Friday, July 29, 2011

Activities in summer time.

Hai...wat chaa.......

Lagi dua hari nak raya..ehh nak puasa, so eden tengah plan apa aktiviti yang hendak di buat sebelum Ramadan membuka tirainya.  Dipermulaan cuti musim panas ni ramai kanak-kanak di Jepun akan memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti yang menarik.  Paling popular pada musim panas ni ialah membela serangga-serangga unik.  Diantara serangga yang yang popular ialah 'Kabuto Mushi' atau di Malaysia lebih dikenali sebagai Kumbang Gajah.

Kabuto Mushi


anak eden ready nak pergi memburu
sama seperti kanak-kanak Jepun 

Kabuto Mushi sebenarnya sukar didapati  jadi tak hairanlah ianya dijual agak mahal dikebanyakan pasaraya atau kedai-kedai persendirian.  Bukan setakat serangga itu saja yang diniagakan, malah segala apa yang berkaitan  makanan, habitat tempat tinggalnya pun ada di jual.  Harga kabuto Mushi pula berbeza-beza mengikut saiz dan berapa gah 'sepitnya'.  Harga biasa saja dah Yen 700 - 800 seekor (lebih kurang RM30) mahal kan...? Kepada mereka yang inginkan kelainan (tidak mahu beli terus di kedai) mereka  secara berkumpulan akan  berbasikal pergi mencari sendiri di tempat  serangga itu berada tetapi sememangnya sukar kerana habitat Kabuto Mushi ni selalunya di kawasan hutan.  Menjaga serangga ini bukan semudah yang dijangka, Kabuto Mushi perlu dimandikan untuk menjaga kebersihan dan kesihatannya.  Wah..wah...wah  sampai begitu sekali dan sebab tu eden tak bagi anak den bela..leceh rasanya.



Selain Kabuto Mushi ini banyak lagi serangga lain yang menarik minat kanak-kanak Jepun  pada musim panas ni, antaranya Batta (belalang), Kuwagata Mushi s(sejenis kumbang lebih kurang sama dengan Kabuto Mushi cuma sepitnya sedikit berlainan) Tentou Mushi (Ladybird) Hotaru (kelip-kelip) Tombo (pepatung) Ookamakiri (mentadak mentadu) Semi (riang-riang- rujuk post semi o semi ) Chou-chou (rama-rama) dan mungkin ada lagi yang eden pun tak dapat nak pastikan.  Itulah aktiviti anak-anak Jepun ni kadang-kadang kita rasa pelik tapi itulah caranya mereka mengisi keseronokan dan kadang-kadang juga eden dapati ibu-bapa mereka juga memberi sokongan dengan turun padang sekali pergi mencari....  akan tetapi haiwan belaan lain pun tak dilupa juga seperti Betta (ikan pelaga) dan yang itulah eden dan anak-anak bela sekarang....hehehe


Berjumpa lagi dalam ruangan Borak @ My Perpatih Kissaten.

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Al-Mubarak datang lagi


Assalamualaikum pembaca budiman...

Rasanya baru aje sendawa kesyukuran lepas berbuka puasa..tapi rupanya itu tahun sudah.  Tahun ini akan memulakan nawaitu saumaghodin...pertamanya, insyaAllah 1hb Ogos ni atas ketetapanNya.  Tahun ini merupakan tahun ke empat eden sekeluarga lima beranak menyambut bulan ramadan di Jepun.  Bulan puasa kali ni memang ditunggu-tunggu dengan penuh excitement, bukan sebab dapat permit gerai Ramadan tapi sebab tahun ni kami berpeluang melatih anak bongsu kami (lelaki) yang berumur 4 tahun untuk sama-sama berpuasa dengan kami.  Sedikit mencabar juga bila megenangkan dua orang  kakaknya sukses berpuasa pada umur yang sama sebelum ni, dan pengalaman berpuasa dengan mereka agak mudah.  Cabaran dengan yang bongsu ini rasanya mencabar sikit sebab nampak gayanya si adik ni masih kurang matang walaupun bila di tanya katanya boleh berpuasa macam 'Upin dan Ipin tu'.  Kita tengok ajelah nanti.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, tahun ini merupakan kali kedua eden berpuasa dalam musim panas.  Musim panas di sini sangat mencabar, terik matahari kadang-kadang mencecah hingga 40 darjah celcius dan udara pun kering.  Tempoh berpuasa pun panjang, tahun ini bermula dari jam 3.30 pagi dan berakhir pada jam 7.10 malam.  Bayangkanlah tu....kesian anak-anak, tapi alhamdullilah tahun ini anak-anak eden bakal menjalankan ibadah puasa dalam cuti sekolah, kalau tak melepek kepenatan sebab perlu berjalan kaki selama 13 minit ke sekolah.

Sempena bulan Ramadan ini, eden menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini dan para pembaca blog My Perpatih Kissaten, semoga dengan kemaafan yang diberi dan diterima dapatlah kita menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan dapat menumpukan perhatian kepadaNya.



Akhir kata, selamat menjalankan ibadah puasa dengan tawadduk, semoga ibadah kita di beri keberkatan dan diterima Allah swt hendaknya.  amiin...

Tuesday, July 26, 2011

Si manis onde-onde


Misi membuat kuih onde-onde

Di tempat eden dikenali sebagai kuih onde-onde tetapi ditempat lain di panggil kuih buah melaka. Dah lama tak buat kueh onde-onde jadi hari ni isteri eden meluangkan masa membuatnya. Sebab utamanya nak dibuat sebagai buah tangan kerana menerima jemputan makan petang di rumah sebuah keluarga warga Jepun yang beragama Islam.

Bercerita sedikit perihal keluarga Jepun yang baru dikenali ni...pasangan suami isteri berkahwin di Malaysia pada tahun 2007 di Bangi. Suaminya bernama Ahmad boleh berbahasa Malaysia kerana pernah menuntut di UIA dan seterusnya berkhidmat di Kedutaan Besar Jepun di Kuala Lumpur. Isteri beliau juga pernah menuntut di UKM. Mereka mempunyai sepasang anak yang comel, yang sulung seorang perempuan berumur dua tahun, dan yang kecil pula merupakan seorang bayi lelaki berumur hampir dua bulan. Encik Ahmad sekarang merupakan seorang Pensyarah di Doshisha University, Kyoto.




Onde-onde

Membuat onde-onde ni bukan susah, tapi bila bahan susah nak cari di Jepun ni, maka sekali-sekala aje kami dapat merasa. Berikut ini diberikan resepi untuk buat kuih onde-onde versi 'luar negara'.

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut (di Jepun dikenali sebagai tepung 'mochi')
1/4 cawan tepung gandum
air secukupnya (untuk menguli)
gula melaka secukupnya (atau gula batu dari Okinawa) - dipotong dadu ikut saiz yang disukai
pewarna hijau
kelapa kering*
susu segar*
garam secukup rasa*
air untuk dididih dan memasak adunan tepung

* kelapa kering dibasahkan secukupnya dengan susu segar (untuk dapatkan rasa lemak), dan dicampurkan dengan garam secukup rasa

Cara membuat
1. Campurkan tepung pulut dan gandum di dalam mangkuk, dan dicampurkan dengan air secukupnya (tidak
terlalu lembik)
2. Campurkan pewarna hijau dan uli sehingga pewarna rata di dalam adunan tepung
3. Didihkan air dalam periuk
4. Ambil sedikit adunan tepung, masukkan gula melaka, dan ketepikan
5. Masukkan bebola tepung tadi di dalam air mendidih
6. Bebola onde-onde tadi boleh diangkat bila timbul di dalam air mendidih
7. Golekkan bebola onde-onde dalam kelapa parut yang disediakan tadi

Voilla, siap sudah kuih onde-onde kami.

Semi O semi

......dan berlagulah 'semi' yang kegirangan.......

Ohaiyou minna....

Eden bangun pagi ni diikuti bunyi yang sangat bising kat luar rumah....bunyi tu datang dari mana ye....?  Jom eden bercerita lagi kat sini...

'SEMI' sejenis serangga yang amat popular ketika  musim panas di Jepun ni (rujuk foto di bawah yang di ambil dari internet).  Semi akan mula kelihatan pada pertengahan bulan Julai.  Populariti semi ini adalah kerana bunyi bising  "mi-in mi-in" bunyi yang dikeluarkannya, bermula seawal 6 pagi sehinggalah ke lewat petang.  Bunyi bising ni adalah kesan daripada semi menggeserkan kepaknya. Semi ini secara amnya melekatkan diri mereka pada pokok-pokok dan akan terbang jika kita datang dekat kepada mereka dan adakala ia akan mengeluarkan sejenis air (seperti kencing) sekiranya ia berasa tergugat/terancam dengan manusia.  Saiz mereka adalah di antara 1 hingga 2 inci (sepanjang yang eden jumpa).


Oncotympana Maculaticollis



Foto di ambil dari belakang rumah
video

Video bunyi semi...
Setelah dirujuk di dalam internet semi ini merupakan serangga daripada spesis 'Cicada'.  Kalau kita amati semi ini hampir serupa serangga 'riang-riang' di Malaysia, tetapi bezanya eden tak pernah pun jumpa serangga ni berkumpul dalam jumlah yang banyak di Malaysia.

M. Hayashi and Y. Saisho (2011). The Cicadidae of Japan










Atas sebab banyaknya semi ni terdapat pihak-pihak yang telah membuat kajian tentang semi ini.  Antara penkaji semi di Jepun ialah Hayashi dan Saisho yang telah menulis buku seperti di sebelah.

Hayat semi ini hanya bertahan sehingga akhir bulan Ogos saja, dan akan muncul semula di tahun berikutnya.

Semoga berjumpa lagi di lain masa dalam Borak @ My Perpatih Kissaten.

Sunday, July 24, 2011

GRILLED SALMON

Kami sekeluarga suka makan ikan salmon, so hari ni kami pilih untuk masak grilled salmon bagi makan malam.  Grilled salmon antara menu yang paling mudah, lebih-lebih kalau time emergency, bak kata orang melayu, campak-campak saja dah siap.

Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan. (seperti di bawah)
Semua bahan adalah terpulang ikut rasa, kami menggunakan setiap satu bahan sebanyak setengah sudu teh sukatan.


Cara membuat.

1.   Gaulkan semua bahan dengan ikan salmon yang telah dibersihkan dan  perapkan selama 10 minit.  Ikan yang telah siap diperap seperti ditunjukan dibawah;



2.  Bakar ikan salmon yang telah diperap tadi di dalam oven pada suhu 230 darjah celcius selama 25 minit (sekiranya ingin lebih garing bakar lebih lama sikit.)

3.  Setelah 25 minit inilah hasilnya.

Grilled salmon dengan sos lemon dan cendawan goreng

Menyediakan sos lemon.

Bahan-bahan.

1.   2 sudu besar jus lemon
2.   50ml susu segar
3.   1 sudu besar butter
4.   Bawang putih dicincang halus
5.   Setengah sudu besar tepung gandum
6.   Garam secukup rasa

Cara membuat.

1.   Cairkan butter dalam kuali leper
2.   Masukan bawang putih dan kacau sampai naik bau (jangan sampai perang)
3.   Masukan tepung gandum dan kacau sebentar
4.   Tuangkan susu segar dan biarkan sos memekat
5.   Tambahkan garam secukup rasa

**  Tuangkan sos ini ke atas grilled salmon yang telah disediakan tadi.

Selamat mencuba...gerenti sedap.....

by Rynes

Saturday, July 23, 2011

Kayuhan EMAS

Konnichiwa....

Hari ini eden nak borak sikit  berkenaan kembara berbasikal dari tempat tinggal eden di Uji ke Bandar Kyoto sempena memenuhi undangan rakan baru yang telah eden ceritakan dalan ruang Kitchen Corner sebelum ni. Sedar tak sedar eden sebenarnya telah berkayuh sejauh lebih kurang 43 km (ulang-alik) Jauhkan...? Sebenarnya ini merupakan kayuhan kali ke dua yang mana kayuhan pertama dulu eden buat di waktu siang.  Kayuhan kedua ni lebih mencabar kerana waktu kayuhan balik di waktu malam.  Rasa selamat berkayuh di waktu malam.....? 

Mari cerita sedikit... sebenarnya berbasikal di Jepun ni adalah aktiviti biasa masyarakat Jepun.  Orang pergi bekerja pun berbasikal dengan memakai sut.  Di bandar-bandar banyak laluan berbasikal disediakan, tetapi di pekan kecil laluan berbasikal sangat sedikit.  Walaubagaimana pun berbasikal di mana sahaja di Jepun ini sangat selamat kerana semua pengguna jalan raya sangat menghormati penunggang basikal.  Dengan kata lain semua orang menghormati diantara satu sama lain baik di jalan raya mahu pun di mana sahaja.  Eden berharap budaya berbasikal  dan hormat menghormati sesama kita dapat diterapkan dikalangan masyarakat Malaysia.

Eden dah berkayuh sejauh 43 km, apa pandangan eden..?  Aktiviti ni patut diteruskan sebagai satu bentuk senaman yang paling mudah, badan pun rasa ringan fikiran pun lapang kerana banyak yang dapat diperhatikan sepanjang perjalanan.  



                                                                  
Rehat sebentar...


Konsep cafe ini..pilih menu di mesin menu, bayar dan cetak tiket, kemudian serahkan ke kaunter sebelum mendapat hidangan.

Restoran Kura Suhsi


Dah nak sampai rumah

Berjumpa lagi di ruangan Borak @ My Perpatih Kissaten.

by Rynes

Friday, July 22, 2011

Bermula setapak - mengejar beberapa tapak...



Salam pembaca budiman...

Salam perkenalan dan selamat datang diucapkan kepada saya....haha, sebabnya orang lain dah lama dalam dunia blogging ni tapi saya baru nak menjengah tingkap blogger ni.  Harap-harap lepas ni dapatlah sepenuhnya masuk mengikuti pintu yang besar dan lebih selesa dengan harapan anda semua terus menyokong dan memberi ruang pembaikan kepada saya...

Eloklah saya perkenalkan sedikit perihal diri...tapi sebelum tu di dalam blog ni nanti saya akan membahasakan diri 'eden' sebagai mengambarkan diri anak jati N9 yang tercinta. I love Nogori so much...  Sebetulnya nama asal ROSLAN YAHYA, nick name "Rynes" dan harap nama ni akan popularlah lepas ni. Lahir di negeri beradat iaitu Negeri Sembilan.  Tempat tinggal semasa eden sekarang ialah di Kyoto,  Jepun, lebih kurang enam jam perjalanan dari  Malaysia.  Enam jam tu taklah jauh, kalaulah ada perkhidmatan bas dah lama eden berulang-alik balik ke Malaysia. Eden menjadi warga Kyoto dah hampir empat tahun,  menemani isteri menyambung pelajaran ke peringkat PhD.

Sememangnya tahun ni eden rasa amat berbeza dari tahun tahun sebelumnya.  Tahun ni lebih mencabar dan banyak dugaan.  Kejadian gempa bumi dan tsunami  dan kerosakan nuclear plant (photo) di  Fukushima  telah memburukkan keadaan di bahagian utara Jepun.

Kesan Gempa
Tsunami
Ia telah mengakibatkan suku dari bumi Jepun lumpuh dan turut memberi kesan kepada Prefecture yang lain.  Untuk melihat kawasan ini membangun semula akan mengambil masa yang lama dan memerlukan perbelanjaan, komitmen serta pergorbanan yang tinggi dari semua pihak.  Seharusnya kita patut berasa bersyukur melihat negara kita terus aman damai walaupun ketika ini terdapat sedikit "kucar-kacir" dari sudut politik. Sayangilah negara sebagaimana orang Jepun sayangkan negara mereka.
 Fukushima Nuclear Plant


Dulu mereka susah..kita lagi susah, tapi sekarang mereka telah membuka "pintu" yang luas untuk kehidupan mereka.  Kita juga boleh menjadi seperti mereka walaupun kena  menjengah ke luar "tingkap" dulu kerana kita percaya pintu yang luas sentiasa terbuka....sebagaimana janji Allah........




Semoga berjumpa di lain masa dalam ruangan  Borak Corner @ My Perpatih Kissaten.

by Rynes..


Thursday, July 21, 2011

Hai..

Salam perkenalan, hello, hola, haji memashite dan konnichiwa mina san....selamat berkongsi cerita dari saya selepas ini.


Rynes

Apakah Ini RINDU....

Aaaloooooo........Konnichiwa minna.... Masih lagi sey tidak lupa bait perkataan  tu walau telah sekian lama meninggalkan bumi di mana per...