana serta Sofia


Wakil Dr. Pramila

Syarifah Sharif (Master)


Wakil Dr. Fong Fong



Lagi gallery gambar @ Rynes Photo Album

Thursday, October 13, 2011

Yokoso Kyoto e (selamat datang ke Kyoto)



Warga MyKyoto, Kyoto, Japan

MyKyoto tshirt (cantikkan?)


Pada 9hb Oktober yang sudah, MyKyoto telah mengadakan majlis Welcome Party sempena mengalu-alukan kedatangan student baru ke Kyoto. Sebelum ini program sebegini kami sambutnya di kawasan tertutup, tapi kali ini kami menukar suasana yang lebih santai iaitu di taman berhampiran kawasan tepi sungai Kamogawa di Imadegawa Dori berhampiran dengan Demachiyanagi Station (stesen keretapi). Seramai lima orang kali ini terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dalam bidang masing-masing di Kyoto University,  seorang sebagai "RS student", seorang lagi di Ritsumeikan University di Shiga, tiga lagi merupakan "attached student/JSPS" di Kyoto University (Katsura Campus). Selain daripada pelajar postgraduate, kami juga menerima tiga orang 'trainning staff' dari salah sebuah kilang Jepun di Malaysia. Pada hari tersebut dengan secara rasminya kami 'merasmikan' t-shirt MyKyoto edisi pertama keluaran kami...:-). Majlis berjalan dengan lancar bermula pada 2.00 petang dan berakhir 3 jam kemudian. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah meluangkan masa menghadiri program ini dan kepada rakan-rakan MyKyoto yang baru, eden ucapkan selamat datang dan selamat menempuh kehidupan baru di bumi Nihon ini. Ganbatte Kudasai minna....


Semoga berjumpa kembali dalam ruang Borak Corner @ My Perpatih Kissaten.

* untuk koleksi foto sila lawati Rynes Photo Album di http:/rynes.posterous.com




Monday, October 10, 2011

Cuti lagi......

Salam kembali.

Hari ini merupakan cuti umum di Jepun, cuti hari 'Tai iku no hi' (hari sukan). Bermula Sabtu lepas, bandar Kyoto memang ramai orang, yalah peluang selama 3 hari off dari bekerja ni memang digunakan sebaik-baik mungkin oleh mereka. Hari ini memang ada juga nampak sebahagian orang Jepun membuat aktiviti sukan ringan  seiringan dengan nama cuti ni. Eden pun sambut juga, tapi memandangkan cuaca sekarang ni agak sejuk, jadi eden berkayuh basikal saja dengan anak-anak kat luar rumah.

Lepas 'boleh tahan' bersukan kat luar tadi dah tiba masa pula eden berexercise mulut pula, apa lagi makan lah. Sudah masuk time dinner. Menu hari ni simple juga, ayam masak kicap je, eden pun ucapkan selamat makan malam pada rakan-rakan semua dan harap-harap semuanya pun tak lupa excercise hari ni....:-)


Jumpa lagi nanti......

Saturday, October 8, 2011

Dinner with Mak Nyonya

Salam to you all.

Today is Saturday..and Saturday means dinner without rice. Sekali seminggu family eden memang elakkan makan yang bernasi ni. Yalah selalu je nasi kadang-kadang tekak tu rasa tergelicir juga asyik telan benda yang sama. Jadi, hari ni eden macam biasa buka stor simpan makanan untuk dapatkan idea. Emm..nampaklah perencah kari Mak Nyonya, jadi makan mee karilah malam ni kita. Terima kasih Mak Nyonya, tak payah eden bersusah-susah  buat from scratch :-) Dulu eden pernah cuba makan mee kari ni dengan mee kuning, sedap macam kat Malaysia, tapi kali ni eden try dengan mee buatan Jepun pulak...Udon. Udon ni saiznya besar sikit dan berwarna putih dan sedikit berkanji. Apa-apa pun bila dah siap dan rasa...umph....memang sedap, tambah-tambah dapat makan dengan sambal udang kering.

Eden rasa credit has to be given to pengusaha Malaysia yang membuat dan memasarkan  makanan siap-segera seperti Brahim's dan Mak Nyonya. Produk Brahim's contohnya memang menjadi pilihan student atau rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Semasa eden datang ke Jepun empat tahun lalu, eden beli produk Brahim's sebagai persiapan menghadapi hari-hari awal di sini yang penuh dengan kesibukan, dan sementara dapat mentransformasi selera makan ke makanan Jepun.....alhamdulillah, banyak membantu.


Sunday, October 2, 2011

Sesekali mencabar kreativiti

Assalamualaikum/Hai minna san...

Sudah lama eden tak ke udara dalam blog. Sejak beberapa hari  kebelakangan ni eden agak sibuk sikit kat luar kerana membuat kerja amal. Hujung September dan awal bulan Oktober ni beberapa rakan baru dari Malaysia datang ke Kyoto yang terpilih melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Kyoto University. Ramai juga kali ni, so eden kenalah bantu mana-mana yang patut kerana mereka belum biasa lagi disini terutama dari segi khidmat nasihat, masuk rumah dan membeli barangan keperluan harian.

Oklah, sebenarnya eden  nak kongsi sikit dalam ruang Kitchen Corner berkenaan menu nasi goreng. eden tahu kalau sebut saja nasi goreng ni memang sudah terlalu 'biasa' kat Malaysia kan?, tapi yang ni agak special sikit kerana eden beri namanya 'Nasi Goreng Kimchi Ulam Kesum'. Sedikit kelainan kali ini sebab eden campurkan kimchi semasa menggoreng. Lebih sedap lagi bila eden taburkan sedikit daun  kesum yang dicincang halus bagi menambah aroma dan rasa nasi goreng ini. Kimchi sebenarnya mungkin tak asing di negara kita, cuma popularitinya masih di tahap rendah.  Untuk pengetahuan semua kimchi adalah makanan popular orang Korea, di buat dari beberapa jenis campuran sayur, cili, cuka dan di perap untuk beberapa hari atau bulan. Kimchi juga enak dimakan bersama nasi putih sama seolah-olah kita makan nasi bersama tempoyak atau sambal gesek (salah satu menu kesukaan orang Negeri Sembilan), rasa masam-masam itulah yang menjadi pembuka selera. Kalau di lihat pada foto memang seolah-olah nampak biasa saja, tetapi yang membezakannya adalah RASA...eden suka dan semua anak-anak eden pun sama.

Nasi Goreng Kimchi Ulam Kesum
Untuk yang berminat mencuba, resepi nasi goreng kimchi ada eden kepilkan di bawah.

Bahan-bahan

  • Nasi putih sejuk yang dimasak daripada 3 pot beras (lebih kurang 400g)
  • 4 sudu besar kimchi
  • 10 ekor udang harimau - bersihkan dengan perahan lemon/limau nipis
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 2 sudu makan ikan bilis - ditumbuk halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 tangkai daun kesum - cincang halus daunnya
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak untuk menumis



Cara membuat

  1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana
  2. Tumiskan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan ikan bilis yang ditumbuk dan cili kisar. Tumis sebentar
  3. Masukkan kimchi dan goreng sebentar (anggaran 30 saat). Campurkan udang harimau dan balik-balikkan sehingga warna udang bertukar kemerahan
  4. Campurkan nasi putih, gaul sebati, dan balikkan-balikkan sehingga kimchi tergaul sebati dengan nasi
  5. Tambah perasa (garam dan gula) ke dalam nasi goreng, setelah cukup rasa dan udang masak, padamkan api. Taburkan daun kesum yang telah dicincang halus ke dalam nasi goreng, dan balik-balikkan nasi supaya daun kesum dapat bergaul dengan nasi (Daun kesum ditambah setelah dipadamkan api)
  6. Hidang nasi goreng bersama telur goreng, timun dan tomato sekiranya suka

Kalau eden suka, eden pasti rakan-rakan pun akan setuju dengan eden. Sila-silakan mencuba. Jumpa lagi nanti dalam coretan yang lain.

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...