Monday, September 12, 2011

Open House Raya 2011

Selamat Hari Raya dari
kami sekeluarga

Konnichiwa minna..

Hello..hello, hari ni sudah pun 14 hari Aidilfitri berlangsungkan? dan eden rasa orang-orang di Malaysia waktu ni pun masih lagi dalam mood raya, sebabnya minggu-minggu ni dan yang mendatang juga eden pasti sangat demam open house akan atau sedang melanda Malaysia kita.  Hai bertuahlah orang di Malaysia kerana masih lagi tidak berpeluang mengempiskan perut tu. hehehe...

Bercerita pasal mood raya dan open house ni...eden dan rakan lain (yang berkeluarga) di Kyoto apa kurangnya. Kami juga tak ketinggalan menyambung tradisi rumah terbuka ni, walau pun berada jauh di perantauan kemeriahan apabila meraikan/menghadiri jemputan dari rakan lain tetap dirasakan. Perjumpaan-perjumpaan sebegini sebenarnya juga dapat menambah-baikkan hubungan silaturrahim semasa kami, tidak kira bujang atau sudah berkeluarga. Walaupun kami tidaklah ramai di Kyoto ni, tetapi hiruk pikuknya tetap ada, malah ada antara kami turut juga mengundang rakan-rakan internasional lain sebagai penambah seri (edenlah tu..;-D)

Menu untuk rumah terbuka ni, macam biasa hampir sama dengan negara kita cuma kurang sikit je juadahnya. Lemang, ketupat, rendang, kuih raya semua ada cuma bezanya version buatnya saja. Yalah nak cari buluh untuk bakar lemang kat Jepun ni banyak, tapi buluhnya tak sesuai pulak. Jadi ada rakan yang pandai tu buatlah lemang sendiri dengan cara sendiri dan yang ni eden nak tabik sikit pada keluarga Shaheer dan Aisha (Osaka) kerana  memang rajin bab ni. Kalau nak makan ketupat daun kelapa, pokok kelapa tak popular di sini, jadi ketupat segera adabi saja akhirnya yang penting kuah kacang punya rasa mesti 'mari''. Tapi apa yang pasti kuih atau biskut rayanya ada yang kami buat sendiri (isteri edenlah ni) atau paling kurang pun ada juga yang kami import 'biskut tunjuk' dari Malaysia. 

So itulah, bulan Syawal ni jadual setiap hujung minggu memang dah penuh dengan jemputan raya, dan kami juga buat masa sekarang sama bertuahlah dengan rakyat Malaysia kerana masih juga tidak berpeluang lagi mengempiskan perut.......hihihi

Jumpa di lain bicara dalam Borak Corner @ My Perpatih Kissaten.  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  sekali lagi.

..rynes @ Uji









Foto open house raya @ rumah Imran & Sue (4hb September, 2011)















Foto open house raya @ rumah Rynes & Sherliza (10hb September, 2011)



Foto open house raya @ rumah Shaheer & Aisha (11hb September, 2011)



Next - Radzi & Naza (17hb September, 2011)







No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...