Sejak hari Sabtu lepas, berlarutan hingga ke hari ini perut asyik sebu saja. Inilah bahana kalau makan berlebih-lebihan. Sabtu yang lepas eden bersama rakan MyKyoto ke Lake Biwa, Takashima-shi, menghadiri majlis khatam Quran dan malam tujuh likur. Orang Malaysia ni, memang bermurah hati membawa buah tangan kalau diajak menghadiri majlis. Akibat kemurahan hati para hadirin, maka melimpah ruah makanan. Perut sebu sebab malam tu eden banyak betul makan BBQ lamb dan ayam, lemang pun ada, tiga jenis nasi, dan dah tentulah birthday cake (Oreo cheese cake) hasil buah tangan isteri eden. Sampai hari ini eden tak terdaya nak makan nasi. Hari ini, eden masak yaki soba&udon dan tahu sumbat. Kalau di Malaysia, tahu sumbat ni antara menu kegemaran eden semasa bulan Ramadan. Senang buat tahu sumbat ye....15 minit siap semua, itulah yang eden panggil tahu sumbat on the go.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah Ini RINDU....
Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...
-
myMetro | Bekas jutawan LBJ tak mampu bayar bil api, air SEREMBAN: Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM50...
-
Konnichiwa minna. D ua hari sudah (Selasa) sey mendapat jemputan dari sekolah anak-anak minta datang untuk menengok aktiviti anak dalam k...
-
Assalamualaikum/Hai minna san... S udah lama eden tak ke udara dalam blog. Sejak beberapa hari kebelakangan ni eden agak sibuk sikit kat...
No comments:
Post a Comment