Monday, September 12, 2011

Tsunami..6 bulan yang berlalu

Salam pembaca budiman.

Semalam (11hb September) genap 6 bulan kejadian bencana gempa bumi dan tsunami melanda sebahagian daerah utara Jepun di kepulauan Honshu. Selama dua hari berturut-turut (hingga hari ini) kebanyakan media elektronik Jepun terutama media kerajaan, NHK channel mengulang tayang detik-detik cemas ketika tsunami melanda terutama di daerah yang paling tejejas, Miyagi-ken. Temubual dengan penduduk-penduduk yang menceritakan kembali pengalaman mereka semasa tsunami dan 'survivalnya' mereka bagi meneruskan kehidupan yang mungkin boleh dikatakan masih tidak sesempurna sebelum tsunami melanda.

Enam bulan yang berlalu, daerah-daerah yang dilanda tsunami, Miyagi, Iwate, Aumori dan Fukushima masih belum dapat dibersihkan sepenuhnya. Melihat pada kesan-kesan peninggalan berupa serpihan bangunan seperti rumah yang roboh, kereta, bot-bot dan kapal-kapal nelayan dan pelbagai lagi kerosakan, terlalu amat sukar untuk dibayangkan selama mana agaknya segala 'sampah-sarap' ini dapat dibersihkan.  apa yang pasti usaha-usaha ke arah itu terus dijalankan siang dan malam bagi memastikan penduduk sekitar dapat kembali semula ke tanah dimana mereka menjalani kehidupan sebelum ini.  Buat masa ini penduduk-penduduk yang terjejas atau yang selamat telah ditempatkan di rumah-rumah sementara yang di bina kerajaan bagi tempoh 2 tahun.  Walau pun kecil (tidak seperti kediaman sebelum ini) tetapi itulah hakikat yang mereka terpaksa lalui dengan sabar dan tabah dan untuk pengetahun pembaca semua tidak semua penduduk mendapat kemudahan rumah sementara ini. Ada diantara mereka masih lagi menumpang teduh di pusat-pusat kommunity awam dan pihak kerajaan pula akan terus menyalurkan bantuan kemanusian seperti barangan makanan, pakaian dan sebagainya.  Berpuluh ribu atau mungkin beratus ribu penduduk yang tiada kediaman, makanan dan keperluan asas api dan air akan terus diberi bantuan tidak pula pasti bila kesudahannya. Apa yang penting pada mereka sekarang, hidup mesti diteruskan dan bantuan mesti terus di beri dengan apa cara sekali pun.  Bayangkanlah kalau ianya berlaku di negara kita...bagaimana agaknya? Oleh itu bersyukur dengan apa yang ada   adalah sebaik-baik nikmat 'survival kehidupan' pada kita kalaulah dibandingkan dengan survival kehidupan sebahagian rakyat Jepun ini yang entah belum pasti bila bertemu akan titik noktahnya.

Semoga berjumpa kembali dalam ruangan Borak Corner di My Perpatih Kissaten.

..by Rynes

No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...