Thursday, September 15, 2011

Anak Malaysia boleh....

Eden nak ucapkan taniah dulu pada Safee Sali ni kerana dipilih mengikuti latihan bersama Cardiff City ni.  Lama rasanya kita tidak mendengar anak tempatan dapat berpeluang menyertai latihan kelab-kelab di Eropah. Semoga langkah pertama Si Safee akan membuka ruang yang lebih luas pada beliau untuk terus membuktikan bahawa anak Malaya bukan hanya mengintai di celah pintu sahaja. Safee harus tolak pintu itu seluas-luasnya untuk beliau terus masuk dengan selesa dengan syarat beliau mesti ada kunci pembuka pintu berkenaan. Gambatte kudasai Safee Sali.


Safee mula tunjuk belang

(Dipetik dari laporan sukan Utusan Malaysia 15hb September, 2011)



SESI ujian Safee Sali ke Cardiff City mendapat liputan meluas di Britain yang menyiarkan berita mengenainya pada halaman utama ruangan sukan dengan menyifatkan penyerang kebangsaan itu sebagai 'David Beckham Malaysia.'









KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Safee Sali mempamerkan taringnya apabila meledak gol sulung pada hari pertama sesi latihan bersama Cardiff City di pusat latihan kelab tersebut, kelmarin.
Jaringan sulung Safee pada perlawanan lima sebelah itu begitu menarik apabila dia mengelecek pemain pertahanan skuad bimbingan Malky Mackay.
Ia merupakan perkembangan terbaru Safee yang disampaikan oleh pengurus peribadi pemain itu, Zakaria Ab. Rahim yang bangga dengan pencapaian Safee pada hari pertama bersama kelab divisyen dua England itu.
"Sebelum meledak jaringan tersebut, Safee mempamerkan kehandalannya apabila mengelecek seorang pemain pertahanan skuad Bluebirds.
"Selepas menjaringkan gol, Safee dijatuhkan oleh pemain yang berjaya dilepasinya sebelum itu namun Safee tidak mengalami apa-apa masalah.
"Ia perkembangan yang amat baik kerana Safee tiba hari Isnin lalu dan terus menjalani latihan pada pukul 9 pagi semalam (waktu tempatan)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Tambah Zakaria, Safee mula menyertai sesi latihan kelab itu di Stadium Cardiff City buat kali pertama selepas berlatih di pusat latihan kelab itu Selasa lalu.
"Safee menunjukkan keserasian dengan pemain dan hubungan dengan rakan sepasukan yang lain amat baik.
"Jurulatih tidak menganggap Safee sebagai orang asing semasa latihan serta memberikan layanan yang sama seperti mana pemain lain," katanya.
Menurutnya, Safee tidak mengalami masalah seperti tempat penginapan yang hanya lima minit berjalan kaki ke pusat latihan Cardiff City.
Sementara itu, mengenai laporan akhbar tempatan Wales yang menggelar Safee sebagai 'David Beckham Malaysia', Zakaria berkata: "Ia mampu menyuntik semangat Safee kerana ramai yang semakin mengenalinya.
"Cabaran berlatih di sana amat bagus buat Safee kerana dia dapat bersama dengan pemain yang jauh lebih tinggi tahap keupayaannya, terutama apabila berlatih dengan penyerang Cardiff City," katanya.

Safee Sali Youtube video

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...