Thursday, August 11, 2011

Pecal anyone.....?

Tiba -tiba teringat dan teringin nak makan pecal untuk
berbuka puasa hari ni.  Dulu masa mak mertua datang melawat eden sekeluarga selalu gak beliau buat pecal dan memang sedap sekali.  Sejak tu eden mula berminat dengan pecal ni.  Pecal ini nak membuatnya bukan susah sangat rupanya.  Yang penting kuahnya tu mesti ngam.  Satu yang eden suka, resepi ni tidak perlu di tumis dan tidak menggunakan minyak yang banyak, ala-ala pemakanan yang sihatlah ni.  Resepi kuah pecal ni eden belajar dari mak mertua yang dah berpuluh tahun buat benda ni.  Maknanya mak mertua eden dah kira expert lah bab-bab kuah pecal ni.  Kalau dah namanya duduk Jepun, jadi bahan-bahannya  version Jepun lah ye.....






Kuah pecal.


Bahan-bahan. (untuk 4 orang makan)


  1. 1/2 cawan kacang tanah di goreng hingga masak dan dikisar halus (blend).  Disini kami gunakan kacang yang telah dipanggang.
  2. 2 ulas bawang merah
  3. 1 ulas bawang putih sederhana besar
  4. 4 tangkai cili kering
  5. Perasa - garam secukup rasa + 1 sudu besar gula melaka (diparut) atau gula merah
  6. Air asam jawa secukup rasa
  7. 3 sudu besar minyak untuk menggoreng
  8. 150 - 200ml air panas (tuang sedikit-sedikit sehingga dapat kepekatan yang disukai).

Cara membuat.

  1. Basuh hingga bersih bawang putih, bawang merah dan cili kering
  2. Panaskan minyak dengan api sederhana
  3. Goreng semua bahan yang telah dibasuh tadi sehingga kekuningan (hati-hati jangan sampai hangus) dan angkat.
  4. Di dalam lesung batu, tumbuk semua bahan yang digoreng tadi hingga lumat.
  5. Keluarkan bahan yang telah di tumbuk dan letak ke dalam mangkuk.
  6. Curahkan air panas, dan tambah bahan perasa.  Gaul hingga rata.
  7. Campurkan kacang yang telah dimesin tadi, kacau lagi.
  8. Campurkan air asam jawa secukup rasa.
*   Sekiranya kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air panas sehingga mendapat consistency yang dihajati.


Very simple recepi, yet delicious......have a go at it.


Ok, cubalah...........

..by Rynes



No comments:

Post a Comment

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...