Thursday, September 22, 2011

Saying sayonara and thank you to our dear friends


Dinner hari ini isteri eden masak menu yang simple tapi istimewa untuk meraikan rakan kami yang datang berkunjung. Kali ini merupakan kali terakhir kami menjamu rakan ni kerana mereka sekeluarga akan meninggalkan bumi Nihon setelah dua tahun berhempas pulas dengan masternya. Eden angkat bendera hari ini pasal sibuk menghantar anak ke kelas kumon, jadi betul-betul tak ada masa.

Sudah lama tak merasa gulai daging masak lemak cili api ni, menu yang sinonim dengan orang 'Nogori'. Bila makan bersama dengan tauhu stim dan sambal terung, memang kena judunya atau ngam. Very simple menu, ambil masa 40 minit sahaja siap semuanya di atas meja. Seronok bila tengok tetamu makan bertambuh (bertambah), tahulah eden betapa orang enjoy masakan Negeri Sembilan ni. Alhamdullilah.....

Kepada rakan eden ni, terima kasih atas persahabatan yang dihulurkan. Sayonara....InsyaAllah berjumpa kita lagi di Malaysia kelak. 


No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...