Thursday, August 18, 2011

Sayur paprik

Di bulan puasa ni mengidam macam-macam pulak...puasalah katakan.  Hari ni teringin pulak nak makan sayur paprik, tapi ada ke bahan-bahannya?, almaklum tak plan nak buat menu ni hari ini. Eden selongkar peti ais, yang ada cuma carrot, broccoli, paprika dan mushroom aje.....cukuplah tu. Eden belum pernah buat sayur paprik sebelum ni, dan hari ni pun rasa malas nak browse resepi, dah letih benar mengemas dan jaga budak demam kat rumah ni. Nampaknya resepi ni terpaksa berpandukan pengalaman "merasa" sayur paprik di restoran tomyam tak lama dulu. Buka puasa tadi, tak sabar merasa sayur paprik eden ni, alhamdulillah sedap rasanya. Resepi yang eden gunakan ada di bawah ni.



SAYUR PAPRIK

Bahan-bahan

  • 1/2 biji carrot - di potong serong atau bulat
  • 8-10 kuntum broccoli
  • 4 biji shiitake mushroom kering (atau cendawan butang) - direndam sampai kembang dan dibelah 2 setiap satu
  • 1/2 biji paprika - dibelah 6
  • 1/4 labu bawang besar (saiz kecil) -dipotong dua memanjang
  • 1 ulas bawang putih - diracik halus
  • 2 helai daun limau purut/kasturi
  • 4 biji cili padi
  • sedikit air untuk melembutkan carrot
  • perasa - 1sudu besar oyster sauce + 1 sudu besar kicap masin/manis + 1 sudu besar sos tomato + 1/2 sudu teh lada sulah + 1 sudu besar gula pasir + 1 sudu teh jus lemon/limau nipis + 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung sebagai pemekat - dicampurkan sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak


Cara membuatnya

  • Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan carrot dan air. Biarkan carrot separa lembut (lebih kurang 1 minit)
  • Campurkan broccoli dan biarkan layu sedikit (warna bertukar hijau pekat)
  • Masukkan daun limau, paprika, dan campuran bahan perasa. Gaul rata serta biarkan sebentar hingga kuah menggelegak. Jika perlu tambahkan air, masukkan sedikit sahaja
  • Tambahkan bawang besar, cendawan dan cili padi. 
  • Setelah cendawan layu sedikit, masukkan campuran air tepung jagung dan garam secukup rasa
  • Angkat bila kuah telah memekat dan menggelegak



No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...